Cuba Resepi PJJ Donut & Bomboloni

Jun 04, 2021

Review PJJ

Memandangkan masa lockdown ni ada banyak masa terluang. So, Syu isilah masa lapang Syu dengan join PJJ Group Multi-version Doughnut dekat FB. Ni kira cubaan pertama Syu buat bomboloni frozen😁. Doh ni Syu dah bekukan semalaman. Kalau ikutkan nak terus goreng jer malam tadi. Tapi memandangkan dah terlampau kenyang, so Syu postponed untuk buat minum petang hari ni. 

Doh frozen
Ni doh frozen bomboloni yang Syu buat malam tadi.Macam rupa ragi pun ada πŸ˜….

Actually, Syu memang nak share resepi ni. Tapi memandangkan ni resepi berbayar, macam tak syoklah pulak kan. Sebab resepi ni kira hasil kerja & periuk nasi cikgu-cikgu PJJ ni jugak. Lagipun rules dalam group memang Cikgu PJJ dah pesan tak boleh share atau muat naik apa-apa content dari group ni ke mana-mana platform lain. So, apa yang Syu boleh share kat sini just hasilnya sahaja. Sorry y'allπŸ˜‰. 

Bomboloni
Doh ni kena bagi defrost & proof pada suhu bilik.

Bomboloni
Dak kembang barulah boleh goreng.

Bombloni
Goreng sampai ada ring macam ni.

Bomboloni
Lapik dengan paper towel untuk serap lebihan minyak.

Inilah hasil bomboloninya. Terus terang cakaplah rupa dia memang tak semenggah sikit. Nama pun percubaan pertama kan πŸ˜‚. Actually, Syu malas nak buat filling. So, jadilah bomboloni kosong ni. Sungguhpun bukan bomboloni jadi bombonat pun nak kira okaylah kan. Tapi jujur Syu cakap, tekstur dia memang gebu-gebas. Mula-mula macam tak percaya jugak dari doh keras batu tu boleh jadi lembut macam niπŸ˜†. Lepas ni bolehlah cuba buat lagi.

Bombloni
First time buat memang hasil tak semenggah sikit 😁.

In case kalau korang nak join, korang boleh cari FB Cikgu Ina Anizaina πŸ˜‰. Dalam group PJJ ni macam-macam doh roti & donut korang boleh belajar sebab doh ni memang boleh dipelbagaikan untuk buat roti & pizza jugak. So, memang tak rugi kalau korang join. Lagipun memang ramai sahabat PJJ Syu berjaya jadikan resepi-resepi PJJ ni sebagai sumber pendapatan. Yuran pun tak adalah mahal mana RM10 jer sekarang ni. Memang berbaloi & tak rugi!! Dulu mahal tau...RM30 kalau tak silap Syu. So, kalau korang nak join korang boleh register hari ni sebab Syu pun tak pasti sampai bila promo PJJ ni habis [ Cikgu PJJ baru update : 1-14 Jun 2021].

Comments

  1. Wah gebu nya 😍 menyelerakan betul

    BalasPadam
  2. kalau tiada aral, memang mak saya akan berniaga donat dihadapan rumah. Dulu masa kecil pandailah saya gentel pau, roti, pizza semua...sekarang habis dah skill tak dipraktis >_<

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!