Team Building Persatuan Daybreak

Disember 14, 2018

Actually agak lama jugak yer NGO Syu tak anjurkan aktiviti tahunan macam ni. Disebabkan dek kekangan waktu & kesibukkan committee members, jadi banyak aktiviti & program tahunan yang dirancang tak dapat dilaksanakan.


Almaklumlah, majoriti committee members sibuk dengan komitmen diorang masing-masing. Tambahan pula, tahun lepas & tahun ini ada banyak penyertaan dari penganjur-penganjur luar datang berkampung di DAYBREAK. Sampai tak menang tangan kitaorang semua dibuatnya.


Setelah banyak kali manager kitaorang berbincang & membodek Dato' Sandra Lee. Akhirnya pihak committee members pun bersetuju untuk anjurkan team building (TB) selama 3 hari 2 malam (3H2M) di Adelaine Villa & Rest House yang terletak di Gopeng, Perak. Tempat ni boleh dikatakan famous juga tau. Kalau tak silap Syu, Jalan-jalan Makan Angin TV3 pon penah datang sini buat review.


Team Building kali ni agak panjang juga tempoh dia, tapi Syu akan pendekkan penceritaannya. Bukan apa, kalau Syu nak bercerita apa yang jadi sepanjang tempoh tiga hari tu memang berkicap Syu nak menaipπŸ˜†. Tu belum campur aktiviti-aktiviti selingannya lagi. Silap-silap korang pon boring nak baca.



Hari pertama (Ice breaking) 


Pagi masa kitorang sampai tu, macam biasalah ada "ice-breaking" sikit. Mana-mana TB mesti ada "ice breaking" punya. Tapi tak lama mana pun. Busuk-busuk dalam sejam macam tu saja.


Lepas "ice-breaking" tu owner villa ajak breakfast & check-in bilik. Bilik dia memang best!! Besar & sangat selesaπŸ‘. Kalau nak buat family day memang best tempat ni tau. Even dia agak mahal, tapi memang berbaloi & puas hati.


Team building


Kalau korang nak tau TB kitorang ni memang santai-santai jer. Lepak-lepak, makan-makan, gossip-gossip & aktiviti lasak just sikit-sikit jer. Almaklumlah, banyak golongan veteran dalam ni.


So, aktiviti lasak tu agak terhad untuk kitorang buat. Bukan apa, takut ada risiko pula kat diorang-diorang ni nanti. Tapi tak apa, Syu lebih suka macam tu😁. Takde stres-stres macam TB masa sekolah dedulu. Siap kene torture bagai.


Disebelah malamnya pula, lepas dinner kitorang buat aktiviti night walk. Kalau ikutkan time siang tracknyer biashe-biashe saja. Tapi bila dah malam, track-nya tu jadi luar biasa & mencabar pula sebab gelap punya pasal.


Tambah-tambah time kitorang naik tu baru lepas hujan turun. Memang lagi peritlah jawabnyaπŸ˜–. Naik helok, turun berlemuih dengan tanah. Dengan jalan licin pastu berlecak pulak lagi. Rasanya, banyak kali jugaklah Syu terpelecok πŸ˜‚. 



Hari ke-2 (Sukan ekstrem) 


Malam tadi memang tidur lena sangat-sangat. Ngam-ngam lepas dinner memang sorang pon tak berbunyi. Mungkin sebab penat gara-gara terciduk masa night-walk agaknyer.  Ingat boleh lah nak sambung bergossip ke ape ke? πŸ˜‚Hapah...semua hanyut...


Bubur ikan bilis, tofu goreng & air kopi panas.


Breakfast pagi ni boleh tahan jugak sedapnya. Tapi Syu just makan lite-lite jer. Bukan apa, pagi ni ada aktiviti water rafting, risau jugak kalau-kalau perut ni tiba-tiba buat hal. Hilang terus feel dibuatnya nanti.


Second dishes.
Second dishes🍴.


Tapi dalam lite-lite tu ada jugak lah dua pingganπŸ˜‚. Kat sini makannya style buffet tau. Sapa yang kuat makan tu boleh makan banyak mana yang korang suka. Jangan risau, tuan villa tak marah pon sebab korang dah bayar. So makan lah puas-puas okay.


Licin semuanya πŸ΄


Lupa nak inform satu perkara. Rules kat sini kalau lepas makan kene cuci pinggan & cawan sendiri tau. So, kalau boleh minimumkan penggunaan cawan & pinggan korang yer supaya tak susah korang nak basuh nanti. Okay?πŸ˜‰



Kembara air bermula! 


πŸ“·Wefie itu penting yer korang!!


Lepas jer breakfast maka bermula lah aktiviti kitorang yang seterusnya. Dari pagi sampai lah ke petang. Tapi honestly Syu cakap hari kedua memang epik!! Especially bila melibatkan white-water rafting ni. Memang adventure giler!!


So bagi penggemar sukan air, disini lah tempat yang sepatutnya korang berada. Package yang kitorang ambik ni harganya dalam RM80/pax termasuk guider, insurance & sijil.



Lepas part ni terus kemurungan kejap sebab air masuk hidung😞. Benci tau!! 


Sebagai persediaan awal sebelum korang nak start berafting guiders akan bagi briefing & bekalkan suit keselamatan yang lengkap untuk korang pakai supaya dapat mengelakkan kecederaan yang serius semasa korang berafting nanti.


Pada awalnya Syu agak risau jugak lah nak join rafting ni sebabnya Syu tak reti berenangπŸ˜†. Tapi dengan adanya guider-guider ni, alhamdulillah...keselamatan memang terjamin. Takut semua hilang & semua checkpoint Syu dapat cover dengan jayanya.


Ini anne mulut dia paling bising. Start dari first checkpoint sampai lah ke final checkpoint mulut tak reti diam πŸ˜†.


Actually kan korang, water rafting ni dia ada banyak class rapids tau. Seingat Syu total semua ada Class Rapids ada 6. Makin tinggi class makin banyak & ekstrem dia punya obstructions. Yang Syu buat ni just Class 1 Rapids jer tau.  Kiranya memang level yang paling senang & obstructions dia tersangatlah minima.


Jadi, untuk korang yang baru nak berjinak dengan water rafting, Class 1 Rapid memang sesuai sangat untuk korang. Main dengan arus tu relaks-relaks santai-santai jer. Takda nak gelabah-gelabah menggelupur takut lemas. Macam korang tengok dalam gambar Syu kat bawah ni, siap boleh membawang lagiπŸ˜„.


Yang kat belakang tu dah lunyai dah. Syu & auntie kat depan sempat lagi membawang yer sambil-sambil tu πŸ˜„.


Dari starting checkpoint nak ke final checkpoint tu amibil masa dalam anggaran 3 jam macam tu lah. Lama kan?? Tapi bila korang dah sampai final checkpoint korang rasa nak repeat balik. Memang enjoy giler buat aktiviti water rafting ni.


Kena pulak kitorang punya guider memang jenis ramah & happy go lucky. So, kebosanan tu memang takde langsung. Kalau korang datang ke sini, Syu memang recommed sangat-sangat korang join sukan air ni. Sebab pengalaman dia memang lain macam.



Masa untuk memburu & diburu


Yang pakai hat putih tu lah Chairman NGO kitorang. Dato' Sri Sandra Lee nama dia. Pakai baju Carlsberg tu pulak Syu punya manager.

Selesai rafting, kitorang semua luchbreak kejap & dalam pukul 3 petang macam tu baru kitorang start main paintball. Sukan paintball ni memang Syu minat sangat. Masa study dulu, sukan lasak ni yang Syu paling suka selain hiking.


Tapi since umur nak cecah 30-an ni memang tak involve dah sukan-sukan macam ni, tambah-tambah kalau dah kahwin. Sukannya adalah di dapurπŸ˜†!!So, bila dapat peluang macam ni apa lagi...memang seronok lahπŸ’ƒ!!


Kalau, korang nak tau...Syu memang suka tembak-tembak orang ni 😈. Time ni memang Syu kena ganyang cukup-cukup dengan Syu punya officemates. Sebabnya dalam team Syu,  Syu yang paling liat sikit nak mati. Diorang yang lain bengang lah especially Syu punya managerπŸ˜†. Tapi hujung-hujungnya mati jugak sebab semua orang point kat Syu.


Pada korang-korang yang tak pernah tengok paintball gun, macam ni lah rupa paintball gun nyer. Cara pegang & tembak semua instructor akan bagitahu.


Yang ni korang WAJIB pakai okey. Tak pakai yang ni memang instructor HARAMKAN korang masuk battlefield πŸ˜—. 


Ni kena memang peritπŸ˜‚. Yang pernah kena jer paham keperitannya.


Habis jer main paintball, memang takde dah kitorang punya aktiviti. Just berehat & tunggu masa untuk waktu dinner. Tuan villa ada inform tadi siang yang malam ni diorang akan buat dinner BBQ. Memang syok lah jawabnyer. Dah lah buffet plak tu.


Ni antara dishes yang sempat Syu snap. Selebihnya semua habis masuk ke perut. Memang meriah betul menu dinner dekat villa ni. Asal habis jer makanan dalam tray, staff villa datang refill lagi. Tapi Syu ingatkan sekali lagi...PINGGAN MANGKUK BASUH SENDIRI YER!!😝



Alhamdulillah...Selesai sudah TB kitorang. Esok aktivitinya adalah BALIK!! Rasa macam lama sangat dah tinggal kan rumah niπŸ˜†. Jadi, kepada korang yang berminat & ada perancangan nak buat aktiviti kat Adelaine Villa & Rest House ni korang boleh pergi ke page diorang Adelaine Villa.com . Kat situ ada package lengkap sekali dengan diorang punya harga aktiviti & penginapan.

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!