TeaLive Strawberry Pudding : Sedap Sangat Ke?

Mac 08, 2022

Bersempena Hari Wanita hari ni, bos Syu berhajat nak belanja air boba seorang satu cawan dekat kitaorang. Tak kisah nak pesan minuman keluaran apa sekalipun katanya. Asalkan air boba - Syu tak pilih pun air yang ada boba sebab dah muak punya pasal 😅.



Lepas buat perbandingan harga antara Grab & Food Panda. Akhirnya, kitaorang satu pejabat pun buat keputusan nak pesan air dari Tealive dengan menggunakan servis penghantaran Food Panda. 


Malangnya, abang Food Panda pula sampai lambat. Lagipun silap kitaorang juga sebab buat pesanan saat-saat akhir. Ditambah pula faktor cuaca yang tak berapa nak elok hari ni. Memang agak susahlah nak dapat pesanan on time


Tealive


Masa air bobanya sampai, kawan sepejabat Syu semuanya dah balik 😌. Sebab diorang pun dah give up nak menunggu. Bayangkanlah. Buat pesanan pukul 4.30 petang. Pukul 6.10 petang baru pesanannya baru sampai di pejabat. Nak tak nak, Syu terpaksa bawa balik kesemua air bobanya ke rumah Syu.



Nampak gayanya kena bermalam sekejaplah air boba diorang dalam peti ais di rumah Syu. Esok baru dapat buat serahan tangan dekat tuan empunya air-air boba ni. Memang sakan betul ya. Air boba pun pandai nak check in rumah orang. Macam tidur hotel. Dasar boba - Berapa harga satu malam nak kena cas ni ya? 🤣


4 cawan Tealive buat 4 kuntum bunga di pejabat - Termasuk diri sendiri 😁. 


Untuk Tealive kali ni Syu pesan Strawberry Puding. Saja nak tahu sejauh mana kesedapannya. Masa pesan tadi memang Syu tawakal saja. Harap rasa airnya tak sama macam yang Syu pernah pesan sebelum-sebelum ni 😅. Walaupun bos yang belanja. Syu tak naklah rasa pengalaman yang tak berapa nak syok dengan Tealive lagi 



➣ BACA JUGA 



Alhamdulillah. Kali ni air dari Tealive yang Syu pesan sangat-sangat menepati selera tekak Syu. Rasa masam manis air strawberi milkshake tu memang sedap bila digandingkan bersama puding yang lembut & cair di mulut. Masa minum tu boleh rasa cebisan-cebisan jeli macam nata de coco


Tak tahulah nata de coco ke apa kan. Tapi tekstur & rasanya lebih kurang macam nata de coco. Kenyal-kenyal sikit bila dikunyah. Lepas perkena Tealive yang ini, terus rasa - There's no more keciwa  (kecewa) & definitely will repeat the ordah (order) 🤣!



Lagi sedap bila dibekukan 😋. 


Airnya strawberinya memang sedap & kombinasinya dengan puding warna kuning susu tu sangat-sangat well balanced. Syu tak pasti pudingnya perisa apa. Tapi, gabungan rasanya memang kena. Tahap kemanisannya boleh dikatakan agak manis juga ya.



Masa minum air ni Syu terpaksa tambah sedikit air kosong untuk kurangkan kemanisannya. Apa-apa pun 10/10 untuk Tealive Strawberry Pudding ni. Yang belum cuba. WAJIB cuba & ternyata korang tak akan rasa kecewa dengan rasanya 😋

Comments

  1. Tak pernah beli. Tu hari dapat rasa pun sebab bos belanja.. Tak kena dengan tekak. Hihi

    BalasPadam
  2. Tak pernah cuba yang ini.. nampak menarik..

    BalasPadam
  3. dah lama tak merasa tealive. sebab sejak nak jaga gula ni, pergi mana2 mesti nak air sejuk je

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!