Pejam celik...pejam celik ada berbaki 8 hari saja lagi untuk kita berpuasa. Sekejap betul masa berlalu kan kawan-kawan?? Puasa Syu tahun ni memang alhamdulillah. Allah permudahkan! Tak ada masalah gastrik. Tak ada masalah angin sakit kepala bagai. Senang cerita, memang lancarlah semuanya jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni. Cuma persediaan raya tu macam tak berapa nak lancar sikit. Rasa macam raya, rasa macam tak rayaπ .
Korang macam pulak mana?? Berapa percent dah persiapan raya?? Dah tak lama dah tau...tinggal lebih kurang seminggu jer lagi. Macam Syu punya persediaan setakat ni just lampu lip-lap hari tu jer. Biskut-biskut apa semua hapah Syu tak buat lagi. Barang nak buat biskut semua Syu dah beli dah! Cuma mood nak buat tu belum ada lagi! Boleh jadi, kuih raya tunjuk tahun ni nampak gayanya. Dah ada bau-bau dah niπ!
Pusing dulu puas-puas. Penuh bakul baru balikπ. |
Petang semalam, boss & officemates ada suruh cari decoration raya. Saja nak ceriakan office agaknya. Selalunya setiap tahun, company Syu just buat decoration untuk Chinese New Year & Christmas jer. Decoration raya memang tak pernah buat langsungπ.Mungkin tahun ni diorang nak merasa pulak tengok decoration time raya kita macam mana. Nak tak nak terpaksa lah terjah ke Mr.DIY sekejap lepas balik kerja bercari barang decoration. Nak pergi semalam tak sempat.
Actually, minggu sudah masa pergi window shopping kat TESCO ada ternampak kat Mr.DIY ni ada jual barang-barang nak buat decoration raya. Memandangkan benda dah ada kat depan mata, tak payah nak pening-pening kepala dah nak tawaf satu Ipoh bercari barang. Actually agak murah & cantik jugak lah decoration dia. Warna pulak memang meriah betul!!π
Ni baru sikit. Kejap lagi penuh la bakulπ. |
Apa-apa pun, esok nak decorate office dulu bagi cantik. Kalau ikutkan memang malas nak buat. Tapi dah boss & office mates nak sangat rasa fefilin raya tu, so kita layan kan jelah. Mana lah tau kan, time tengah dok gantung-gantung bunga kat ceiling office tiba-tiba idea & mood nak buat kuih raya tu tiba-tiba datang. Boleh jadi kan kawan-kawanπ? Apa-apa pu, selamat membuat persiapan raya & selamat meneruskan ibadah puasa!
Waaaaaa nanti cantikk lah rumah dia dengan decoration raya!
BalasPadamKita tak ada decorationnn punnn hehehe.
Saje deko2...Raya kan tak boleh rentas negeri.So, kita hias dari hujung dapur sampai ke pagar depanπ€£. At least takda lah rasa bitter sangat tak dapat rentas negeri!!
BalasPadam