Hari ni Allah tarik sekejap nikmat kesihatan Syu. Start dari malam tadi badan tak berapa nak sihat. Dengan selemanya lepas tu dengan senggugut lagi. Memang kalahlah jawabnyer. Bila dok fikir-fikir balik lama jugak sebenarnya Syu tak kena selesema . Tapi bila kena tu siap dapat package combo lah pulak π. Ingatkan siang tadi nak sharelah sikit pasal pengalaman masalah kulit Syu dengan korang. Tapi disebabkan Syu dah makan ubat, maka mata ni dia punya mengantuk tu memang tak boleh bincang π . Yang Syu sempat buat just post thumbnails ni jer.
Start dari tengahari tadi memang membuta jer tak ingat dunia. Memang tak sedar langsung. Kuat betul ubat selesema yang Syu makan tu π. Malam ni alhamdulillah. Dah start recover balik. Malam-malam macam ni baru dapat luangkan masa nak berblogger. Harap korang sudilah nak membaca. By the way, berbalik kepada tajuk cerita. Apa yang Syu nak share ni adalah berdasarkan pengalaman Syu sendiri sebenarnya. Memang betul Syu dah tak pakai produk penjagaan kulit orang perempuan. Terutamanya pencuci muka. Start Syu lepas habis belajar memang Syu tukar terus pencuci muka, tu pun lepas accidentally terpakai pencuci muka adik lelaki Syu. Brand Garnier kalau tak silap Syu. Kulit Syu ni kalau korang nak tahu memang jenis berminyak & senang breakouts.
Last time Syu pakai yang AcneFight. Sekarang Syu pakai Turbolight Oil Control. |
Sekarang ni alhamdulillah. Muka Syu memang dah tak macam muka orang pecah rumah dah. Tu pun lepas tukar ke pencuci muka orang lelaki. Nak kata pelowles sangat tu tak lah. Tapi, kesan periuk api tu masih jugaklah boleh nampak π. Actually, banyak jugak Syu spent duit beli produk penjagaan kulit tapi semuanya tak berkesan. Even produk mahal pun sama. Tetap tak jalan. Pada Syu, pencuci muka wanita ni dia agak mild sikit untuk Syu. So kesan dia tu macam tak berapa sangat. Atau mungkin kulit Syu bukan kulit orang pompuan agaknya π. Tu yang tak sesuai tu.
Sekarang pakai yang ni π. |
Comments
π Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita π. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!