Hari ni Syu nak cerita sikit pasal WAHED Invest. Post hari ni memang panjang lebar sikit yer. Almaklumlah BDR (Bekerja dari rumah) time PKP. So, freetime ada lebih sikitlah nak menulis. Mohon bertabahlah pembaca-pembaca sekalianπ. Lagipun post ni agak berguna jugak untuk korang tambah duit poket dikala pandemik sendang melanda dunia ni.
Memandangkan dah nak dekat setahun lebih Syu join WAHED ni, jadi Syu nak share & review sikit perkembangan pelaburan Syu sepanjang tempoh Syu buat pelaburan. Actually, kalau ikutkan Syu tak berani jugak nak review pasal apps pelaburan ni sebab Syu tak ada ilmu sangat pasal bab-bab melabur. Tapi, memandangkan lately ni ada nampak hasil & perkembangan. Syu rasa ada manfaat jugak kalau Syu share kepada korang. Even korang tak nak buat investment sekalipun, at least korang tahu kat luar sana ada platform untuk korang boleh melabur dengan cara yang halal & jauh dari unsur-unsur syubhah.
APA ITU WAHED
Pada yang belum tahu WAHED tu apa, mari Syu ceritakan serba sedikit pasal Robo-Advisor ni. WAHED ni sebenarnya merupakan salah satu platform perlaburan automatik yang berkonsepkan patuh syariah. Yang mana dana pelaburan yang korang laburkan hanya akan dilabur ke dalam sumber-sumber yang halal & tidak mengandungi unsur-unsur syubhah. Syu rasa infografik dekat bawah ni dah cukup lengkap untuk terangkan kepada korang ke mana dana pelaburan korang akan pergi sebaik sahaja korang melabur dalam WAHED ni.
Untuk makluman korang, WAHED ni telah ditubuhkan & dilancarkan di New York City, Amerika Syarikat dalam tahun 2017. Manakala di Malaysia pulak, WAHED ni diperkenalkan pada tahun 2019. Ianya officially didaftarkan sebagai Wahed Technology S/B di bawah seliaan Suruhanjaya Sekuriti. Bukan itu sahaja, Bank Negara Malaysia pun mengiktiraf WAHED ni sebagai platform pelaburan yang sah di Malaysia.
Masa mula-mula menembusi pasaran Malaysia, memang tak ramai yang tahu pasal platform pelaburan ni. Malah, ada jugak yang cakap WAHED ni scammer & kembar kepada skim cepat kaya. Syu pun faham rakyat Malaysia masa tu mungkin agak paranoid sikit nak melabur dalam WAHED ni disebabkan banyak kali tertipu dengan agent pelaburan & scammer macam Skim Cepat Kaya & MLM. Jadi, memang tak hairan sekiranya WAHED ni jadi agak sendu sikitlah kiranya masa mula-mula dilancarkan dulu. Kalau yang berani join pun hanya investor-investor bermodal besar yang tahu pasal WAHED & investor yang berani ambil risiko dalam pelaburan.
Tapi sebelum tu, Syu nak ingatkan dekat korang yang pelaburan WAHED ni bukan skim cepat kaya mahupun MLM yer. Dia punya pulangan setiap hari mungkin berbeza mengikut market. Hari ni mungkin pulangannya menggumbirakan, esok lusa mungkin lain pulak. Itulah dunia pelaburan. Semua perkara memang unpredictable!! For those yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, Syu rasa inilah platform yang terbaik untuk korang start & belajar melabur secara kecil-kecilan. Tak payah modal besar. RM100 pun dah cukup untuk permulaan. Nak kata pulangannya macam main Bursa Saham tu tak lah...Tapi busuk-busuk dividen pelaburan tu lepas lah jugak nak beli beras barang sekampit dua π.
Dana yang korang laburkan ni akan di control secara automatik oleh Robo advisor. Maknanyer kat sini, korang just buat investment duit sahaja selebihnya semua sistem WAHED yang akan buat kerja. Tak payah korang nak pening-pening nak fikir bila nak kene trade korang punya saham bagai. Cuma daftar, labur then pantau perkembangan profit korang. Selebihnya WAHED yang handleπ. Mudahkan??
JENIS-JENIS PORTFOLIO
Dalam WAHED ni ada 8 jenis portfolio yang korang boleh pilih berdasarkan tahap & trend investment korang. Setiap portfolio ni berbeza tahap risiko & profit yang korang bakal dapat. Macam Syu, Syu pilih portfolio Emas & Sederhana Aggresif jer. By the way, Syu lupa nak mention yang Syu sebenarnya create dua akaun WAHEDπ. Asalnya just nak buat perbandingan sahaja antara dua akaun ni. At the end Syu nampak portfolio Emas ni nampak macam progressnya lagi okay. Jadi, Syu konsisten buat pelaburan setiap bulan dalam portfolio Emas ni sampailah ke hari ni.
Pilih portfolio berdasarkan kemampuan & keberanian korang menanggung jatuh naiknya keuntungan. |
Kalau nak tahu, setiap 6 bulan korang boleh tukar porfolio sebenarnya. WAHED ni tak adalah rigid sangat untuk biarkan korang stay dalam satu portfolio tu jer. Kalau korang rasa portfolio korang yang sekarang ni macam tak memberangsangkan, korang boleh downgrade atau upgrade korang punya portfolio yang korang nak.
MACAM MANA NAK JOIN WAHED?
Syu nak ingatkan seperkara lagi. WAHED ni dia tak ada lantik mana-mana agent sebagai personal advisor yer. Yang ada cuma kod referal sahaja sebagai rujukan. Segala pendaftaran & pelaburan dana dibuat sendiri melalui Aplikasi WAHED sahaja & bukan melalui mana-mana individu yang mengaku sebagai personal advisor mahupun agen WAHED. Agen-agen semua tu TAK ADA & TAK PERNAH WAHED WUJUDKAN!! Yang ini memang ramai dah terkena masa WAHED mula-mula release dulu & sampai sekarang masih ada yang jadi scammer WAHED ni. So berhati-hati okay!!
Nak join WAHED, korang cuma perlu dowload aplikasi WAHED ni melalui Google Playstore. Lepas tu korang daftar & labur jer macam biasa. Tak susah mana pun cuma follow jer instruction yang diorang bagi. Cuma ingat pesan Syu tadi. Nak daftar WAHED kena buat sendiri. Tak ada orang tengah yer. Kalau ada pun guider jer. Klau korang nak tau apa-apa pasal pendaftaran WAHED korang roger jer Syu ataupun korang boleh pergi ke website WAHED untuk info lebih lanjut.
Okay, yang kat bawah ni Syu punya portfolio Emas. Starting graph tu memang mendatar sikit sebab Syu tak ada buat apa-apa pertambahan dana selama berbulan-bulan. Tambah pulak sepanjang tempoh tu Syu punya dana tak sampai RM100 sebab Syu ada buat pengeluaran sikit. Maklumlah tengah bulan kadang-kadang terdesak jugak nak pakai duit π. Tu pasal kalau korang tengok grafnyer flat jer mula-mula π.
Masa pandemik COVID-19 menyerang, memang perit sikit bila tengok graf ni. Nilai keuntungan asyik negatif jer. Tapi lepas dengar nasihat dari investor-investor,alhamdulillah ada nampak hasil dia. Now. Syu maintain tambah dana secara berkala setiap bulan. So, setakat ni adalah keuntungan sikit. Ni baru tiga bulan Syu topup balek. Jadi lah kan...Macam Syu cakap, boleh lah nak buat beli beras barang dua kampitπ. Nak kata untung ribu raban tu taklah tapi kalau kita rajin tambah dana insyallah hasil tu pasti ada!!
Ni keuntungan semalam. Hari ni dah naik jadi RM96.94 π |
By the way, ni referral kod Syu. Kod ni boleh guna bila korang nak signup WAHED. Kalau key-in kod ni dapatlah Syu RM10 korang RM10. Masa mula-mula release dulu memang meriah tau. Satu kod referral sahaja RM40, tapi sekarang WAHED dah kurangkan sebab ramai sangat dah join & dapat income dari kod referral sahaja π. Setakat ni baru sorang jer yang guna referral kod Syu π. Sebab Syu jarang nak promo-promo kod Syu ni. Tapi kalau korang nak dapat sikit duit beli aiskrim, korang boleh lah guna kod ni. Tak nak guna pun tak jadi masalah.
Pada newbies dalam dunia pelaburan, sinilah platform yang sesuai untuk korang bermula. Tak payah modal besar & tak payah nak berhutang-hutang macam loan ASNB tu. Ada duit sikit korang topup. Tak ada duit korang biar jer duit investment korang beranak-pinak dalam tu. Nak keluar, keluarkan saja duit keuntungan π.
Sesungguhnya halal itu jelas dan haram itu jelas dan perkara yang berada antara halal dan haram itu adalah perkara syubhah yang tidak ramai manusia mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Comments
π Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita π. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!