يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭHai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.[QS. Al Hujuraat (49):13]
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍSemoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan[Riwayat Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah]
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Alhamdulillah...Syukur nikmat pada Allah kerana di permudahkan segala urusan kerja kahwin Syu. Dengan sekali lafaz, bersaksikan keluarga, sahabat & sanak-saudara maka bermula lah chapter baru Syu sebagai suri hidup cik abang sorang ni.
Lepas ni, rutin harian Syu mungkin ada sedikit berubah dari jadual. No more bangun tinggi-tinggi hari macam hidup membujang dengan family dedulu. "Me" time changed to "We" time. Pastu syndrome beleter macam mak-mak pon akan muncul day by day😆.
Dah jadi laki bini pon tetap suka spoilkan gambar😂. Sorry lah abang cameraman. Mesti berkicap dia nak cari angle amik gambar kahwin kitorang. |
Kepada suamiku, welcome to family Pak Derih!!😚💗. Semoga perkahwinan yang kita bina ni sentiasa berada dalam Sakinah (سكينة), Mawaddah (مودة), Warahmah (ورَحْمَة) & terpelihara dari anasir-anasir yang kurang helok dari sang perosak-perosak rumahtangga kat luar sana.
Walaupun sepanjang kerja kahwin kita macam-macam perkara yang tak dijangka terjadi. Saya berharap awak boleh bersabar & terus bersabar. Bukan apa, sebab selepas ni ada macam-macam lagi dugaan yang Allah bakal uji dalam rumahtangga kita. Kuat awak, kuatlah saya.
Tak lupa juga kepada family Syu, terima kasih banyak-banyak sebab berusaha sedaya upaya menyelia & mengelola majlis perkahwinan ni supaya berjalan dengan lancar & teratur. Pada sanak-saudara, rakan-rakan & tetamu-tetamu, kami minta maaf andai kata ada terkurang dari pihak kami. Manalah tau kan...kot ada yang kami terlepas pandang. Almaklumlah, jemputannya pon agak ramai.
FAMILY & FRIENDS BELAH SYU
Ni lah dia heroin-heroin keluarga Pak Derih!!😆 |
Yang depan tu hero-hero family Pak Derih😅. Pak Derih yang dok angkat tangan nun. |
KIRI: Geng jimba-jimba mase zaman study dedulu. KANAN: Geng main pondok-pondok kat umah tok. |
Next round,family ni pulak bakal bergabung dengan family Pak Derih😆. |
Ni kazen mazen Syu. Belah abah Syu jugak. Belah mak tak tau mana hala😅 (Jap,korek gambar lagi!!kot-kot ada jumpa) |
Hah, yang ni baru sedara belah mak. Ni jer sempat cameraman snap.Yang lain tak sempat nak ambik sebab sibuk sangat membawang!!😆 |
FAMILY & FRIENDS BELAH SUAMI
Ni lah ayah mertua Syu. Orang panggil dia Cikgu Mat. |
Kepada korang-korang yang masih lagi belum bertemu jodoh tu. Syu doakan agar cepat dipertemukan pasangan & dipermudahkan segala urusan untuk membina mahligai impian korang. Insyaallah...akan sampai masa korang-korang nanti. Cuma korang kena percaya yang tiap-tiap sesuatu tu Allah dah rencana dengan tersusun & teratur🙆💗.
Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!