Nak perah idea untuk menulis dalam blog ni bukannya senang yer kengkawan. Even nak publish satu content pun sikit punya bercinta π. Syu tengok diri Syu sendiri pun dah cukup π. Tambah-tambah bila tengah ketandusan idea. Silap-silap mahu berejam duduk dekat compose section jer. Walaupun tajuk & point nak bercerita tu dah ada dah dalam otak, tapi disebabkan nak kena bercerita panjang lebar, tu yang jadi perit sikit tu π. Syu bukan apa, Syu pun takut jugak kot-kot ada certain-certain content yang Syu share tu tak betul & menyentuh sensitiviti orang. Dahlah rakyat Malaysia ni sensitif sikit π. Nanti tak pasal-pasal kena bash berjemaah dengan abang net & kak net. Dahlah Syu ni hati tisu π . Tengok kes Prof. Dr. Muhaya pun dah cukup. Boleh kemurungan jawabnyer kalau kena macam dia.
Korang sebagai blogger mesti tahu yang menulis dalam blog ni bukan macam kita up status dekat FB, Insta & Twitter tu. Pada Syu, berblogging ni lebih kepada penceritaan & luahan panjang kita sebagai penulis. Boleh jadi, menulis blog ni dah macam kita menulis diary harian kita dalam buku diary. Cuma diary ni diterjemah & diabadikan dalam satu platform digital yang lebih presentable & profesional untuk semua orang baca. Tapi kadang-kadang, kita sebagai penulis ni nak kena hadap jugak copycat writers yang suka plagiarise penulisan kita. Dahlah perit nak nyusun ayat untuk create satu post. Tup-tup orang lain sedap-sedap jer copy paste. Tak syok la kan bila kena macam tu. So untuk berhadapan dengan isu plagiarism ni, ini antara solusi terbaik untuk korang apply pada blog korang π.
Apa yang korang perlu buat adalah korang copy & pastekan kod yang dekat bawah ni dalam html/javascript pada bahagian layout. Lepas tu korang save macam biasa. Bila korang apply kod ni, automatik segala content blog korang tak akan dapat di select & di copy. So, segala content blog korang memang akan selamat dari sebarang kegiatan plagirism π.
<!- START disable copy paste --><script src='demo-to-prevent-copy-paste-on-blogger_files/googleapis.js'></script><script type='text/javascript'> if(typeof document.onselectstart!="undefined" ) {document.onselectstart=new Function ("return false" ); } else{document.onmousedown=new Function ("return false" );document.onmouseup=new Function ("return false"); } </script><!-- End disable copy paste -->
Sumber : www.romshillzzblog.com
Nak copy & paste hasil penulisan orang tak ada masalah, tapi adalah lebih baik kalau kita minta keizinan atau maklumkankan kepada penulis terlebih dahulu atau kreditkan kembali kepada penulis asal sebagai menghargai hasil penulisan diorang. Sekurang-kurangnya penulis tu nampaklah yang niat korang hanya untuk berkongsi maklumat & bukannya untuk plagiarise hasil penulisan diorang π.
[Nota kaki : Plagiarise tu merujuk kepada aktiviti menciplak & mengcopy paste hasil kerja orang]
Terima kasih kerana kongsikan. Saya nak cubalah.
BalasPadamCubalah Fairus.
PadamKalau nak jaga content blog dari kene plagiarise ada baiknya apply kod niπ