3 Tips Elak Pembaziran Kibbles

Mei 03, 2021

Macam ni lah dilema mak-mak bulus. Dalam situasi Syu, dah macam-macam kibbles dah Syu try beli kat petshop. Tapi ada saja yang kucing-kucing Syu tak berkenanπŸ˜‚. Kadang tu Syu terfikir, kucing indoor memang macam ni eak perangai dia?? Ke kucing Syu jer yang macam ni?? Tapi tak semua kucing cerewet dalam pemakanan. Bergantung dengan cara asuhan kita jugak sebenarnya. Macam kucing mak Syu kat kampung diorang tak berapa sangat makan kibbles ni, diorang lebih prefer makan nasi dengan lauk ikan kembung. Berbeza pulak dengan kucing Syu. Nak kibbles jer memanjang. Nasi memang tak ingin langsung. Tapi kalau ikutkan diet nasi untuk kucing memang tak elok pun sebenarnyer. Sebab diorang ni memang pemakan daging.


Berdasarkan pengalaman Syu membela kucing ni, banyak benda jugak yang Syu belajar tentang  selera & cara pemakan diorang. Nak kata baka kucing Syu ni jenis yang mahal tidak lah. Tapi macam yang Syu perhati, kucing Syu ni memang agak picky & finicky sikit bila bab-bab makan ni. Kecuali yang kucing kampung & hidung penyek tu. Yang dua ekor ni memang senang bela sebab tak memilih makan. Jangan yang budak kayangan dua ekor tu. Memilih kemain. Daging tak makan, ayam tak makan!! Kibbles ini tak kena kibbles itu tak kena. Yang dia nak salmon & tuna!! Adoi, kadang tu pening kepala nak follow demand diorang niπŸ˜…. Tapi dah nama pun sayang kan?? So, turutkan ajer...

Tips yang Syu nak share ni adalah berdasarkan pengalaman Syu sepanjang Syu membela kucing. Kalau ikutkan ada banyak tips sebenarnya. Tapi Syu just simplified kan jadi 3. Sebab pada Syu ni tips ni memang berguna untuk korang kurang kan pembaziran kibbles yang korang dah terbeli. Harap tips ni bermanfaat untuk korang gunakan!!


1) Campur kibbles dengan wet food 


Kalau korang tengok kucing korang tak berapa suka dengan kibbles yang korang beli. Cuba korang mix dengan wet food sikit. Wet food ni bau dia agak kuat & memang sesuai untuk buka selera kucing korang untuk makan. Tak payah letak banyak. Cukup sekadar untuk bagi bau sahaja dalam makanan diorang. Setakat ni untuk kucing Syu, hanya wet food dari Smart Heart flavour tuna in jelly ni saja yang diorang berkenan. Brand yang lain macam Snappy Tom, Reflex semua tu memang diorang tak nak makan. Smart Heart ni murah jer harga dia. 😁Kalau kat SHOPEE tak sampai pun RM3 setin.


Misal kata korang takut nak beli yang tin besar ni, korang boleh cuba beli yang dalam pouch kecil. At least kalau diorang tak makan korang takda lah rasa ralat sangat. 😁Tapi setakat ni, memang tak pernah kucing reject wetfood, melainkan flavour tu memang diorang tak berkenan.




2) Treats cream



Treats ni kira macam jajan diorang lah kiranya. Sekali sekala apa salahnya pelbagai kan makanan diorang. At least takda la jemu makan  makanan yang sama jer tiap-tiap hari. Even kita yang manusia ni pun pandai rasa jemu inikan pulak binatang macam diorang. Apa Syu buat Syu letakkan sikit atas diorang punya kibbles. Bila diorang makan treats cream tu definetely diorang akan makan kibles tu sekali. Treats ni takda lah Syu bagi tiap-tiap hari. Nama pun jajan kan?? Bukannya elok sangat bagi hari-hari. Tambah-tambah kalau hujung bulan. Duit tak mandang keme oi!!πŸ˜‚
Tak nampak muka dah sebab semua muka pakat duduk dalam mangkuk.



3) Campur kibbles


Ada masa & ketika, kita sebagai mak-mak bulus ni cuba nak beli makanan yang terbaik unutk anak-anak bulus kita. Tengok anak bulus orang tu makan jadi gemuk elok kita pun nak ikut. Yelah, benda baik siapa tak nak bagi kan?? Tapi tulah, anak-anak bulus kita bukan faham pun dilema kita mak-mak bulus ni. Yang diorang tahu makan nak sedap & diterima tekak!! Yang mak-mak beli lah terus barang seguni. Pastu sudahnyer anak-anak pun tak nak makan. Dah jadi membazir pulak kat situ!!

So, untuk situasi macam ni solusi yang terbaik adalah dengan campurkan kibbles baru dengan kibbles yang biasa diorang makan. Ataupun guna tips yang pertama. Mix dengan wetfood. Yang ni gerenti diorang tak reject!!😁 Kalu masih jugak tak boleh menerima , korang bagi jelah kibbles tu kat stray cat belakang rumah korang. Dah confirm diorang tak memilih untuk makan sebab dah tentu-tentu diorang lapar. So, next time jangan repeat dah kibbles yang diorang tak berkenan. Kalau nak cuba jugak beri kibbles yang lain , just beli yang pek kecil dahulu untuk tester. 
Dua ekor ni memilih sikit. Pening dah kepala asyik tukar kibbles.
Kita nak keluar jenjalan ni. Tapi mummy suruh jadi model Smart Heart kejapπŸ˜’.
Jenama Ali Cat (Original Atlantic Mackerel)

Setakat ni, tiga jenis brand ni saja yang dapat memenuhi selera diorang. Tapi ada masa Syu cuma jugak selang selikan dengan jenama premium macam Royal Cannin, Reflex & TOTW. Sekali sekala apa salahnyer kan?? So untuk 3 tips ni bergatung pada keadaan sebenarnya untuk korang follow. Tapi setakat apa yang Syu dah buat, tips #1 yang paling sukses!!πŸ˜‰

You Love Cat, Then Cat Will Love You Back!!


Comments

  1. Gebu gebas semuanya. bagus sopan makan dalam mangkuk masing masing. kucing ni kalau kibbles tak berkenan memang dia tak nak. kalau kucing saya dari pengalaman lepas masa ada kucing, dorang nak RC je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😞Itulah, ni pun jenuh bertukar-tukar kibbles K.Fizah.
      Uiiihhhh...syok lah jugak nak makan RC😯!! Kucing Syu kalau RC dia nak yang wetfood jer,kalau yang kering tu dia macam kurang sikit nak makan. Tak tau lah kenapa? Padahal makanan mahal dah tuπŸ˜•

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!