Leg Bouncing-Tabiat Henjut Kaki Ala Drummers

Mei 06, 2021

Pernah dengar "Leg Bouncing"?? Alah, tabiat goyang-goyang kaki acah-acah orang main drum tu. Pernah buat tak? Yang pernah buat sila mengaku okay! Sebab tabiat ni selalunya ada kena mengena dengan masalah anxiety. For those yang tak pernah buat mesti korang rasa annoying kan kalau ternampak ada orang yang buat macam tu 😅. 



Syu cerita pasal "Leg Bouncing" ni pun bukan apa. Sebab diri sendiri pun selalu jugak terjebak buat macam tu. Mungkin pada kita "Leg Bouncing" ni macam benda normal. Kalau korang nak tau, "Leg Bouncing" ni salah satu tabiat atau perangai suka menghenjutkan kaki. Ada seorang kaunselor dari United Kingdom ni, nama dia Dawn Templeton. Dia pernah cakap yang "Leg Bouncing" ni terjadi sebab adanya lebihan hormon adrenalin & kortisol disebabkan faktor tertekan. 


Goyang kaki
Kalau korang buat macam ni kat rumah kampung. Boleh roboh jawabnyer! 😂


"Leg Bouncing" ni macam satu ketagihan tau sebenarnya. Datang tu tiba-tiba, pergi pun tiba-tiba jugak. Sebab apa, kadang-kadang kita sendiri pun tak sedar bila masa kita terbuat "Leg Bouncing" ni. Tahu-tahu tengah santai-santai duduk tengok TV tiba-tiba termain drum pulak. Main drum betul tak apa. Ni drum maya😆!! Goyang lah sampai ke sudah tak bunyi-bunyi.


Sebenarnya tabiat "Leg Bouncing" ni tak adalah teruk mana pun, cuma ia nampak annoying sikit pada orang yang bukan "Leg Bouncing". Tapi andai kata, ini salah satu cara untuk menenangkan & merelakskan diri bila berhadapan dengan situasi stress, pada Syu ianya tak menjadi satu kesalahan pun. Macam Syu, apa yang Syu perasan lah kan. "Leg Bouncing" ni Syu akan start buat bila tengah stress memerah idea.



Kaki sebelah mana yang dihenjut? Itu bergantung kepada aktiviti otak orang. Kebiasannya, kalau korang berfikir guna otak kanan, output dia kaki kiri & kalau korang guna otak kiri maka kaki kanan lah yang akan di henjut. Tapi ikut orang jugak sebenarnya. Kadang-kadang tak tentu. Bergantung kepada kaki mana yang orang "Leg Bouncing" selalu buat. Ada sesetengah tu sampai dua-dua kaki dihenjutnya😆.



Bila Berlakunya "Leg Bouncing"?


1) Stress memerah idea
2) Rasa cemas
3) Kebosanan
4) Hilang fokus
5) Tertekan


By the way, setakat hari ini masih belum ada apa-apa petunjuk yang mengesahkan pasal "Leg Bouncing" ni boleh mendatangkan kemudaratan. Cuma dikhabarkan kaki akan jadi keletihan sikitlah bila terlalu kerap sangat menghenjut kaki.



Harus diingat juga, ada masa & ketika, tabiat "Leg Bouncing" ni boleh jadi petunjuk awal yang korang ada penyakit Parkinson & Restless Leg Syndrome [RLS] atau juga dikenali sebagai Willis-Ekbom Disease. Jadi, kalau sampai satu tahap tu korang rasa tabiat "Leg Bouncing" korang ni dah tak boleh dikawal. Adalah lebih baik korang berjumpa dengan doktor😉.




SUMBER RUJUKAN


Why do people shake their leg - Betterhelp.com
 The anxious leg bounce - Metro.co.uk
Restless Leg Syndrome [RLS] / Willis-Ekbom Disease - Mayoclinic.org

Comments

  1. Selalu jugaklah leg bouncing ni bila stress. Auto leg bouncing rasanya hahahaha

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!