Jenaka Kotor Cerminan Permikiran Kotor

Mei 07, 2021

Beberapa hari yang lepas, agak terkejut juga apabila satu perkongsian dari Nad Masrom - Tips Puting Rata telah dijadikan bahan jenaka kotor di laman TikTok-nya. Yang menyedihkan tu bukan apa, rata-rata yang memberi respon kotor tu banyak yang terdiri dari golongan remaja yang belum berkahwin & lelaki yang bersatus suami orang. Nad Masrom ni sebenarnya merupakan kaunselor laktasi di Feed by Ummi Najla. Atau dengan kata lain pembimbing penyusuan bayi. Segala permasalahan & cara penyusuan memang dia akan kongsikan di lama TikTok-nya sebagai panduan.



Memang tak dinafikan content yang cuba dikongsi oleh Nad Masrom ni agak berat pengisiannya. Akan tetapi setiap intipati yang dia cuba kongsikan memang sangat bermanfaat untuk membimbing para ibu di luar sana tentang teknik penyusuan bayi yang betul. Sekiranya tidak ada perkongsian seperti ni sudah semestinya ramai ibu-ibu di luar sana tersasar dari landasan.


Kita pun tahu di Malaysia sahaja sudah berapa banyak kes kematian bayi dek kerana salahnya teknik penyusuan disebabkan kurangnya pengetahuan & pendedahan. Jadi, pada Syu memang tak salah apa yang Nad Mansor cuba kongsi & sampaikan kepada orang ramai. Malah, perkongsian yang dibuat tu adalah berdasarkan pengalaman di yang  Nad sendiri pernah lalui. Cuma dari segi penerimaan orang ramai tu samaada positif ataupun negatif. 




APA ITU JENAKA KOTOR?


Talk


Okey berbalik pada topik. Jenaka kotor ni apa yer sebenarnya?? Jenaka kotor atau dalam bahasa inggeris dia "dirty jokes" ni merupakan satu gurauan atau ungkapan yang berbaur lucah. Yang mana intipati gurauan tu berunsurkan 18 tahun & ke atas. Mungkin pada orang yang suka buat jenaka kotor ni rasa gurauan yang diorang buat tu lawak & boleh diterima, tapi pada kita mungkin tidak. Sebab apa, jenaka kotor ni bukan saja tak sedap untuk dihadam malah agak malu juga untuk didengar & dipertontonkan tambah-tambah pada golongan bawah umur. Tak salah kalau nak berjenaka tapi kalau boleh elakkan unsur-unsur 18sx ni sebab ianya senang jadi ikutan kanak-kanak. 




BANYAK DALAM KALANGAN MELAYU


Sebenarnya, Syu bukan lah nak pukul rata terus menunding jari ke kaum Melayu kita saja. Tapi minta maaf lah Syu cakap yer, rata-rata Syu tengok memang majoriti yang suka buat jenaka kotor ni terdiri dari kalangan Melayu kita juga sebenarnya. Mungkin, kadang-kadang ada sesetengah orang-orang lama yang duduk di kampung sudah terbiasa gunakan jenaka kotor ni untuk bergurau. Disebabkan ianya dianggap gurauan, so sampai kesudah terbawa-bawa sampai ke anak cucu. Contoh biasa, macam jenaka kotor pada orang yang baru berkahwin. Faham-faham jelah jenaka kotor dia macam mana yer. Memang malu kalau anak-anak kecil dengar. Masa Syu mula-mula kahwin dulu pun Syu pernah kena jugak sebenarnya. Tapi Syu ignored kan saja sebab dah malu & segan nak dengarπŸ˜…. 




CERMINAN PEMIKIRAN KOTOR


Pernah dengar istilah otak kuning? Sama lah maksud dia dengan pemikiran kotor ni jugak sebenarnya. Cakap kotor maka otak pun kotor lah kan. So, ini lah cerminan dia. Selalunya orang yang berfikiran kotor ni memang tak normal & susah nak dikawal pemikiran dia. Sebab di mata diorang, even korang tunjuk gambar perempuan berjubah sekalipun diorang tetap akan melihat yang perempuan berjubah tu macam tak pakai apa-apa. Inikan pula kalau korang tunjuk yang betul-betulkan?? So, awas yer dengan orang otak kuning ni!!



Pada Syu berjenaka tu tak salah, tapi biarlah berlapik & kalau boleh elakkan menyelit elemen-elemen lucah ketika berjenaka. Sebab ianya tak elok & tersangatlah memalukan tambah-tambah kalau yang mendengarnya tu golongan bawah umur. Bila kita yang dewasa ni sudah terbiasa dedahkan golongan muda dengan jenaka kotor maka tak hairan lah kalau suatu hari nanti bila diorang dah meningkat dewasa diorang akan buat benda yang sama macam  mana yang kita dah buat. Ingat, apa yang diwarisi itulah yang akan diikuti.




CARA ELAK


Cakap kotor orang jelek,
Cakap elok ramai tertarik
Bahasa Melayu Sopan & Cantik
Amal selalu kekal terdidik


Pada yang dah terbiasa, mungkin agak susah nak ubah. Pada kita yang tak biasa ni, adalah lebih baik jika kita elakkan dari bergaul dengan kelompok-kelompok ni. Mungkin kita tak akan berjenaka kotor. Akan tetapi kebarangkalian untuk kita terjebak dengan pemikiran kotor tu mungkin ada. Pada yang muslim, andai sudah  terjebak. Bawa istighfar lah banyak-banyak. Itu lebih baik.


Kepada ibu-ibu yang memerlukan lebih lagi info berkenaan teknik penyusuan, korang boleh pergi ke link di bawah & bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ni jugak, Syu nak mohon agar korang boleh titipkan sedikit doa untuk Syu agar diberikan Allah kesempatan & peluang untuk menjadi seorang ibu jugak suatu hari nanti😊. AMIN. 




SUMBER ARTIKEL & TIPS PENYUSUAN


πŸ‘‰ Kongsi Ilmu Penyusuan Bayi, Wanita Terkilan Terima Mesej Lucah - Ohbulan.com 
πŸ‘‰ Tik-tok Famous Breastfeeding Counselor Calls Out Dirty-minded Men for Sexualizing Her Content - msn.com
πŸ‘‰ Tips Penyusuan - Tiktok
πŸ‘‰ feedbyumminajla.com - Blog Penyusuan Ibu
πŸ‘‰ Nad Mansor YTChannel


Comments

  1. jenaka kotor dah dinormalisasi dalam hidup seharian. tengok ajelah maharaja lawak tu...banyak jenaka kotor... cuma beberapa orang juri je yang berani sound perserta

    BalasPadam
  2. Tak suka dengan dirty jokes. Rasa tak perlu kot kan. Semoga kita sama sama ada rezeki dan peluang menjadi seorang ibu.. Aaminn...

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!