PKP macam mana sekalipun, raya tetap raya okay. Even tak dapat rentas daerah & negeri untuk berjumpa family,sambutan tetap kena diteruskan. Tak mahu sedih-sedih. Allah jadikan halangan tu sebagai peringatan. Jadi kita kena redha. Sama-sama kita doa lepas PKP 3.0 ni berakhir dapat lah hendaknya peluang untuk berkumpul.
Bersempena nak raya esok, kami ipar duai sempat berkumpul sekejap masak-masak. Alhamdulillah rumah kitorang masing-masing dalam satu daerah yang sama. Lepas habis masak ni pakat beterbaran lah kitorang balik ke rumah masing-masing. Almaklumlah, ziarah raya tak dibenarkan masa PKP 3.0 ni😔.
Family belah suami Syu ni memang tiap kali raya mesti buat lemang. Time Raya Haji pun diorang melemang jugak. Dah terbiasa agaknya kan...Tahun ni masak lemangnya tak sampai pun 30 batang sebab family yang belah Johor & Selangor pun tak boleh balik. Sebab cuti dibekukan. Kalau masak banyak-banyak nanti takut membazir pulak😅.
Tahun ni tak bakau lemang.. Biasanya ada buat.
BalasPadam