Dah Masak Tapi Hujung-hujung Berbeli Jugak!! 😂

Mei 20, 2021

Alkisahnya, hari ni Syu puasa. Tekak ni teringin pulak nak makan mee bandung udang kat Warung Ina Tomyam. Kalau ikutkan, lepas balik kerja Syu dah submit order kat K. Ina ni dah. Ingatkan kedai dia tak buka sebab wassap yang Syu hantar tak berbalas. Jadi penyudahnya Syu masak jelah.


Mee bandung udang selambak
Tengoklah udang dia. Besau-besau 😋. Dalam mee ni saja dah dekat 6 eokor udang😇. 

Dalam tengah dok sibuk kelentang kelentung kat dapur at the end K. Ina tiba-tiba telefon suruh ambik makanan. Ahhhh...sudah...makanan yang Syu masak dah siap dah ni😂. Udah clash pulak dengan order K. Ina. Kalau belum siap at least boleh lah cancel lagi. Ni dah siap masak. Nak cancel order karang malu pulak. Dah lah kita ni regular customer dia. Tak syok la kan...Nak tak nak pergi jelah amik. Kesian. Rugi pulak nanti tauke kedai. Lagipun bukan mahal mana pun mee bandungnya. RM7 jer.


Nasi goreng udang selambak
Puas makan. Harga pun murah!!👍🏼 


Actually Syu order dua. Satu mee bandung udang & satu lagi nasi goreng udang. Yang nasi goreng udang ni untuk big boss😆. Yang ni memang feveret dia. Selalu kalau pesan makanana dari K. Ina memang dua menu ni jer yang Syu & encik suami suka repeat order. Kalau macam ni, makanan yang Syu masak tadi tu nampak gayanya bawak ke esok lah jawabnyer😂. Aduhai... 


😁 Bawah nasi tu ada lagi udangnyer. 


 BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM 🤲🏻 JEMPUT MAKAN 😊

Comments

  1. Besarrrr nampakk udangnyaaaaa. Tadi pun kita makan nasi goreng udang jugak hehehe :D

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!