Scammer Sambal Nyet Terciduk!!

April 30, 2021

Syu ni bukan lah peminat tegar makanan pedas. Bukan apa, kadang perut ni tak tahan. Almaklum lah, Syu ni ada masalah gastrik. So, memang doktor tak recommend sangat Syu makan makanan yang pedas-pedas. Korang tau kan Sambal Nyet Khairul Aming yang viral tu?? Baru-baru ni ada isu jugak tau pasal Sambal Nyet fake. Memandangkan Sambal Nyet ni memang sentiasa on demand. Korang bayangkan lah sale sambal ni saja cecah RM1 juta dalam tempoh 4 bulan. So, tak hairanlah kalau ada yang cuba copy paste produk dia ni untuk kaut keuntungan. Giler apa fake seller nak duduk diam bila bab-bab duit ni?? Tapi at the end makan diri sendiri lah. 


Kadang-kadang bila dok fikir-fikir balik, benda sambal macam ni pun ada orang nak buat yang fake kan?? Even nak buat sambal macam si KA tu sekalipun, jangan lah pergi copy kawan tu punya produk sebijik-sebijik. Buat sambal macam dia tapi letak brand sendiri. Bukan pergi buat sambal carca merba lepastu pergi letak produk orang lain. Salah dah tu tau!! Dah lah jual kualiti sambal yang tak elok, siap basi berbuih semua bagai. Dah rosak reputasi si KA ni. Yang kawan tu beria lah buat sambal nyet ni elok-elok siap beli machine mahal-mahal. Tapi sudahnyer nama dia pulak yang busuk.

Actually si KA ni tak tahu pun yang sambal dia dah di fake kan. Tapi disebabkan ramai buyers yang mengadu & DM dekat dia pasal kualiti sambal dia tak okay. Dia pun rasa macam agak pelik kat situ tambah-tambah bila dia tengok gambar yang buyers sent dekat dia. Then after dia selidik betul-betul & suruh kawan dia beli sample sambal dari seller fake ni baru lah dia sahkan yang sambal tu memang bukan hasil tangan dia. So, nak tak nak dia terpaksa lah ambik action dengan buat polis report & annoucement pasal sambal nyet dia ni

. Sebahagian cerita pasal isu sambal nyet KA ni korang boleh tengok dekat screenshots kat bawah ni takpon korang boleh pergi ke IG Khairulaming sendiri untuk kepastian. By the way, gambar fake seller tu takda lah Syu screenshot sebab malas nak sebarkan keaiban orang. Bulan-bulan Ramadhan ni kan...tak helok!! Buat kurang pahala puasa jer.








Pada adik manis yang buat kerja ni, terus terang akak cakap...lepas ni bawak-bawa lah berubah yer. Tak elok tabur pasir dalam periuk nasi orang. Kalau kamu betul-betul seller yang jujur & berintegriti, kamu takkan buat kerja-kerja macam ni. So, nasihat akak kalau nak berbisnes tu biar lah jujur baru lah berkat & bukannya copy paste produk orang lain macam ni. Agak malu jugak tau bila akak tengok video pengakuan & permohonan maaf kamu semalam. Dah lah muslimah, bertudung, pastu buat kerja macam ni dalam bulan Ramadhan pulak tu...aduhai...Harap kamu belajar dari kesilapan kamu ni.

Actually, tekak ni ada teringin jugak nak try sambal nyet si Khairul Aming (KA) ni. Memandangkan asyik SOLD OUT jer memanjang tak mengapa lah. Lupakan jer niat tu😂. For those yang nak beli sambal nyet ni make sure beli yang original from KA okay. Ni link SHOPEE dia yang valid 👉 bit.ly/35dm6rm . Tapi korang kena ingat minimum order dia cuma 2 botol jer tau.


Ingat!!Seller Jujur, Buyer Sayang!!



 Baca Artikel:

Comments

  1. betul tu... sakit ati bila dpt yg fake punya..
    aritu pun nyaris nak terkena gak sbb dia jual 2x ganda smp rm40..nasib cecepat DM KA... tp end up masih x berjaya nak dapatkan sebotol sambal KA hahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😤40 hengget??Gila kentang mahal!! Nasib DM KA dulu. Kalau tak dah melayang 40 hengget free2 jer kat si Mastura nun. Tapi tula, sambal dia memang memanjang jer sold out😅.

      Padam
  2. x tau nak cakap.... cuma sy terfikir, si mastura ni takkan x rasa bersalah atau... berdosa laa senang cerita buat kerja2 mcm ni? ke... dah lama buat keje2 scam ni smpi hilang pertimbangan diri? ya Allah... tolong laa... jgn cemarkan darah dgn benda haram... kita ni x tau bila mati... kalau solat sempurna tp darah kita haram... entah laa dik... akk doakan ko jumpa pintu taubat dulu sblm izrail tiba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😞Itulah, kita yang tengok video pengakuan & permohonan maaf semalam pun rasa malu dibuatnya. Dah lah muslimah, bertudung, pastu buat kerja macam ni dalam bulan Ramadhan pulak tu...aduhai...Tak tahu nak kata apa, mungkin dia dah biasa kot buat kerja-kerja scam macam ni.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!