Apalah Khabar Terkini Song Triplets?

April 28, 2021

SUMBER FOTO : Shandyclaws

 

Apa khabar tiga kembar Song ni yer?? Pejam celik dah 9 tahun dah umur diorang bertiga ni. Dengar cerita last time masa tahun 2017 diorang ada pergi France ikut mak diorang buat lawatan sambil belajar kat sana selama setahun. Tapi sepanjang diorang di France ada cerita tak sedap didengar terjadi dekat tiga kembar ni.



Even masa diorang kat sana tu takde sapa kenal diorang tapi diorang tetap kena buli dengan golongan yang anti Asian. Kesian diorang. Kecik-kecik dah kena macam tu. Kalau kita tengok update terkini pasal kembar ni di IG Song Il Gook pun macam tak banyak sangat. Tapi incase kalau korang nak tahu lebih lagi pasal perkembangan terbaru tiga kembar ni korang boleh baca news pasal diorang ni di Soompi



Tarik diri dari the return of superman


Masa Song Il Gook mengumumkan penarikkan diri dari rancangan The Return of Superman pada 2016, Syu agak terkejut sebenarnya. Tapi disebabkan komitmen & jadual berlakon Song Il Gook masa tu sangat padat, so dia terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri dari rancangan ni. Lepas episod terakhir diorang ditayangkan pada Jan.2016 haritu memang Syu tak follow sangat dah The Return of Superman ni. 


Daehan Minguk Manse
Manse, Minguk & Daehan😘💕. 


Bukan apa, sebab dalam banyak-banyak family yang masuk dalam rancangan ni, Syu memang paling suka si kembar tiga Song ni jer. Suka sangat tengok perangai diorang.  Tambah pula dengan cara didikan Song Il Gook dengan isteri yang sememangnya tegas & penuh dengan sense keibubapaan. 



Tegas dalam mendidik


Korang perasan tak sepanjang rancangan ni ditayangkan kita nampak muka si Song Il Gook jer yang paling banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Tapi kalau korang nak tahu, di belakang tabir si isteri Song Il Gook, Jung Seong Yun lah yang banyak bagi guidelines macam mana cara nak mendidik si kembar tiga Daehan Minguk & Manse ni.


Walaupun isteri Song Il Gook ni nampak lembut, tapi dia memang tegas dalam bab-bab mendisiplinkan anak-anak. Tengoklah dia kerja apa kan. Hakim mahkamah tinggi kot. Bukan calang-calang tau. Tu pasal kalau korang tengok sepanjang episod ni ditayangkan, tak pernah sekalipun wajah Jung Seong Yun ditunjukan. Even interview sekalipun tak pernah.



Bukan isterinya jenis yang menyombong, tetapi atas sebab faktor pekerjaannya sebagai hakim, jadi dia buat keputusan untuk tidak mendedahkan wajahnya . Mungkin untuk menjaga keselamatan & privasi keluarga dia, siapa tahu kan?


Walaubagaimanapun, di pengakhiran episod The Return of Superman, Jung Seong Yun buat pertama kalinya mendedahkan mukanya di dalam rancangan tersebut. Jadilah kan. At the end dapat jugak wajah tulang belakang keluarga Song yang hebat mendidik tiga kembar ni.


Daehan Minguk Manse
SUMBER FOTO : Google


Sungguhpun kembar tiga ni  selalu dimanja & disayangi tetapi ketegasan mendidik tu memang mak ayah diorang bagi penekanan. Lepas tu diorang memang ambil berat sangat pasal perkembangan emosi anak-anak diorang. Setiap perkara yang melibatkan kembar ni memang diorang perhati & kaji betul-betul supaya diorang tak terlepas pandang.



Bila diorang sedar ada kekurangan dengan cara didikan diorang, cepat-cepat diorang ubah. Even dalam bab belajar & cita-cita dioragn ni pun, Song Il Gook & isteri tak pernah memaksa. Cuma yang pasti Song Il Gook tak nak anak jadi pelakon macam dia😂! Apa-apa pun, Syu memang suka & salute dengan sikap mak ayah macam Song Il Gook dengan Jung Seong Yun ni. Pendek kata memang boleh jadi role model diorang berdua ni!

Comments

  1. Dah handsome dah triplets ni. Besar panjang dah semuanyaaaa. Dulu selalu tengok masa return of superman, lepas family triplets ni keluar, terus tak tahu perkembangan semasa diorang dahh.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!