Mei 31, 2021

Tanyalah Ustaz : Bacaan Yasin Serentak

 

Kepada sahabat-sahabat blogger seislam Syu,

Jom esok selepas solat subuh kita ramai-ramai menyahut seruan TV3 untuk menyertai bacaan yasin seluruh negara serentak. Kalau korang nak tahu bacaan yasin serentak ni bukan sahaja dianjurkan bersempena ulang tahun TV3 yang ke-37 tapi ia juga dibuat bagi mendoakan kesejahteraan negara yang kini berhadapan pandemik Covid-19 termasuk mendoakan juga kesejahteraan rakyat Palestin yang tak henti-henti kena tindas dek Rejim Zionis Israel. Sambil-sambil tu boleh jugak kita tambah pahala membaca Yassin ni.

Untuk pengetahuan korang, bacaan Yasin ini akan dibawakan khas oleh Ustaz Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Ustaz Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud di dalam rancangan khas Tanyalah Ustaz.

By the way, sambil-sambil tu kepada sesiapa yang ada kerajinan lebih untuk memeriahkan ulang tahun TV3 ni korang bolehlah berkongsi pengalaman melalui video mahupun gambar di laman sosial korang berserta tanda pagar  #tv3ulangtahun37 #BacaanYasinTanyalahUstaz #kesejahteraannegara. Kalau rajin...Kalau tak rajin tak payah pun tak ngape. Nama pun bacaan Yassin untuk kesejahteraan negara...nak buat apa post-post dekat sosmed kan๐Ÿ˜.

Tukar Baju Baru Blog๐Ÿ‘’๐Ÿ‘š

Main page.

Fuhh...banyak hari jugak lah Syu hilang dari radar. Busy sebenarnya. Kalau korang nak tahu, actually Syu ada jer berblogging hari-hari. Tapi more kepada berblogging belakang tabir jelah. Last time Syu ada mentioned yang Syu beli template blogger dari Etsy. Start dari hari tu memang Syu sibuk menghadap segala macam kod CSS & html semua tu. Nak pecah kepala jugak lah tengok kod๐Ÿ˜Œ. Rasanyer senang lagi memasak kat dapur๐Ÿ˜. Syu bukan apa, sebenarnya Syu sayang sangat certain elements yang ada dalam blog lama Syu. Selagi boleh Syu cuba generate & transfer sikit-sikit kod ke dalam template blog Syu yang baru ni. So, inilah rupa blog Syu sekarang. Lama jugak lah menghadap benda ni.

Post bahagian dalam

Apa-apa pun alhamdulillah...akhirnya siap jugak baju baru blog Syu๐Ÿ˜‚. Jenuh jugak lah nak menyiapkan. Tambah pulak Syu memang tak berapa mahir sangat pasal kod html & CSS ni. Nak tak nak terpaksalah tanya banyak-banyak kat abang Google kita yang sorang tu๐Ÿ˜‚. Nasib dia sudi nak menolong. Untuk template baru Syu ni, Syu masih kekalkan warna & design header Syu yang lama. Malas nak tukar baru sebenarnya. Guna pakai mana yang ada jelah. Tepu dah otak ni nak create design yang baru.

Ruangan komen.

Jujur Syu cakap, blogger template dari Flaire Design ni memang meriah. Semua widget berfungsi dengan baik. Designernya pulak memang tak lokek ilmu & sudi menolong bila-bila masa kalau template ni bermasalah. Memang berbaloi sangat beli!! Harga pun tak adalah mahal manapun. Boleh lah...sekali sekala nak jugak bagi blog nampak fresh sikit kan. Bukan nak tukar hari-hari pun baju blog ni ๐Ÿ˜ƒ. 10 tahun sekali mungkin๐Ÿ˜†.

Bahagian footer blog.

Lepas ni, boleh lah berblogger dengan aman damai. Kalau nak buat refreshing blog pasni mungkin suruh Alien Oren (AO) jelah. Tak kuasa dah nak hadap kod-kod yang boleh buat pecah kepala ni. Boleh muntah hijau hadap hari-hari๐Ÿ˜‚. Tapi pada Syu, Syu anggap ni kira satu cabaran jugak lah. Tak cuba tak tahu kan?

Mei 30, 2021

Al-Fatihah Buat Mufti Negeri Perak

ุฅู†َّุง ِู„ู„ู‡ِ ูˆุฅู†َّุง ุฅู„َูŠْู‡ِ ุฑَุงุฌِุนُูˆْู† ูˆَุฅِู†َّุง ุฅู„ูŠَ ุฑَุจِّู†ِุง َู„ู…ُู†ْู‚َู„ِุจُูˆู†
ุงู„َู„ู‡ُู…َّ ุงูƒْุชُุจْู‡ُ ุนِู†ْุฏَูƒَ ِููŠ ุงُู„ู…ุญِุณู†ِูŠู†ِ ูˆِุงุฌْุนَู„ْ ِูƒุชุงุจَู‡ُ ِููŠ ِุนู„ّูŠِّูŠู†
ูˆَุงْุฎู„ُูْู‡ُ ููŠ ุฃَู‡ْู„ِู‡ِ ููŠ ุงู„ุบَุงุจِุฑูŠู†
ูˆَู„ุง ุชุญَุฑِْู…ْู†ุง ุฃَุฌْุฑَู‡ُ ูˆَู„ุงَ ุชَูْุชِู†َّุง ุจَุนْุฏَู‡

Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali.

Ya Allah! Tulislah dia (HJ HARUSSANI BIN HJ ZAKARIA) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tungkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu.

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

๐Ÿ˜ฉAgak sedih sebenarnya bila dapat perkhabaran dari Jabatan Mufti Negeri Perak atas kembalinya Tan Seri Dato' Seri Dr. Haji Harussani ke rahmatullah. Beliau disahkan meninggal disebabkan jangkitan wabak COVID-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.45 petang. Innalillah & al-fatihah untuk beliau.

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ
ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
ู…َุงู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠู†ِ
ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ
ุงู‡ْุฏِู†َุง ุงู„ุตِّุฑَุงุทَ ุงู„ู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ
ุตِุฑَุงุทَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุบَูŠْุฑِ ุงู„ู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ุงู„ุถَّุงู„ِّูŠู†َ

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Sesungguhnya jasa beliau memang tak terhingga nilainya terutama dalam melibatkan hal-hal ehwal keagamaan & perpaduan umat Islam๐Ÿ˜ข.

Keputusan Contest #RiangRaya Bersama SyuDeris

 Dalam tempoh seminggu ni memang Syu melampau-lampau busy yer kawan-kawan. Almaklumlah, day by day pandemik semakin lama semakin meruncing. nak tak nak terpaksalah prepare & upload semua dokumen untuk start  bekerja dari rumah (BDR) sebab sektor yang Syu bekerja ni tak termasuk dalam essential bussiness. So, terpaksalah redha untuk bekerja dari rumah. Dia punya busy tu sampai nak  create satu posting pun memang tak dapat. Nama jer bekerja dari rumah, tapi bukan buat kerja office sangat pun. Lebihnya banyak buat kerja rumah. Sambil-sambil buat office work tu kadang-kadang sempat jugaklah buat refreshing blog ๐Ÿ˜‚. Nak pecah kepala jugak lah hadap kod CSS & html.Tu pasal dalam seminggu ni memang Syu menyepi jer.


Okay by the way, Syu nak maklumkan yang contest #Riang Raya Bersama Syu Deris telah berakhir yer kawan-kawan. Sebelum tu, Syu nak ucapkan terima kasih kepada kelima-lima contestants yang sudi meluangkan masa untuk join contest ni๐Ÿ˜„. Walaupun tahun ni kita tak berapa nak raya tapi korang cuba jugak menghidupkan suasana & mood raya tu dalam contest ni. Memang tak dinafikan, tak berapa ramai yang join contest ni...tapi senarai pemenang & hadiah tetapkan akan diberikan macam yang telah dijanjikan๐Ÿ˜‰.Actually, Syu dah habis blogwalking kelima-lima contestant contest ni & Syu dah pun pilih pemenang-pemenangnya. Berikut adalah senarai pemenang contest #RiangRaya Bersama Syu Deris.


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!! Untuk menerima hadiah, sila tinggalkan nama, alamat & jugak nombor telefon di contact form Syu yer ๐Ÿ˜‰. Sebelum tu, Syu nak bagitahu hadiah untuk pemenang & saguhati mungkin lambat sikit sampai tau, sebab lockdown punya pasal. Mungkin lepas lockdown baru Syu dapat hantar semua hadiah ni. Harap semua pemenang boleh bersabar lah yer ๐Ÿ˜‚. Last but not least, stay safe tau korang!!

Drop details kat sini okey!!๐Ÿ˜‰


TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA CONTEST #RIANG RAYA BERSAMA SYUDERIS!!

Mei 22, 2021

Purchased New Blogger Template in Etsy๐Ÿ˜š

It's been a long time I didn't change my blogger template. I think the time has come for me to purchase the new one. Honestly, I really love with the current design of my blogger. Really hard for me to change it actually. I tried so hard to design my own template by studying html, CSS & so on. You can see my blog as well ๐Ÿ˜…. As you can see, there are so many errors in my html & CSS code. Some of the widget got missing & my JQuery also not well function. Yeah, you know I don't have any knowledge on how to fix it. Still got many things to learn  & catch up.



๐Ÿ˜๐Ÿ’•I really in love with the design from Blog Flair Design at Etsy. Everything looks very neat, well organized & responsive too. Since I have already redeemed the prize from Alien Oren [AO], it is better for me to utilize it by purchasing a new template for my blogger. Although the price of this template is a little bit pricey & higher than the value of the prize redeemed, it's okay for me. I can contribute some money & still can enjoy a 30% discount, if I purchase templates from Blog Flair Design. If search wisely, you might find a cheaper template. However, the design & functionality might slightly differ & simple compared  to the expensive one. Whatever it is, the decision was in your hand.


I decide to purchase Izzie. This design really eye catching me!! ๐Ÿ˜





How To Purchase?



To purchase this template in Etsy it simple like ABC. What you should do is just add this template into your cart, then proceed with the payment as usual by adding your card details. That's all. When you purchase something on Etsy you have to remember that you got to purchase at your own risk because there are some seller that cannot be trusted. 



Before you purchase, I recommend you to read first all the reviews from the previous buyers. Once you satisfied, then you can proceed with the payment. For your information, the template will be compressed in ZIP file. It will show in your purchase section on Etsy once you completed with the payment. You just need to extract the file then restore it in your blogger theme. 


This template will remain in your purchase record. If you missing the file, you still can find it in this section ๐Ÿ˜‰.

Mei 20, 2021

Dah Masak Tapi Hujung-hujung Berbeli Jugak!! ๐Ÿ˜‚

Alkisahnya, hari ni Syu puasa. Tekak ni teringin pulak nak makan mee bandung udang kat Warung Ina Tomyam. Kalau ikutkan, lepas balik kerja Syu dah submit order kat K. Ina ni dah. Ingatkan kedai dia tak buka sebab wassap yang Syu hantar tak berbalas. Jadi penyudahnya Syu masak jelah.


Mee bandung udang selambak
Tengoklah udang dia. Besau-besau ๐Ÿ˜‹. Dalam mee ni saja dah dekat 6 eokor udang๐Ÿ˜‡. 

Dalam tengah dok sibuk kelentang kelentung kat dapur at the end K. Ina tiba-tiba telefon suruh ambik makanan. Ahhhh...sudah...makanan yang Syu masak dah siap dah ni๐Ÿ˜‚. Udah clash pulak dengan order K. Ina. Kalau belum siap at least boleh lah cancel lagi. Ni dah siap masak. Nak cancel order karang malu pulak. Dah lah kita ni regular customer dia. Tak syok la kan...Nak tak nak pergi jelah amik. Kesian. Rugi pulak nanti tauke kedai. Lagipun bukan mahal mana pun mee bandungnya. RM7 jer.


Nasi goreng udang selambak
Puas makan. Harga pun murah!!๐Ÿ‘๐Ÿผ 


Actually Syu order dua. Satu mee bandung udang & satu lagi nasi goreng udang. Yang nasi goreng udang ni untuk big boss๐Ÿ˜†. Yang ni memang feveret dia. Selalu kalau pesan makanana dari K. Ina memang dua menu ni jer yang Syu & encik suami suka repeat order. Kalau macam ni, makanan yang Syu masak tadi tu nampak gayanya bawak ke esok lah jawabnyer๐Ÿ˜‚. Aduhai... 


๐Ÿ˜ Bawah nasi tu ada lagi udangnyer. 


 BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM ๐Ÿคฒ๐Ÿป JEMPUT MAKAN ๐Ÿ˜Š

Mei 19, 2021

To Israel, Keep Going Koyak Hokey!! ๐Ÿ˜

Mei 18, 2021

Senarai Hadiah & Peserta Contest #RiangRaya Bersama SyuDeris

 Ahah!! Memandang Syu ada sedikit kelapangan, Syu nak update sikit senarai hadiah & penyertaan peserta untuk contest #RiangRaya Bersama SyuDeris. Pada yang belum tahu, contest ni Syu dah buka penyertaan pada 13 Mei hari tu. Actually, Syu sengaja buat contest ni pun bukan apa, just sekadar untuk memeriahkan suasana raya korang jer. Almaklumlah, raya tahun ni kan seantero Malaysia tak boleh rentas negeri & daerah. Tapi ape yang peliknya, even PKP 3.0 dah dilancarkan masih ada lagi peningkatan kes & sesetengah rakyat yang tak amik pusing pasal hal ni sampai siap ada yang melanggar SOP & gigih balek merentas daerah & negeri. Hurmmmm...kenapa lah degil sangat yer? Tak risau ke bawak balik penyakit dekat keluarga tersayang? Kesian tau dekat frontliners. Diorang berhempas pulas berusaha nak control COVID-19 ni.

By the way, inilah senarai hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang-pemenang contest #RiangRaya Bersama SyuDeris ni. Hadiahnyer tak adalah mahal & branded mana pun. Tapi boleh lah untuk dijadikan kenang-kenangan di bulan Syawal ni. Lagipun memang niat Syu pun nak bagi hadiah-hadiah yang macam ni dekat korang. Macam tasbih digital tu, at least korang boleh guna untuk berzikir...sekurang-kurangnyer berjalan juga pahala pemberian Syu๐Ÿ˜Œ. Kalau ada peserta lelaki yang jadi pemenang dalam contest ni, korang jangan lah risau...Syu akan replace dengan kain pelikat yang berguna untuk korang bawak solat. Untuk tasbih digital tu Syu akan beri kepada 15 peserta contest sebagai hadiah saguhati.



Setakat hari ni hanya 4 orang peserta sahaja yang join contest Syu. Minta tolong sahabat-sahabat blogger war-warkan contest ni kepada sahabat-sahabat blogger yang lain okay๐Ÿ˜‰. Mungkin masih ada yang belum tahu pasal contest ni. Pada yang belum join masih ada berbaki 11 hari lagi untuk korang submit penyertaan. By the way jangan lupa slogan "Teman raya!! Miker Raya ke Idak?" & tag 3 rakan korang untuk join penyertaan.

Syarat penyertaan contest #RiangRaya Bersana SyuDeris. 

Berikut senarai terkini peserta yang dah join contest ni. Kalau ada yang keciciran tu please inform Syu okay. Takut ada yang terlepas pandang๐Ÿ˜˜.

SENARAI PESERTA

6)๐Ÿ˜Korang? Tak nak join ke?



Contest #LuckyBlog AO : Akulah Arnab Tu!! ๐Ÿ˜‚

Akhirnya, berakhir sudah penantian semua contestants Contest #LuckyBlogAO!! Contest yang dikatakan agak berlainan & mencabar jugak yer sebenarnya๐Ÿ˜. Tapi Syu suka!! Sebab ianya mencabar waktu tidur & lemak jari jemari Syu yang kian membuntat dek kerana terlampau banyak rehat. Sepanjang contest ni berlangsung, banyak perkara yang luar biasa & diluar jangkaan berlaku. 


Luar biasa yang macam mana?? Korang bayangkanlah timer dekat handphone Syu yang dari mula beli tak pernah-pernah diguna akhirnya berguna jugak untuk set alarm collect point๐Ÿ˜†. Husband Syu pulak dah pelik handphone asyik dok berbunyi jer. Nak-nak 2 minggu yang terakhir tu AO dah kurangkan gap untuk collect point. Memang berdecit-decit lah handphone ni berbunyi.

Tortoise & Hare
Ni perumpamaan jer tau๐Ÿ˜‚. Macam comel pulak Naim jadi kura-kura๐Ÿ˜.

Dalam contest ni, ending yang jadi pada Syu memang sebiji macam kisah perlumbaan arnab & kura-kura. Siapa arnab?? Syu lah ARNAB tu!!๐Ÿ˜†. Tapi jangan salah faham tau...Syu bukan arnab yang membongak macam dalam cerita dongeng rakyat tu...Syu arnab baik๐Ÿ‡!! Cuma kalah sebab ada termiss collect point jer. Almaklumlah, kadang-kadang termimpi indah sangat sampai tak sedar & tak teringat nak collect point. Macam mana tertidurnya si arnab masa berlumba dengan kura-kura macam tulah jugak Syu๐Ÿ˜†.


Apa-apa pun alhamdulillah...dapat No.3 pun dah kira okay!! Tahniah kepada diri sendiri!!๐Ÿ‘ Bukan senang tau nak konsisten collect point...tambah-tambah pesaing-pesaing dalam contest ni semua hebat-hebat. Korang bayangkan lah sepanjang contest ni berjalan, kedudukan semua contestants setiap minggu memang tersangat unpredictable & sentiasa berubah-rubah. Sebab tu Syu tak pernah set yang Syu akan menang contest ni sebab Syu tau, keputusan dia boleh berubah-rubah bila-bila masa jer. Tapi seronok kan macam ni. Baru suspend sikit!!


By the way, dikesempatan ni Syu nak ucapkan terima kasih kepada tuan tanah AO sebab menganjurkan contest ni. Memang best sangat-sangat!! Tahniah jugak buat Naim & Farah MF sebab masing-masing merangkul tempat pertama & ke-2 dalam contest ni. Even diorang berdua ni agak jauh ketinggalan pada awalnya, tapi at the end diorang dapat kejar position Syu & Atiqah Najihah!! Syabas korang!!



Apa-apa pun tahniah untuk semua contestants yang join contest AO ni. Pada yang tak menang tu jangan sedih-sedih tau. Syu pun ada buat contest jugak. So, jemputlah join okay!! Tak susah mana pun contestnyer. Cubalah!! Mana tau ada rezeki untuk korang menang contest Syu. Kat bawah Syu ada letak link contest tu. So, senang korang nak tengok syarat contestnya macam mana๐Ÿ˜‰. Yang penting slogan jangan lupa okay!!-"TEMAN RAYA, MIKER RAYA KE IDAK??"




Join contest ๐Ÿ‘‰ #RiangRaya Bersama SyuDeris

Mei 17, 2021

Anak-beranak Denosor Tumpang Lalu!!

Karipap pusing
Actually ni karipap pusing. Tak tahu mana hilang pusingnya๐Ÿ˜†.

Karipap pusing
Kelim tu hidak lah helok sangat. Tapi boleh lah kalau nak buat makan ๐Ÿ˜‹.

Karipap Pusing
Nak pergi ke Kutub Utara [Freezer] kejap lagi tu yang beratur helok tu. Takut ada yang keciciran๐Ÿ˜‚.


Sepanjang cuti raya ni Syu asyik membaca & ambil tahu pasal perkembangan saudara-saudara seislam kita di Palestine jer. Mood raya semua tu memang totally ke laut dah. Even raya pertama pun Syu tak ada OOTD. Actually baju raya dah prepare siap dah. Tapi macam malas pulak pakai. Yelah, bukan ada siapa nak datang beraya pun sampai nak melawa-lawa bagai. Sudahnya sepanjang-panjang hari raya pertama hari tu Syu dok berbaju kelawar jer. 



Memandangkan, tengahari tadi otak dah start jem dah nak absorb semua isu-isu pasal keganasan zionis ni๐Ÿ˜‚. So, untuk mereleasekan ketepuan otak ni maka lahirlah anak-anak denosor ni๐Ÿ˜‚. Jadilah kan untuk buat minum petang & breakfast esok pagi.

NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

๐Ÿ‘‰ Klik untuk join


Hari ni Syu masih cuti raya lagi yer kawan-kawan. Kalau ikutkan pagi ni nak siap-siap lah masuk kerja tapi mood nak kerja tu macam tak ada lah pulak๐Ÿ˜. Jawabnya, berhorey-horey lagi lah kat rumah. Memandangkan Syu ada sedikit kelapangan, so nak cuba nasib jugak lah join GA blog Siti Yang Menaip [SYM] ni. Manalah tau ada rezeki. Untuk makluman korang, GA ni kalau korang nak join dia ada dua kategori tau. Korang boleh pilih salah satu kategori yang korang nak sertai. Once korang dah join make sure korang inform kategori penyertaan korang dekat ruangan komen tuan tanah & pastekan sekali link penyertaan korang okey๐Ÿ˜‰.

By the way, untuk GA ni Syu pilih kategori 2 & dalam kategori ni Syu kena tinggalkan jejak dekat comment section di YTube channel SYM. So, masa godek-godek YTube tu Syu tengok Vlog pasal SYM pergi ke Ulu Licin, Bruas. Actually, lama jugak Syu tak berkelah dekat sana. Dulu-dulu setiap hari Jumaat lepas balik sekolah, mesti Syu & sepupu-sepupu akan pergi berkelah ramai -ramai kat Ulu Licin ni. Last time masa Syu form 1, Syu sekolah dekat SMK Raja Shahriman,Bruas. Bila nak balik rumah tu macam malas jer. That's why setiap kali hujung minggu, rumah mak sedara Syu dekat Bruas ni lah tempat Syu bertandang dengan sepupu-sepupu.

Harap lepas habis PKP 3.0 ni dapat la hendaknyer rentas daerah. Korang jangan lupa yer, contest #RIANG RAYA Bersama SyuDeris masih lagi berjalan sampai 27hb Mei ni okay๐Ÿ˜‰. Hadiah untuk pemenang Syu dah prepare dah. Tinggal nak cari pemenang jer lagi. Last but not least, bercontest tu bercontest jugak, sambil-sambil tu kita jangan lupa saudara seislam kita di bumi Palestine yang tengah berhempas pulas mempertahankan tanah air diorang dari Rejim Zionis. Sama-sama kita doakan agar suatu hari nanti kemenangan berpihak kepada diorang. Amin...


All the best to all contestants!!

#Pray4Palestine

#SaveSyeikhJarrah

#Palestineunderattack

#IsraelTerrorist


Mei 15, 2021

7 Decades of Endless Death in Palestine!!

Today is the commemorate day where Palestine's rights were violated by Zionist Regime. Until now, it's been seven decades Palestinians were colonized, driven out and cruelly oppressed without mercy. What a cruel & heartless Israel!! 

In conjunction with Nakba day celebrations today, all people around the world gather & unite with the people of Palestine to strongly condemn the violence committed by the Zionist regime of Israel for all this time. May Allah protect & give unending fortitude to our brothers and sisters in Palestine.



Baca Artikel:

๐Ÿ‘‰ Explained: The Nakba 70 years on - middleeastmonitor.com
๐Ÿ‘‰ Nakba: As Israel celebrates, my family mourns - arabamericannews.com
๐Ÿ‘‰ What is Nakba? - trtworld.com


Hasbunallah wanikmal wakil!!


Mei 13, 2021

Tak Boleh Balik Raya Kan? Meh Join Contest Meh!!๐Ÿ˜„

๐Ÿ˜”Syu tahu mesti ramai yang bersedih & terkilan sebab tak dapat balik kampung beraya tahun ni kan? Dah lah seluruh Malaysia pulak tu diarahkan PKP. Even rentas daerah pun abah tak bagi. Sejak pandemik ni melanda dunia memang huru-hara dibuatnya. Tapi apalah daya kita kan, mungkin ada hikmah kenapa Allah turun kan penyakit ni kepada kita umat manusia. Apa-apa pun selagi pandemik ni tak reda selagi tu lah kita tak boleh ambil mudah.

By the way, memandang raya tahun ni seluruh rakyat Malaysia tak dibenarkan rentas negeri & daerah. Jadi untuk menghilangkan kesedihan & kehibaan anda selaku blogger-blogger, maka buat pertama kalinya Syu nak buat contest raya!!๐Ÿ˜ Contest ni Syu bagi nama #RIANG RAYA Bersama SyuDeris๐Ÿ˜†๐ŸŽŠ!! Hadiahnya nak kata lumayan tu tak lah. Tapi boleh lah kalau nak dijadikan sebagai kenang kenangan. Lelaki wanita semua boleh join. Tarikh penyertaan contest ni dibuka rasmi mulai hari ni (13/5/202) sehingga (27/5/2021) .Cara penyertaan korang boleh refer poster kat bawah ni. Tak susah mana pun sebenarnya. Untuk follow FB & Insta Syu korang boleh click dekat button FB & Insta kat bahagian footer๐Ÿ˜‰.


Untuk makluman korang, contest ni Syu memang tak gunakan apa-apa contest tools pun untuk menentukan siapa bakal pemenang. Apa yang Syu akan buat, Syu akan blog walking satu persatu link penyertaan contestants. Syu akan pilih contestants yang ikut peraturan contest & paling kreatif dari segi content & penyampaian sebagai pemenang. Jangan risau, even beratus contestants sekalipun Syu tetap akan buat blog walking๐Ÿ˜. Hadiah  untuk pemenang & senarai penyertaan Syu akan update dari masa ke semasa๐Ÿ˜‰!! 


Akhir kata, dengan lafaz bismillahirahmanirahim, contest #RIANG RAYA Bersama SyuDeris dibuka untuk seluruh blogger-blogger Malaysia!! Sebarang kemusykilan berkenaan contest ni korang boleh tinggalkan di Contact Form๐Ÿ˜‰.


Jangan sedih-sedih tau!! Selamat bercontest & all the best!!๐Ÿ˜˜


Salam Aidilfitri!!


"Gemersik takbir mengundang sayu

Di pagi indah hari mulia 

Raya tahun ni sungguh lah pilu 

Tanpa keluarga sanak saudara"


Assalamualaikum, buat sahabat-sahabat blogger Syu, di kesempatan ni Syu nak menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan andai sepanjang Syu berblogger ni ada terbuat korang terguris hati. Almaklum lah ada masa dan ketika tangan ni macam keyboard warrior jugak๐Ÿ˜‚. Taip tekan mana dan jer.

By the way, pada mak abah & adik-adik kat kampung akak mintak maaf sangat-sangat...raya ni tak dapat balik beraya sama-sama๐Ÿ˜ข. Harap lepas pandemik ni reda dapat la hendaknyer berkumpul macam biasa. Sedih tau kalau tiap-tiap tahun raya macam ni. Apa-apa pun "SELAMAT HARI RAYA" diucapkan.๐Ÿ˜Terimalah Air Mata Syawal dari TokTi...jangan marah aaaaa...

AMARAN KERAS : Tak nak berjurai air mata mohon tutup telinga ๐Ÿ˜‚!!



Lindungi diri, Patuhi SOP & Selamat Hari Raya Aidilfitri!!


Mei 12, 2021

Lemangs In The Making!!

PKP macam mana sekalipun, raya tetap raya okay. Even tak dapat rentas daerah & negeri untuk berjumpa family,sambutan tetap kena diteruskan. Tak mahu sedih-sedih. Allah jadikan halangan tu sebagai peringatan. Jadi kita kena redha. Sama-sama kita doa lepas PKP 3.0 ni berakhir dapat lah hendaknya peluang untuk berkumpul. 


Bersempena nak raya esok, kami ipar duai sempat  berkumpul sekejap masak-masak. Alhamdulillah rumah kitorang masing-masing dalam satu daerah yang sama. Lepas habis masak ni pakat beterbaran lah kitorang balik ke rumah masing-masing. Almaklumlah, ziarah raya tak dibenarkan masa PKP 3.0 ni๐Ÿ˜”. 


Family belah suami Syu ni memang tiap kali raya mesti buat lemang. Time Raya Haji pun diorang melemang jugak. Dah terbiasa agaknya kan...Tahun ni masak lemangnya tak sampai pun 30 batang sebab family yang belah Johor & Selangor pun tak boleh balik. Sebab cuti dibekukan. Kalau masak banyak-banyak nanti takut membazir pulak๐Ÿ˜…. 




 Jadilah buat balas dendam๐Ÿ˜†

Selamat Hari Jururawat Kepada Seluruh Jururawat Di Malaysia!

Hari ni dah masuk hari terakhir kita berpuasa yer kawan-kawan. Lagi beberapa jam jer Ramadhan bakal tinggalkan kita๐Ÿ˜ข. Sekejap betul masa berlalu kan? Walaupun esok dah nak raya kita jangan lupa ada "Unsung Hero" yang tengah sibuk berjuang mati-matian untuk kita semua. Memang tidak dinafikan yang doktor pun banyak membantu menyelamatkan pesakit, tapi ianya tak sehebat jika dibandingkan dengan jururawat.



Semenjak pandemik tercetus, diorang ni lah barisan hadapan yang pertama menghadap Covid-19 ni. Sehingga ke hari ni diorang tak henti-henti berjuang. Even sebelum pandemik pun memang diorang yang paling banyak buat kerja & stayback berjam-jam lamanya di hospital sebenarnya.


Jururawat
SUMBER FOTO : Nurseguidance.com

So kalau korang tengok ada jururawat yang bad mood masa bekerja, korang faham-fahamlah kan Diorang pun manusia biasa jugak. Ada masa & ketika diorang rasa kemurungan & stress. Almaklumlah, bukan sorang dua pesakit nak dijaga. Satu hall wad tu busuk-busuk pun mesti ada dekat 50 orang pesakit yang sememangnya ada bermacam-macam kerenah.



Bersempena Ramadhan terakhir ini, actually seluruh dunia jugak turut menyambut "Hari Jururawat Sedunia". So, dikesempatan ini Syu nak ucapkan "Selamat Hari Jururawat" buat semua jururawat-jururawat di Malaysia terutamanya. Terima kasih tak terhingga atas semua perjuangan korang dari awal sampai lah ke hari ni.


Syu doakan korang semua sentiasa kuat & terlindung dari serangan COVID-19 ni. Pada jururawat-jururawat muslim yang gugur sepanjang pandemik ni Syu doakan mereka-mereka ni ditempatkan dalam golongan yang beriman. Al-Fatihah.


ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَุงู„َู…ِูŠู†َ
ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
ู…َุงู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠู†ِ
ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠู†ُ
ุงู‡ْุฏِู†َุง ุงู„ุตِّุฑَุงุทَ ุงู„ู…ُุณْุชَู‚ِูŠู…َ
ุตِุฑَุงุทَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุฃَู†ْุนَู…ْุชَ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุบَูŠْุฑِ ุงู„ู…َุบْุถُูˆุจِ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ูˆَู„ุงَ ุงู„ุถَّุงู„ِّูŠู†َ


Mei 11, 2021

Ringkasan SOP Perintah Kawalan Pergerakkan 3.0

Kat sini Syu ringkaskan semua SOP yang abah suruh kita follow. Walaupun kita semua sedih & terkilan tak dapat beraya dengan sanak saudara. Tapi apa lah daya kita nak melawan. Sekurang-kurangnya sehingga ke hari ni kita masih lagi boleh duduk di rumah yang selesa, makan sedap-sedap & ada udara yang cukup untuk bernafas. Dugaan yang Allah beri pada kita ni mungkin tak sehebat apa yang dialami saudara-saudara kita di bumi Palestin & India. Malaysia ni Allah jentik sikit jer tu pun baru terkena tempias. Di akhir-akhir Ramadhan ni kita doa sama-sama supaya COVID ni Allah angkat sehabis-habisnya dari muka bumi ni๐Ÿ˜”. Amin...



"Ke kedai mamak mencari makan, 

Karinya sedap menjilat jari, 

Kalau tak nak terkena saman, 

Patuh SOP elak ke sana ke sini"



Satu Malaysia MCO kome oi!!

Gambar background pun gambar meroyan๐Ÿ˜†.

Dua tiga hari ni memang Syu sibuk sangat mengemas rumah. Baru hari ni ada kesempatan nak meroyan dalam blogger. Tu pun sebab dapat announcement dari abah pasal satu Malaysia diarahkan MCO. Why abah? Why?Why? Ni nak meroyan ni. Time kita tengah sibuk gumbira-gumbira buat persiapan raya abah kita announce macam ni pulak๐Ÿ˜†. Nasib la persiapan raya Syu buat ala kadar jer sebab memang dah jangka dah akan jadi macam ni. Nak-nak kat Perak kes makin hari makin meningkat gara-gara dek variant African tu. Jadi, memang takda harapan lah nak keluar jimba-jimba pergi beraya. Apa-apa pun bertabah lah yer kawan-kawan semua.


Beraya Di rumah Saja lah Kita Gamaknyer Tahun Ni Yer๐Ÿ˜‚



Mei 08, 2021

Syawal just around the corner!!


๐Ÿ˜”Honestly, I'm pretty sad that Ramadhan gonna leave us soon. Nothing can replace this precious full blessed month. Time passed by really fast you know.

By the way, have you done with the Eid al-Fitri preparation? Mine still in progress๐Ÿ˜…. Still got many things to do. I wish I can clear it all by today. I hope so. Whatever it is... 

Have a nice day uols!! Now, Let's get back with the preparation๐Ÿ˜œ!!

 

Mei 07, 2021

Jenaka Kotor Cerminan Permikiran Kotor

Beberapa hari yang lepas, agak terkejut juga apabila satu perkongsian dari Nad Masrom - Tips Puting Rata telah dijadikan bahan jenaka kotor di laman TikTok-nya. Yang menyedihkan tu bukan apa, rata-rata yang memberi respon kotor tu banyak yang terdiri dari golongan remaja yang belum berkahwin & lelaki yang bersatus suami orang. Nad Masrom ni sebenarnya merupakan kaunselor laktasi di Feed by Ummi Najla. Atau dengan kata lain pembimbing penyusuan bayi. Segala permasalahan & cara penyusuan memang dia akan kongsikan di lama TikTok-nya sebagai panduan.



Memang tak dinafikan content yang cuba dikongsi oleh Nad Masrom ni agak berat pengisiannya. Akan tetapi setiap intipati yang dia cuba kongsikan memang sangat bermanfaat untuk membimbing para ibu di luar sana tentang teknik penyusuan bayi yang betul. Sekiranya tidak ada perkongsian seperti ni sudah semestinya ramai ibu-ibu di luar sana tersasar dari landasan.


Kita pun tahu di Malaysia sahaja sudah berapa banyak kes kematian bayi dek kerana salahnya teknik penyusuan disebabkan kurangnya pengetahuan & pendedahan. Jadi, pada Syu memang tak salah apa yang Nad Mansor cuba kongsi & sampaikan kepada orang ramai. Malah, perkongsian yang dibuat tu adalah berdasarkan pengalaman di yang  Nad sendiri pernah lalui. Cuma dari segi penerimaan orang ramai tu samaada positif ataupun negatif. 




APA ITU JENAKA KOTOR?


Talk


Okey berbalik pada topik. Jenaka kotor ni apa yer sebenarnya?? Jenaka kotor atau dalam bahasa inggeris dia "dirty jokes" ni merupakan satu gurauan atau ungkapan yang berbaur lucah. Yang mana intipati gurauan tu berunsurkan 18 tahun & ke atas. Mungkin pada orang yang suka buat jenaka kotor ni rasa gurauan yang diorang buat tu lawak & boleh diterima, tapi pada kita mungkin tidak. Sebab apa, jenaka kotor ni bukan saja tak sedap untuk dihadam malah agak malu juga untuk didengar & dipertontonkan tambah-tambah pada golongan bawah umur. Tak salah kalau nak berjenaka tapi kalau boleh elakkan unsur-unsur 18sx ni sebab ianya senang jadi ikutan kanak-kanak. 




BANYAK DALAM KALANGAN MELAYU


Sebenarnya, Syu bukan lah nak pukul rata terus menunding jari ke kaum Melayu kita saja. Tapi minta maaf lah Syu cakap yer, rata-rata Syu tengok memang majoriti yang suka buat jenaka kotor ni terdiri dari kalangan Melayu kita juga sebenarnya. Mungkin, kadang-kadang ada sesetengah orang-orang lama yang duduk di kampung sudah terbiasa gunakan jenaka kotor ni untuk bergurau. Disebabkan ianya dianggap gurauan, so sampai kesudah terbawa-bawa sampai ke anak cucu. Contoh biasa, macam jenaka kotor pada orang yang baru berkahwin. Faham-faham jelah jenaka kotor dia macam mana yer. Memang malu kalau anak-anak kecil dengar. Masa Syu mula-mula kahwin dulu pun Syu pernah kena jugak sebenarnya. Tapi Syu ignored kan saja sebab dah malu & segan nak dengar๐Ÿ˜…. 




CERMINAN PEMIKIRAN KOTOR


Pernah dengar istilah otak kuning? Sama lah maksud dia dengan pemikiran kotor ni jugak sebenarnya. Cakap kotor maka otak pun kotor lah kan. So, ini lah cerminan dia. Selalunya orang yang berfikiran kotor ni memang tak normal & susah nak dikawal pemikiran dia. Sebab di mata diorang, even korang tunjuk gambar perempuan berjubah sekalipun diorang tetap akan melihat yang perempuan berjubah tu macam tak pakai apa-apa. Inikan pula kalau korang tunjuk yang betul-betulkan?? So, awas yer dengan orang otak kuning ni!!



Pada Syu berjenaka tu tak salah, tapi biarlah berlapik & kalau boleh elakkan menyelit elemen-elemen lucah ketika berjenaka. Sebab ianya tak elok & tersangatlah memalukan tambah-tambah kalau yang mendengarnya tu golongan bawah umur. Bila kita yang dewasa ni sudah terbiasa dedahkan golongan muda dengan jenaka kotor maka tak hairan lah kalau suatu hari nanti bila diorang dah meningkat dewasa diorang akan buat benda yang sama macam  mana yang kita dah buat. Ingat, apa yang diwarisi itulah yang akan diikuti.




CARA ELAK


Cakap kotor orang jelek,
Cakap elok ramai tertarik
Bahasa Melayu Sopan & Cantik
Amal selalu kekal terdidik


Pada yang dah terbiasa, mungkin agak susah nak ubah. Pada kita yang tak biasa ni, adalah lebih baik jika kita elakkan dari bergaul dengan kelompok-kelompok ni. Mungkin kita tak akan berjenaka kotor. Akan tetapi kebarangkalian untuk kita terjebak dengan pemikiran kotor tu mungkin ada. Pada yang muslim, andai sudah  terjebak. Bawa istighfar lah banyak-banyak. Itu lebih baik.


Kepada ibu-ibu yang memerlukan lebih lagi info berkenaan teknik penyusuan, korang boleh pergi ke link di bawah & bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ni jugak, Syu nak mohon agar korang boleh titipkan sedikit doa untuk Syu agar diberikan Allah kesempatan & peluang untuk menjadi seorang ibu jugak suatu hari nanti๐Ÿ˜Š. AMIN. 




SUMBER ARTIKEL & TIPS PENYUSUAN


๐Ÿ‘‰ Kongsi Ilmu Penyusuan Bayi, Wanita Terkilan Terima Mesej Lucah - Ohbulan.com 
๐Ÿ‘‰ Tik-tok Famous Breastfeeding Counselor Calls Out Dirty-minded Men for Sexualizing Her Content - msn.com
๐Ÿ‘‰ Tips Penyusuan - Tiktok
๐Ÿ‘‰ feedbyumminajla.com - Blog Penyusuan Ibu
๐Ÿ‘‰ Nad Mansor YTChannel


Mei 06, 2021

Leg Bouncing-Tabiat Henjut Kaki Ala Drummers

Pernah dengar "Leg Bouncing"?? Alah, tabiat goyang-goyang kaki acah-acah orang main drum tu. Pernah buat tak? Yang pernah buat sila mengaku okay! Sebab tabiat ni selalunya ada kena mengena dengan masalah anxiety. For those yang tak pernah buat mesti korang rasa annoying kan kalau ternampak ada orang yang buat macam tu ๐Ÿ˜…. 



Syu cerita pasal "Leg Bouncing" ni pun bukan apa. Sebab diri sendiri pun selalu jugak terjebak buat macam tu. Mungkin pada kita "Leg Bouncing" ni macam benda normal. Kalau korang nak tau, "Leg Bouncing" ni salah satu tabiat atau perangai suka menghenjutkan kaki. Ada seorang kaunselor dari United Kingdom ni, nama dia Dawn Templeton. Dia pernah cakap yang "Leg Bouncing" ni terjadi sebab adanya lebihan hormon adrenalin & kortisol disebabkan faktor tertekan. 


Goyang kaki
Kalau korang buat macam ni kat rumah kampung. Boleh roboh jawabnyer! ๐Ÿ˜‚


"Leg Bouncing" ni macam satu ketagihan tau sebenarnya. Datang tu tiba-tiba, pergi pun tiba-tiba jugak. Sebab apa, kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar bila masa kita terbuat "Leg Bouncing" ni. Tahu-tahu tengah santai-santai duduk tengok TV tiba-tiba termain drum pulak. Main drum betul tak apa. Ni drum maya๐Ÿ˜†!! Goyang lah sampai ke sudah tak bunyi-bunyi.


Sebenarnya tabiat "Leg Bouncing" ni tak adalah teruk mana pun, cuma ia nampak annoying sikit pada orang yang bukan "Leg Bouncing". Tapi andai kata, ini salah satu cara untuk menenangkan & merelakskan diri bila berhadapan dengan situasi stress, pada Syu ianya tak menjadi satu kesalahan pun. Macam Syu, apa yang Syu perasan lah kan. "Leg Bouncing" ni Syu akan start buat bila tengah stress memerah idea.



Kaki sebelah mana yang dihenjut? Itu bergantung kepada aktiviti otak orang. Kebiasannya, kalau korang berfikir guna otak kanan, output dia kaki kiri & kalau korang guna otak kiri maka kaki kanan lah yang akan di henjut. Tapi ikut orang jugak sebenarnya. Kadang-kadang tak tentu. Bergantung kepada kaki mana yang orang "Leg Bouncing" selalu buat. Ada sesetengah tu sampai dua-dua kaki dihenjutnya๐Ÿ˜†.



Bila Berlakunya "Leg Bouncing"?


1) Stress memerah idea
2) Rasa cemas
3) Kebosanan
4) Hilang fokus
5) Tertekan


By the way, setakat hari ini masih belum ada apa-apa petunjuk yang mengesahkan pasal "Leg Bouncing" ni boleh mendatangkan kemudaratan. Cuma dikhabarkan kaki akan jadi keletihan sikitlah bila terlalu kerap sangat menghenjut kaki.



Harus diingat juga, ada masa & ketika, tabiat "Leg Bouncing" ni boleh jadi petunjuk awal yang korang ada penyakit Parkinson & Restless Leg Syndrome [RLS] atau juga dikenali sebagai Willis-Ekbom Disease. Jadi, kalau sampai satu tahap tu korang rasa tabiat "Leg Bouncing" korang ni dah tak boleh dikawal. Adalah lebih baik korang berjumpa dengan doktor๐Ÿ˜‰.




SUMBER RUJUKAN


Why do people shake their leg - Betterhelp.com
 The anxious leg bounce - Metro.co.uk
Restless Leg Syndrome [RLS] / Willis-Ekbom Disease - Mayoclinic.org