Happy Birthday Yang Ke-59 Mak! 🫂💕
Februari 09, 2026
![]() |
| Love gila burn cheese cake ni. Sedap! Mak pun suka 😋. |
Since kita celebrate kita-kita jer. So, Syu buat menu paling simple & mudah untuk celebrate birthday mak tahun ni. Untuk birthday cake mak, as usual Syu repeat order burn cheese cake dengan sis Hazwana. Main course pula, Syu buat menu nasi ayam. Nak jimat masa & tenaga, ayam panggang kita main tunjuk-tunjuk kat Baker's Cottage jer. Air tangan kita hanya kat nasi, sup ayam dengan air! 🤣
![]() |
| Selamat hari lahir mak! 🫂💕 |
Apa-apa pun, selamat hari lahir untuk mak! Sayang mak dunia akhirat. Akak doakan semoga Allah panjangkan usia & dimurahkan rezeki mak sentiasa. Dipermudahkan segala urusan & diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih lahirkan akak & sudi jaga akak dari kecil sampailah ke besar 🫂💕. Nanti balik kampung akak tolong mak cuci karpet lagi ya! 😬
Buffet Ramadhan Menarik Sekitar Ipoh 2026
Februari 06, 2026

Ramadhan just around the corner! Seperti biasa, buffet Ramadhan pun dah mula dipromosikan di merata-rata platform media sosial. Ada menu berbuka puasa bertemakan masakan kampung, western & macam-macam lagi. Apa yang menariknya, early bird diskaun pun ada diberikan kepada mereka-mereka yang membuat tempahan awal sebelum tibanya Ramadhan.
BACA JUGA
➢ Amalan Minum Air Ketika Bersahur
➢ Kurma Apa Paling Mahal & Popular
➢ Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan
Di sekitar Ipoh ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semua restoran & kedai makan ada offer pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata Syu tengok, banyak yang menawarkan pakej berbuka puasa secara ala carte.
SENARAI LOKASI BUFFET RAMADHAN MENARIK IPOH 2026
Syu yakin. Ramadhan tahun 2026 kali ni, mesti ramai yang tercari-cari tempat berbuka puasa style buffet di sekitar Ipoh ni. Berikut Syu senaraikan buffet Ramadhan yang ada di sekitar Ipoh bagi tahun 2026. Bermula dari harga budget sehinggalah ke harga kayangan 😁.
1) Buffet Ramadhan @ Gopeng Glamping Park
2) Simfoni Rasa Ramadan @ Seri Malaysia
3) Sajian Seribu Rasa Ramadan Buffet @ Tiffin Restaurant
4) Iftar Ramadan @ Miker
5) Rasa Warisan Ramadan @ Travelodge Ipoh
6) Santapan Iftar Nusantara @ MH Hotel Ipoh
7) Iftar Warisan Enak Perak @ Impiana Hotel
8) Citarasa Warisan Ramadan @ D'Kelly Hotel
[P/S : Senarai lokasi buffet Ramadhan akan dikemaskini dari masa ke semasa]
Nak pilih lokasi yang mana satu? Terpulang pada tahap ketebalan poket korang. Sekali sekala nak merasa berbuka puasa ala-ala buffet yang mahal sikit apa salahnya. Bukan selalu. Setahun sekali 🤭💕. Cuma satu Syu nak pesan. Elakkan pembaziran di bulan Ramadhan. Apa-apa pun selamat selamat menjalani inadah puasa.
Buffet Ramadhan Manjung 2026

Ramadhan dah nak start. Mesti ramai yang tengah tercari-cari buffet Ramadhan yang best dekat area Manjung, Sitiawan & Lumut kan? Setahun kan sekali jer Ramadhan. Of course teringin nak makan buffet sedap-sedap sekali sekala dengan famili. Betul tak?
BACA JUGA
➢ Amalan Minum Air Ketika Bersahur
➢ Kurma Apa Paling Mahal & Popular
➢ Himpunan Doa Yang Dianjurkan Sepanjang Bulan Ramadhan
Di sekitar daerah Manjung ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semua restoran & kedai makan ada menawarkan pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata Syu tengok, banyak yang menawarkan pakej berbuka puasa secara ala carte. Meh Syu nak share buffet yang ada sekitar area Manjung ni.
SENARAI BUFFET RAMADHAN MENARIK SEKITAR MANJUNG SITIAWAN & LUMUT
Syu yakin. Mesti ramai yang masih tercari-cari tempat berbuka puasa ala buffet di sekitar daerah Manjung ni. Berikut Syu senaraikan port buffet Ramadhan terbaik yang ada di sekitar Manjung, Sitiawan & Lumut untuk tahun 2026. Selamat ber-buffet Ramadhan! 😚💕-Senarai buffet akan di-update dari masa ke semasa.
1) Jiwa & Rasa Buffet Kopeepaste X Hotspot
2) Iftar Selera Keluarga Ritz Garden Hotel Manjung
4) Iftar Ramadhan Jelajah Malaysia The Orient Star Resort Lumut
Breakfast Roti Sardin Teh O Panas
Februari 05, 2026
Selalu pergi kerja dalam pukul 8.30 pagi macam tu. Hari ni kita gerak awal sikit pasal teringin nak makan roti sardin kat Kedai Si Jaa. Dulu masa duduk kat rumah sewa, dekat lah sikit nak ke kedai makan ni. Bila dah pindah tempat lain, terpaksalah keluar awal. Lewat gerak, tak sempatlah nak pergi mengole.
Roti sardin kat sini memang sedap. Tak hanyir. Lepastu siap letak cabai potong, bawang & daun sup lagi. Kulit rotinya pun rangup jer bila makan. Sekeping kena makan dua orang. Roti sardin-nya! Kalau makan sekeping, boleh kenyang sampai tengahari 😂. Ini pun Syu mampu makan separuh jer. Separuh lagi tapau untuk makan tengahari nanti.
![]() |
| Nasi lemak kat belakang tu buat props jer. Cadang nak try sebungkus tapi takut terkenyang pulak 😂. |


















