The blog

Happy Birthday To Me!

Oktober 06, 2026

Dear Me, Happy Birthday to you! Bertambah lagi usia kita ya. Terima kasih! Terima kasih, sebab mampu bertahan hidup menghadapi liku-liku kehidupan yang mencabar ni sampai ke hari ini. You are survivor & wish you badabest!

 

Alhamdulillah juga, syukur pada Allah S.W.T kerana masih diberikan kudrat & afiah untuk terus berpijak & bernafas di muka bumi ini. Semoga dipanjangkan lagi usia. Dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan mengejar itu & ini. 


Birthday celebration Syuderis.com
Iceberg Cheese Cake dengan potongan Batik Indugence buat ghaso-ghaso! - Yang ni sedap! Manisnya ngam-ngam jer😚💕.


Kek Mamasab
Yang ni kek celebrate kat office. Yang kat rumah kek lain. Memang yang manis-manis ajewh hari ni ya 😂!


Buat yang tak henti-henti titipkan ucapan, doa & juga hadiah buat kenang-kenangan. Terima kasih daun keladi! Jangan berhenti. Teruskan begini lagi & lagi di tahun-tahun yang akan datang sebab saya happy! Happy dengan pemberian kalian semua 😁! 

 

Buat suami, jangan lupa janji anda ya. Kata nak celebrate & belanja udang buttermilk sekilo kat Rohani Ikan Bakar masa ke pergi Perlis nanti! Akan ku tuntut janji-janji manismu itu! Tempat penginapan jangan risau. Yang itu, kita payung! Jwanjih! Ha3. 


Birthday celebration Syuderis.com
Kat rumah pun celebrate juga ya. Mekaseh adikku busuk (Sarah Deris). Gigih datang rumah celebrate birthday akaknya yang seorang ni 😘.


Tak lupa juga untuk rakan Blogger Syu. Terima kasih sebab masih setia, sedia membaca & sudi melayan hasil penulisan Syu sehingga ke hari ini. Nanti ada senang nak buat giveaway lah untuk korang-korang. Rasa macam dah lama betul Syu tak buat. Last buat giveaway masa time MCO dulu. Tahun 2021 😂.  By the way, thanks for all the wishes!

Ole-ole Kuala Lumpur

Oktober 05, 2026

Cantikan poskadnya- Choy kata dia beli kat Pasar Seni sana.

 

Si Choy ni hari tu cuti seminggu hantar adik dia, si Sky masuk Universiti Malaya (UM) - Ambil law course katanya kat sana. Balik-balik dari KL dibaginya kitaorang seorang satu ole-ole dari sana. Tapi dalam banyak-banyak ole-ole, paling Syu suka poskad gambar burung enggang ni dengan Beryl's chocolate pecan cookies ni.

 

Biskut pecan tu sumpah sedaplah korang. Ketagih nak makan lagi. Nak beli online tak jumpalah pulak - Siapa duduk area Selangor/KL, mintak tolong belikan. Boleh? Ha3. By the way, thanks Choy! Pergi bercuti pun tetap ingat kat kitaorang kat sini! 😚💕

  

Chocolate pecan cookies ni sumpah sedaplah korang. Rasa macam biskut raya pun ada! Nak order online tak ada jual. Siapa dok KL tolong order untuk kita sat 😩!

 

New CBTL Pumpkin Spice Series - Maaf Syakap Tak Sedap!

Hari tu ada ternampak CBTL punya new series ni. Tengok macam menarik. So, Syu & kawan Syu si Wana pun pakatlah beli seorang satu. FOMO punya pasal - Kitaorang order guna GRABFood jer. Malas nak keluar. Saja nak cuba sedap ke tidak airnya. Syu order Pumpkin Spice Vanilla, 3X Shot dengan Vanilla Creme Crown. Yang si Wana pulak order Pumpkin Spice Latte.

 

Pumpkin Series CBTL
Masa ni dah excited gila. Tak sabar nak tahu rasa dia macam mana.


Sampai-sampai tu memang dah excited dah. Yelah, tasyabar nak tahu rasanya macam mana. Kena pulak time tu tengah haus & tekak memang tengah craving nak minum kopi. Sudahnya...airnya TAK SEDAP langsung! Ha3. Sedap lagi air mati kat office ni. Menyesal gila beli!

 

The Coffee Beans & Tea Leaf
Ingatkan sedaplah sangat. Indah khabar dari rupa rupanya. Janganlah kome beli. Tak sedap!


Syu ingatkan rasa kopinya lemak-lemak, after taste dia ada rasa pumpkin-pumpkin gittew. Hujung-hujung rasa cinnamon. Sudahlah kita ni tak berapa minat cinnamon. Even Cinnamon rolls pun kita tak mandang 😅. 


Those yang tak suka cinnamon. Jujur cakap, Pumpkin Series CBTL yang baru ni memang bukan untuk korang. Tapi, kalau korang jenis tak kisah berhabis duit & FOMO. Silakan - Jangan cakap Syu tak pesan ya!

 

Cabaran Kurus 30 Hari Bersama Kevin Zahri

Oktober 02, 2026

Dah jenuh kawal permakanan & workout, tapi badan still tak kurus-kurus? Meh Syu nak ajak korang join satu program ni. Program Cabaran Kurus 30 Hari bersama coach Kevin Zahri (KZ) 🥰 .


Those yang tak kenal siapa KZ, KZ ni memang antara nama yang dah lama dikenali dalam dunia fitness & penurunan berat badan di Malaysia.

 

Ramai yang kenal KZ sebagai “cikgu kurus” sebab dari dulu lagi KZ banyak berkongsi panduan, tips dan cara yang lebih teratur untuk bantu orang turunkan berat badan.



Early Bird RM37 sebulan!


Untuk early bird, sekarang ni korang boleh join dengan harga RM37 sahaja untuk sebulan. Tapi harga ni tak lama tau! Sabtu, 3 Oktober 2026, pukul 11:59 malam adalah tarikh akhir untuk dapatkan harga early bird. Lepas tu, harga akan kembali ke harga normal iaitu RM57 😚.

 

 

Live Coaching Setiap Minggu!

  

 

Dalam program ni, korang akan dapat:
🏋️ 3 kali live workout seminggu
🎥 1 kali live coaching setiap minggu
📅 Tempoh cabaran: 7 Oktober 2026 hingga 5 November 2026 

 

Yang bestnya, cabaran ni terbuka untuk semua peringkat umur. Jadi tak kisahlah korang baru nak mula workout, dah lama tak exercise ataupun memang tengah usaha nak turunkan berat badan.


Kalau korang dah lama berhajat nak kuruskan badan, nak jadi lebih aktif  tapi tak tahu nak mula dari mana. Inilah masanya. Mana tahu dengan join Cabaran Kurus 30 Hari ni boleh jadi titik permulaan korang untuk jadi lebih sihat & proaktif.


❤️ Jom kita cuba sama-sama! Sihat sama-sama. Kurus sama-sama dengan KZ. Syu dah join dah. Korang bila lagi? Kalau korang berminat nak join, boleh klik NAK JOIN CABARAN KURUS 30 HARI KEVIN ZAHRI. Grab harga early bird hari ni sebelum harga berubah ke rate asal 😉.