Cara Letak Mesej Di Ruangan Komen

Jun 29, 2021

Dua tiga hari ni memang tak larat sangat nak hadap blog. Mood nak bukak laptop tu memang ke laut sangat sebab kena angin satu badan πŸ˜…. Segala daily story Syu dalam blog ni banyak yang Syu setkan under mode scheduled. Bila buat macam tu at least tiap-tiap hari ada lah post dari Syu. Kena angin ni memang perit betul. Dengan peningnyer lepas tu dengan tekak rasa melugai nak muntah.  Memang tak lalu betul dibuatnya. Tak tahulah apa yang Syu salah makan πŸ˜‚. Itulah dia, sejenis Syu ni memang senang kena angin. Tambah kalau makan sayur yang sejuk-sejuk & berangin macam taugeh & kacang panjang. Tapi Kadang-kadang tu Syu bedal jugak sebab dah sedap. Kalau makan pecal, sayur-sayur ni memang Syu tak boleh nak reject πŸ˜‚.



Sebelum ni Syu pernah bagi tutorial macam mana nak "Cara Hilangkan Fungsi Copy & Paste Pada Blog". Kali ni pulak, Syu share tutorial dekat blogger-blogger newbies yang masih tak tahu macam mana nak letak mesej dekat komen section. Actually, kalau tak nak letak pun tak jadi masalah sebenarnya. Tapi kalau korang letak, sekurang-kurangnyer ada sikit remarks atau notes untuk para blogger baca sebelum diorang tinggalkan jejak dekat ruangan komen korang πŸ˜‰. Step untuk letak mesej dekat komen form ni, korang boleh tengok dekat bawah okey.




CARA YANG PERTAMA


Yang ni cara yang terpaling mudah untuk korang buat komen mesej di ruangan komen form. Just ikut step dekat bawah ni and muallah!! Siap!!




Settings > Comment form message > Tulis mesej korang > Tekan SAVE




CARA YANG KE-2


Cara yang nombor dua ni agak mencabar sikit yer πŸ˜‚. Sebab korang kena main dengan kod html sikit. Tapi hasil dia memang cantik, sebab korang boleh letak animated icon comel dekat hujung dia. Pada yang dah biasa hadap kod-kod html & CSS, mungkin 'pieces of cake' jer pada korang. 



<span class='font-size: 10px; text-align: center; font-style: italic; color:#444; word-spacing: 0.1em;'>COMMENT MESSAGES<img src='GIF LINK' width='30'/></span> 


Apa yang korang perlu buat hanyalah, korang pergi dekat bahagian Theme  & pilih untuk edit html di bahagian Customize. Kat sana, korang tekan Ctrl+F untuk cari kod ni "<p class=comment-footer">. Lepas dah jumpa kod tu, then korang copy & paste kod kat bawah ni. Dekat bahagian 'COMMENT MESSAGES' tu korang tulislah ayat apa pun yang korang nak tulis.  Untuk 'GIF LINK' tu pulak korang kena letak link icon yang korang nak , Tekan save & dah siap πŸ˜ŠπŸ’•!!





Kadang-kadang, ada sesetengah template blog tu kod dia mungkin tak sama. So, korang kena pandai try & error banyak kali πŸ˜…. Kalau sama, alhamdulillah. Mudah kerja korang. In case kalau korang search tak jumpa, korang boleh cuba cari guna kod "comment-footer" ni jer & korang paste kod yang Syu bagi tadi macam biasa.



Last but not least, kalau korang ada cara lain untuk buat mesej di ruangan komen form, korang boleh share dekat ruangan komen Syu. Sekurang-kurangnya perkongsian korang tu bermanfaat pada blogger-blogger yang baru saja nak berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Lagipun, sharing is caring right?πŸ˜‰πŸ’•

Comments

  1. Sama laaa mood mmg kelaut jgk nk tgk blog.. Tu yg sepi je blog kita.. Nk blogwalking pun mls... πŸ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal πŸ˜‚.Sepi tu pun bukan apa,banyak sangat buat kerja-kerja belakang tabir 🀣.

      Padam
  2. Balasan
    1. Mekaseh sudi singgah.Salam perkenalan πŸ˜‰.

      Padam
  3. Assalamualaikum syu, kak mieja follow syu....:)
    bagus artikel syu:)

    BalasPadam
  4. Waalaikumsalam Kak Mieja.Mekaseh sudi singgah siniπŸ˜ŠπŸ’•.

    BalasPadam
  5. aida ada buh mesej kat ruang komen.
    tapi cara mcm lain.
    nanti nak try belek. sendiri lupa dah, syu.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!