Garnier Light Complete : Boleh Cerah Ke?

April 29, 2021

BOLEH CERAH KE | Memandangkan hari ni cuti bersempena Nuzul Al-quran, jadi ada lah kelapangan sikit ni untuk Syu review pasal produk skin care yang Syu tengah pakai sekarang ni. Garnier Light Complete?? Boleh cerah ke pakai produk ni?? Ahaaa...jujur Syu cakap. Boleh!! Tapi, effect dia tu tak lah secepat macam produk-produk timbang kilo kat luar sana. Yelah, sebab skin care ni pun takde mengandungi merkuri sebaliknya produk mengandungi ekstrak semulajadi dari Yuzu segar Jepun yang sememangnyer kaya dengan vitamin C🍊.


💕😄 Dapat free booster serum.


Memang tak dinafikan dalam iklan diorang ada promote yang produk ni boleh cerahkan kulit dalam masa 3 hari, tapi bergantung dengan jenis & kondisi kulit jugak sebenarnya. Actually produk Garnier Light Complete ni Syu tak beli complete set. Syu just beli krim serum jer. Mungkin sebab tu kesan dia tak berapa nak cepat. Syu beli krim ni dekat Shopee jer. Masa tu diorang ada buat promosi. Jadi, Syu grab je lah terus dalam 2 set.



Setakat Syu pakai produk ni ada nampak lah sikit perubahan pada kulit Syu. Actually kalau korang nak tau, muka Syu ada sunburn sikit. So, untuk mengurangkan jelaga yang semakin berleluasa tu Syu decide untuk try produk ni. Even tempoh keberkesanan tu  macam lambat & tak  sama macam yang diiklankan, tapi kesan dia tu tetap ada. Lagipun, belum sampai sebulan Syu pakai produk ni😄. Nak hasil yang optimum kena lah amalkan produk ni secara kosisten. Baru nampak hasil yang betul-betul macam yang diiklankan.



VITAMIN C BOOSTER SERUM | Krim serum yang Syu beli ni memang best tau!! Even kulit Syu jenis yang berminyak, tapi bila Syu apply kat muka memang tak rasa melekit & berminyak langsung. Set krim serum ni ada dua jenis tau, satu krim siang & satu krim malam. Memandangkan masa promosi haritu pembelian Syu lebih RM60, so seller bagi percuma 30x booster serum & lemon pouch yang cute ni. Satu pack booster serum tu Syu masukkan kat dalam dua-dua krim siang & malam. Tak payah nak picit-picit dah. Tinggal sapu jer kat muka terus. Kalau korang berminat nak cuba korang boleh klik pada link ni untuk membeli 👉 GARNIER LIGHT COMPLETE SKIN CARE SET


Love sangat dengan pouch lemon ni. Comel sangat!!😚💕

Comments

  1. Kann, cerah memang cerah tapi tak ada lah cerah dalam masa 3 hari. Ikut keadaan kulit jugak kan kak syu hehehe. Saya pakai yang pink je dulu tapi itu dululah hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penah jugak lah pakai yang pink tu😄.Suka bau dia.Tapi tu la...kulit tak tahan.Kalau pakai mesti breakouts lepas tu.

      Padam
  2. hhahha pernah gak try yg utk bawah mata tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tu tak penah try,penah tengok jer!Ha3😆

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!