Malam ni Syu bawakan khusus buat penggemar-penggemar kopi espresso premium dari Espresso Street Coffee(ESC) Ipoh yang rase dia sememangnyer sedap, pekat, likat, melekat, terangkat!! Sekali cuba mesti terpikat!! Gittew ๐!! ESC ni kalau korang nak tau baru sahaja beroperasi pada bulan Februari yang lalu & gerainya terletak di jalan Sci 1/2 Sunway City, Ipoh. Nak tau lebih lanjut korang boleh pergi ke FB page diorang Espresso Street Coffee.
Terus terang Syu cakap, once korang cuba kopi espresso dari ESC ni gerenti korang akan jatuh cinta. Sebab apa? Dia punya rasa tu masyaallah... memang setanding jenama-jenama coffee drinks yang mahal-mahal yang ada kat Malaysia ni. Cuma konsepnya adalah "Street Coffee" atau "Kopi Jalanan". Siapa sangka kan... Kopi espresso premium macam ni boleh ada di jual di jalanan. Siap ada coffee machine & coffee grinder bagai.
Dari segi penyediaan dia kalau korang tengok la kan, fuhhh...memang style ala-ala cafe & coffee shop. Tapi, portnya adalah tepi jalan. |
Actually, kalau ikutkan ramai yang tak tahu akan kemunculan ESC ni. Tapi sejak diviralkan oleh youtuber Azfar Badrul(AB), alhamdulillah...makin maju bisnes brother ni. Dua kali Syu cuba pergi tak dapat nak beli sebab sold out gara-gara penangan viral AB. Akhirnya, buat kali ketiga baru lah Syu dapat merasa. Jujur Syu cakap, memang sedap kopinya. Memang sangat rugi kalau korang tak cuba.
Kalau korang nak tau lebih pasal penceritaan kopi brother ni, korang boleh tengok Channel AB ni. Walaupun statusnya adalah "kopi jalanan", tapi standard & kualiti penyediaan memang brother ni jaga dari A sampai Z tau. Coffee powder yang brother ni guna memang di grind fresh dari biji kopi yang dibeli khas dari supplier biji kopi dari Gerik.
Serbuk kopi yang brother ni guna berasal dari biji kopi premium yang di kisar menggunakan mesin khas. Hasil dari serbuk kopi tu dia ekstrak sekali jer tau. Once, dapat dia punya pati (espresso) hampasnya tu terus dia buang. Takde recycle guna banyak kali. Salah satu sebabnya adalah untuk bagi korang rasa kopi espresso yang betul-betul umph!!
Serbuk kopi akan dimasukkan ke dalam cup & akan diekstrak patinya menggunakan espresso machine bagi mendapatkan espresso. |
Harga kopi espresso yang sememangnyer mampu beli!! |
Macchiato & Signature ESC ๐. |
So, kalau korang turun Sunway City Ipoh, korang WAJIB CUBA kopi espresso brother ni. Tempat dia meniaga betul-betul depan Lite Cafe 101. Sambil-sambil korang berbeli tu secara tak langsung korang dah support & membantu bisnes abang ni jugak. Lagi satu, korang juga jangan lupa support & subscribe channel brother Azfar Badrul(AB) kita di Azfar Badrul Channel. Next entry sekiranya ada kelapangan Syu akan buat entri pasal AB Channel ni pulak okay.
Uish kat Ipoh.. menarik untuk diterjah.. mengancam betul kalau dapat waktu berbuka nanti..
BalasPadamHa...ah Sha, kat Ipoh, ade turun area Tambun singgah lah kedai brother ni. Memang mengancam kopi espresso dia๐๐ผ๐!!
Padamnampak sedap dan harganya mmg mampu milik..
BalasPadamMemang sangat mampu milik!!Kalau kat coffee shop silap-silap harganyer mampu tengok jer Naniey๐
Padamkalau dekat sy terjah ni ;-)
BalasPadam