Luka Itu Hanya Asbab

April 17, 2021

Kalau ikutkan lepas balik kerja memang Syu malas sungguh nak keluar ke mana-mana. Tambah-tambah kes Covid di Perak ni makin meningkat. Lagi lah risau nak expose kan diri dekat luar nun. Tapi apakan daya, disebabkan ada emergency case terpaksa lah keluar jugak. 


Nak dijadikan cerita, hari ni husband terlebih rajin pulak  nak tolong memasak kat dapur. Tapi, dalam rajin dia tu...ada hal lain pulak yang dia buatnya ๐Ÿ˜‚. Elok Syu tengah dok bancuh air untuk prepare berbuka puasa, boleh pulak cik abang sorang ni gigih nak mengasah pisau kat sinki (Dalam hati : Dah kenapalah time nak megerib sibuk mengasah pisau ๐Ÿ˜”). Dalam tengah dok ralik megenyeh pisau kat batu asah, boleh pulak genyehnya sampai terlajak makan tangan sendiri tu. Dah lah besar pulak tu luka torehannya. Sampai menitik-nitik darah kat sinki. Aduhai...Seriau pulak bila dikenang balik. Even dah tekap dengan kain pon still tak nak berhenti darahnya. At the end terpaksa lah rush pergi ke klinik yang terdekat.


Actually, Syu takda lah takot tengok darah, tapi part luka tu...adoyai...dalam sangat!! Ngeri pulak rasa ๐Ÿ˜“Kalau ikutkan luka tu doktor decided nak jahit dalam 2 jahitan. Tapi, disebabkan empunya badan tak hengen. Maka, takde lah di jahit. Terpaksa lah doktor tekap banyak kali dekat luka tu supaya darah berhenti mengalir. Lepas dah cuci luka, balut semua bagai barulah bergerak pulang ke sarang. On the way balik tu singgah makan western food kejap kat warung Dapur Lori Burger & Western di Pengkalan Pegoh. Lapar kot...sebab tadi sempat makan kurma & minum air jer time berbuka ๐Ÿ˜….

Dapur Lori Burger & Western Pengkalan Pegoh
Tengoklah tu...tak pasal-pasal udah berbalut tangan๐Ÿ˜”.

Alhamdulillah...nasib baik tak berapa ramai orang kat warung ni. Barang kali mungkin ramai yang buat keputusan untuk berbuka puasa di rumah ataupun ada yang dah tapau siap-siap sebelum masuk waktu berbuka tadi. Memang sedap makan kat warung ni!! Harga pon murah. Set dulang macam ni harganya baru RM22.



Sambil Syu dengan husband tengah sedap menjamah, adalah satu family ni datang order makan. Nampak macam family susah. Ayahnya order nasi goreng telur mata, air milo ais & air kosong buat kongsi makan bertiga. Syu perasan anaknya macam nak tambah order lagi pastu ayahnya macam bisik-bisik marah. Kesian pulak Syu tengok. Kalau ikut hati Syu & husband memang nak suruh brother warung ni hantar satu order lain kat meja family tu. 


Dapur Lori Burger & Western Pengkalan Pegoh
Set Dulang : Kambing grill, chicken chop, nasi goreng telur mata, sausage & fish fillet.

Since ayah diorang pon macam dah tarik muka...takdelah Syu & husband pesankan. So lepas habis makan, masa nak bayar tu Syu suruh jer brother warung tu kirakan sekali makanan yang satu family tu makan. Allahu...jujur Syu cakap tak mahal mana pon apa yang diorang makan๐Ÿ˜ข. Tapi tu mungkin dari sudut fikiran Syu...bagi diorang mungkin ianya agak mahal.



Bila berhadapan dengan situasi macam ni kan...memang Syu agak terkesan jugak lah. Cuba korang-korang bayangkan...Tengah kita semua dok makan sedap-sedap, ada orang memang tak mampu nak makan apa yang kita makan. Bagi kita harga sesuatu benda tu mungkin murah, tapi mungkin tidak pada orang-orang yang tak berkemampuan macam ni. Jadi, di bulan Ramadhan ni lah kunci & peluang untuk kita ingat pada golongan-golongan seumpama ini. Bagi Syu apa yang jadi pada suami Syu hari ni, mungkin ianya salah satu asbab Allah bagi untuk Syu bertemu & bersedekah dengan family ni.



Misal kata la kan korang berhadapan dengan situasi macam ni. Gunakan sikit rezeki korang untuk mereka-mereka ni. Insyallah...akan bertambah murah rezeki korang. Tambah-tambah di bulan Ramadhan  ni. 



 ูƒูŠู ุง ุฎุงู ู…ู† ุง ู„ูู‚ุฑ ูˆ ุงู†ุง ุนุจุฏ ุง ู„ุบู†ูŠ

kayfa akhofu minal faqr, wa ana abd Al-Ghaniy

“Bagaimana aku akan takut dengan kemiskinan, sedangkan aku adalah hamba dari Allah yang Maha Kaya”

[Saudagar Jalanan Arab]

Comments

  1. Tersentuh hati baca perkongsian Syu ini. Saya memang tak sampai hati kalau terserempak dengan orang/keadaan begini. Moga Allah murahkan lagi rezeki Syu sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin3...moga Allah murahkan rezeki Farrah sekeluarga jugak๐Ÿคฒ๐Ÿป

      Padam
  2. Balasan
    1. Memang sedap!! Turun Ipoh wajib cuba tau Rabiahtul๐Ÿ˜.

      Padam

๐Ÿ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita ๐Ÿ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!