Menu Iftar Ala Kadar Jer Hari Ni

April 14, 2021

Bubur campak-campak jer. Sayangkan lebihan nasi bersahur pagi tadi ๐Ÿ˜‹ .

Macam tak sangka, hari ni dah masuk hari kedua Ramadhan, macam cepat betul masa berjalan yer. Start hari pertama puasa menu sahur & berbuka Syu memang ala kadar jer. Kalau korang tengok menu berbuka Syu hari ni memang tersangat lah simple. Bubur ayam, agar-agar sirap pandan, air tebu & buah kurma. 


Actually ada jer masak lauk kari ayam, tapi malas betul Syu nak snap gambarnyer ๐Ÿคฃ. Masak kari ayam tu bukan apa...nanti big boss tanya masak apa? Takkan nak jawab masak bubur jer? Mau terciduk nanti. Jangan main-main yer puan-puan beras deme yang beli!! Lauk takde bigboss bunyi nanti ๐Ÿ˜‚.

Air tebu & agar-agar sirap jer. 

Macam biasa, time-time bulan Ramadhan macam ni kalau tak minum air tebu memang tak sah. Tapi tu la...harga dia pon boleh tahan mahal jugak sekarang ni yer. Kat tempat Syu RM7.00/jug diorang jual. Untung betul kan sapa yang berjual air tebu time bulan Ramadhan. Bukan ape, setiap kali open table jer gerenti SOLD OUT!!


Mak Syu ada jugak pesan yang air tebu ni tajam & tak elok sangat bagi orang perempuan macam kita ni minum selalu.  Tambah pulak kandungan gula dia agak tinggi. Kalau sekali sekala minum tu boleh lah. Tapi ada sesetengah orang elok jer takda apa-apa kesan. Ikut ketahanan badan masing-masing. Lain orang lain tahap ketahanan dia. Sebut pasal tajam, Syu pon tak tau part mana yang tajamnya air tebu ni. Tajam sampai boleh potong kaki kot? Sebab manisnya manis leting ๐Ÿ˜‚!!

Time bulan Ramadhan ni, desert ini yang tekak teringin nak makan ๐Ÿ˜‚. Macam takda desert lain ye dak?

Korang tengoklah, makanan yang biasa-biasa macam agar-agar sirap pandan ni pon boleh jadi luar biasa tau especially time bulan Ramadhan ni. Air sirap pon sama๐Ÿคฃ!! Tambah-tambah yang fully homecooked & homemade macam ni. Lagi lah...Sedap ke tak sedap ke...tetap rasa dia sedap!!Itulah nikmatnya berpuasa. Allah cukupkan ape yang tak cukup & Allah lengkapkan apa yang tak lengkap. Even kita berpuasa & ditarik sekejap nikmat merasa tetapi masakkan yang kita masak tu tetap cukup rasanya, padahal masak agak-agak jer tu.


Kalau korang nak tau even dah masuk Ramadhan ke-2 ni tekak Syu masih belum ada keinginan nak makan makanan bazaar ramadhan. Actually, Syu ada juga plan nak pergi tengok-tengok apa yang peniaga-peniaga kita jual, tapi memandangkan kes Covid kat Perak ni macam meningkat jer, so better Syu tangguhkan dulu hajat tu buat sementara waktu. Bukan kita taknak tolong peniaga-peniaga bazar, tapi apa kan daya, keselamatan diri kena diutamakan dahulu ye dak? Sebab Covid ni nak kena dia tak kira siapa. Jadi, FOLLOW SOP &  JAGA DIRI!! ๐Ÿ˜‰๐Ÿ’•

Comments

  1. Assalamualaikum..
    salam perkenalan.. Done follow sini..
    bulan puasa semua nampak sedap.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam, salam perkenalan juga.
      Betol tu!!Bulan puase semua nampak sedap๐Ÿ˜‚.Nafsu lapar la katakan...

      T.kasih tau follow blog Syu.
      Selamat berpuasa yer Sha๐Ÿ˜˜!!

      Padam
  2. Selamat berpuasa Syu..
    Sedapnya.. Naniey pun buat bubur utk sahur.
    Bulan puasa ni biasa teringin kuih tepung pelita je. Tapi semalam semua dah habis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berpuasa jugak Naniey.
      T.kasih singgah blog Syu๐Ÿ˜˜.
      Syu sayangkan lebihan nasi sahur tadi sebenarnyer, nak dibuang sayang. So,buat jela bubur. Lagipun tekak tak berapa sangat nak makan nasi๐Ÿ˜‚.
      Tepung pelita memang sedap makan time bulan pose gini. Tapi tula, kat area Syu tak hade orang berjual kuih ni. Mungkin sebab daun pisang susah nak cari agaknyer๐Ÿ˜ž.

      Padam
  3. Selamat beramal pd bulan Ramadhan Al-Mubarak. Biarpun nampak semua makanan n minuman tu sedap namun kita kena jaga pemakanan.
    Dah follow blog puan ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. T.kasih tau Abam Kie sebab sudi jengah & follow blog Syu. Insyaallah...akan dijaga permakanan๐Ÿ˜Š.Selamat berpuasa & selamat beramal.

      Padam
  4. sedapnya menu untuk berbuka ni walaupun simple je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah...bubur campak-campak jer tu TS. Papepon Mekaseh tau sudi singgah blog kita. Selamat berpuasa๐Ÿ˜.

      Padam

๐Ÿ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita ๐Ÿ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!