Soft Pretzel Ala-ala Auntie Anne's

Mei 02, 2021

Auntie Anne's Pretzel

Hujung-hujung minggu macam ni rasa macam nak bagi penghargaan sikit kepada diri sendiri. Tekak ni tiba-tiba pulak rasa macam teringin nak makan pretzel time berbuka nanti. Memandang barang nak buat pretzel semua memang dah ada dalam dapur, maka hari ni berperang lah kita dengan pretzel!! Waima public holiday sekalipun hari ni...ibu-ibu isteri-isteri di rumah tetap bekerja macam biasa yer!! Nak berbeli harganya agak yahudi jugak yer. Padahal modalnya takda lah mahal mana pon😂. Kaya raya si Auntie Anne's tu korang buat!!



Memandangkan Auntie Anne's ni ada satu jer kat Aeon Kinta City Ipoh nun, memang hidaklah nak ke sana semata-mata nak berbeli pretzel yer. Tambah-tambah time cuti macam ni. Memang sah-sah la ramai orang😒. Penyudahnya bukak YouTube tanya abang GOOGLE sikit-sikit, hah...hamik!! Homemade soft pretzel siap🥨!! Nak kata rase sebijik macam pretzel Auntie Anne's tu memang tak la kan...tapi boleh lah sekadar nak melepaskan rasa teringin kat tekak ni. Ni kalau bukan bulan Ramadhan, memang sedap dapat pekena pretzel ni dengan teh'o KM🍵.


Ni pretzel derhaka namanya yer sebab ingredients dia banyak nau menyimpang dari resepi 😆. Nasib baik helok kejadiannya!!


Resipi?? Nanti Kita Share Okey 😉!!


Comments

  1. favourite pretzel Auntie Anne. itulah kan, kalau nak membeli kenaa pergi AEON. itu yang leceh tu. rajin betul buat pretzel. kejadian pun cantik haa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringin Punya Pasal K.Fizah, Tu Yang Buat Jugak Tu😁.Nak Pergi AEON Time Hujung-Hujung Minggu Macam Ni Rasa Malas Lah Pulak.Sebab Tahu Mesti Ramai Orang Punya😅.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!