Resepi Puding Karamel Lembut Sedap Berlemak Anti Gagal

April 25, 2021

Puding karamel

Bila mata tak boleh nak lelap. Mulalah otak ni ligat berfikir nak makan macam-macam. Then ada saja idea yang muncul tengah pagi-pagi buta beginiπŸ˜‚. Nasib baiklah esok masih cuti lagi. Kalau tidak, masuk kerja esoknya confirm mata macam mata panda.



Actually, dah lama juga Syu tak buat & makan puding karamel ni sebenarnya. Bukan apa, nama pun pencuci mulut kan. Dah sah-sah lah rasanya manis. Sekali sekala nak makan tu bolehlah. Tapi, kalau selalu tu memang tidak lah. Silap-silap hari bulan, boleh potong kaki jawabnya!!πŸ˜…


Puding karamel
Nak puding karamel elok lembut & sedap macam ni? Jangan derhaka resepi.


Nak buat puding karamel ni tak susah manapun sebenarnya. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak. Janji, telur ayam yang korang gunakan tu masih fresh & bukan jenis telur yang berbau hanyir - Ada sesetengah telur tu berbau hanyir tau. Bila buat puding memang tak sedap. Jadi, pemilihan telur ayam yang berkualiti antara kunci kesedapan puding karamel korang.



BAHAN-BAHAN


2 biji - Telur*

250ml - Susu segar fullcream* (Nak pakai susu sejat pun boleh juga)

1 Sdk. - Esen vanilla*

2½ Sdt. - Susu pekat manis*

½ Sdt. - Tepung jagung*

Secubit garam untuk rasa lemak*

3 Sdt. - Gula pasir

2½ Sdt. - Air panas



Pertama sekali, korang buat bancuhan puding karamelnya terlebih dahulu - Bahan-bahan bertanda asterik (*). Tak perlu pukul kembang. Cukup korang gaul sampai adunannya sebati & tak berketul-ketul. Tapis bancuhan & ketepikan.



Sementara tu, korang masak gula hangus & masukkan ke dalam loyang atau cup yang korang nak pakai. Lepas tu barulah korang tuang bancuhan puding karamel yang korang dah buat tadi - Jangan lupa tapis ya bancuhan tu. Kukus selama 15 minit dalam pengukus sehingga masak.


Puding karamel
πŸ˜‹ Ni sekali hadap jer ni. Tambah-tambah kalau makan time sejuk.


Pastikan guna api sederhana. Kalau tak nanti permukaan puding karamel korang akan jadi hodoh & berkedut-kedut macam muka orang tak cucuk botox. Kita tak nak macam tu. Kalau boleh, kita nak puding yang cantik licin & sedap dipandang mata. Gittew!



Dah tau resepi kan? So, jangan lupa cuba tau!! For those yang ada alergi dengan telur & masalah lactose intolerance semua tu. Syu minta maaflah ya. Resepi puding ni memang tak sesuai untuk korang πŸ˜…. Mungkin korang boleh gantikan susu & telur tu dengan bahan lain yang seangkatan dengannya. Apa-apa pun, selamat mencuba & selamat bersahur!

Comments

  1. Banyakkknya kak syu! Pos sini satu bekas :P
    Favorite saya ni, nak nak kalau makan sejuk sejuk, kecur air liur hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak pos boleh jer.Takut sampai tempat Tiqah jadi budu pulak nantiπŸ˜….Ki3.

      Padam
  2. Lama tak buat puding caramel. Sedapnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa...kalau macam tu, hari kena buat!!Hi3πŸ˜‹

      Padam
  3. Tak buat lagi bulan puasa ni. Kalau kt kampung memang wajib buat.
    Nak cari telur dulu sebab telur dah habis. nanti boleh buat. makan sejuk2 time berbuka. sedapnya anak tekak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnnn....sejuk2 memang sedap makan puding karamel niπŸ˜šπŸ’•.Takpe, cari telur dulu pastu nanti buat yerπŸ˜‰

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!