Breakfast Dumpling Jer Pagi Ni πŸ˜‹

Jun 10, 2021

Yang kita gigihlah kelepet lawa-lawa malam tadi. Lepas dah masak hilang semua kelepet πŸ˜‚. Kedut seribu sudahnya.


Syu dengar result SPM keluar hari ni. Tahniah for those yang dapat keputusan yang cemerlang. Pada yang result tak berapa nak okey tu jangan sedih-sedih tau. Jangan risau, tak terer SPM bukan tak boleh berjaya dalam kehidupan. Ada jer kawan-kawan Syu kat luar sana yang berjaya even result SPM cukup-cukup makan & teruk. Siap ada yang jadi cikgu & businessman pun ada. Nak berjaya dalam hidup bukan kena terer dalam akademik jer. Self-independent & semangat tak putus asa tu pun kena ada jugak. 



Pada mak ayah, jangan sesekali perkotak-katikkan pencapaian anak-anak okey. Result SPM tak okey tak mengapa. Anggap jer keputusan tu hanya sekeping kertas biasa. Kita belum tahu, kot-kot anak yang kita sangka tak berjaya tu yang membela kita esok lusa masa kita sakit. Kalau semua anak-anak belajar hebat & dapat kerja jauh-jauh , siapa yang nak tolong tengok-tengokkan kita kalau bukan anak yang tak berjaya ni kan.



Kita pun tahu dalam situasi pandemik ni, diorang agak struggle & dah berusaha yang terbaik untuk adapt sistem & teknik pembelajaran yang baru. Bukan mudah sebenarnya tau. So, misal kata keputusan SPM anak-anak tak berapa nak okay. Teruskan bagi semangat pada diorang πŸ˜‰. Sebagai mak ayah doakan baik-baik untuk anak-anak. Insyaallah, ada kebaikkan & kejayaan untuk diorang suatu hari nanti.

Comments

  1. Sedap ka kak? Tak biasa makan lagi hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi akak sedaplah Naim. Sebab dah biasa makan. Macam Naim tak biasa makan mungkin akan rasa pelik sikitlah 😁.

      Padam
  2. Dumpling rasa apa ya kak syu? Tak pernah makannn, nak mencuba tapi takut tak kena selera hahaha tapi itulah belum cuba belum tahu kan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah makan dimsum tak?Kalau pernah makan, rasa dia lebih kurang macam tulah sebenarnya. Sedap tau Tiqah.Tak reti buat sendiri, boleh beli yang frozen.Ada macam-macam jenis filling boleh pilih πŸ˜‰.

      Padam
  3. Salam kenal jugak syu...
    Amboii rajinnya buat sendiri dumpling
    Anak2 akak mmg peberet dia orang la ni tp akak kurang sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan jugak.Biasalah kak.Tengah WFH.Tekak ni macam-macam nak dimakan. Nak tak nak buatlah jugak 😁.

      Padam
  4. rajin nya syu gentel dumpling... ada perasan syu buat malam2 kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..ah Kak Ret.Syu buat malam tadi.Lepas tu Syu frozen kan.Dapatlah buat makan untuk breakfast pagi ni.Ada freetime memanglah rajin Kak Ret.Minggu depan kalau dah start keje,jawabnyer lauk tunjuk jelah 😁.Ki3 πŸ˜†.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!