Garment Steamer Murah !!

Jun 10, 2021

Kalau nak tahu, inilah isi dalam kotak yang Syu guna buat bungkus kasut safety husband Syu tadi. Isi dalam dia Syu ambik, isi luar pula Syu recycle buat bungkus barang untuk proses RETURN/REFUND barang SHOPEE 😁. Nampak gayanya, dah berkurang satu kotak kosong dalam rumah ni. Lepas ni nak bungkus apa pulak ya πŸ˜ƒ?



Sebut pasal bungkus membungkus. Hadiah contest raya Syu pun belum sempat packing & pos lagi πŸ˜‚. Sebenarnya kalau korang nak tahu, Syu tengah tunggu satu lagi hadiah yang Syu pesan. Sampai sahaja barang tu nanti, baru Syu boleh proceed untuk bungkus hadiah korang. Mungkin esok lusa sampailah agaknya. Mohon bersabar ya pemenang-pemenang #RIANG RAYA Bersama SyuDeris πŸ˜‰.


Air kena letak dalam tank kecik ni. Setiap kali habis kena refill. Dah refill just selit jer dekat tempat dia.

Berbalik pada garment steamer ni. Syu beli bukan apa, kadang-kadang kalau Syu pakai seterika biasa tu selalu sangat terlajak adjust suhu. Walaupun, Syu dah set suhu yang paling rendah pun tetap jadi perkara yang sama. Banyak kali jugaklah baju & tudung Syu melecur kena seterika. Kalau ikutkan, Syu dah ada dua seterika sebenarnya. Yang satu tu elok. Tak ada apa-apa masalah.


Cuma yang satu tu saja selalu lapar nak makan kain memanjang πŸ˜‚. Nak kata barang murah pun tak. Brand pun kira boleh kata terkenal lah juga . Bila dah jadi macam tu, penyudahnya Syu mintak husband belikan garment steamer ni. Senang sikit kerja-kerja Syu nak menggosok baju. 


Kalau korang nak tahu, garment steamer ni harga asal dia cuma RM47 sahaja. Tapi disebabkan Syu tebus coins SHOPEE, jadi harganya ada susut sikit menjadi RM40 😁. Jimat dah RM7. Yang seronoknya pasal garment steamer ni, kepala plug dia ikut standard kepala plug Malaysia.


Bila nak pakai terus sahaja cucuk pada soket. Tak payah nak guna adapter segala untuk convert plug bagai. Satu set garment steamer ni, dia ada bagi 4 jenis kepala yang korang boleh tukar ikut keperluan. Misal kata, kalau korang nak pergi travel. Korang boleh sumbat semua garment set korang ni dalam beg uncang ni. Beg ni FOC (Free of charges) & memang disertakan sekali dalam kotak. 


Didatangkan sekali dengan drawstring bag ni. In case kalau nak pergi travel boleh angkut garment steamer ni sekali πŸ˜.


By the way, untuk penggunaan biasa, korang boleh guna yang ada stainless steel plate tu. Kalau untuk bersihkan bulu-bulu pada baju pulak, korang boleh guna yang ada berus merah. Macam Syu yang ada bela kucing ni memang sesuai sangat pakai yang ni. Bila ada sisa bulu kucing melekat dekat baju, memang akan hilang bila pakai kepala garment steamer yang jenis macam ni.


Yang plate plastik tu pula korang boleh guna untuk tajamkan sendi-sendi baju kemeja & seluar. Dekat bahagian belakang tu ada satu klip. Bila nak pakai cuma klipkan sahaja dekat bahagian yang korang nak steam. Kepala garment steamer yang ada berus tu pulak gunanya untuk korang stim permukaan fabrik yang berbulu-bulu - Karpet & sejadah. Setakat ni Syu belum guna lagi yang itu, sebab dekat rumah Syu tak ada fabrik yang berbulu-bulu πŸ˜ƒ.


Ni full set garment steamer. Kepala dia boleh tukar-tukar & setiap fungsi dia tak sama.


Memang tak dinafikan harga garment steamer ni lagi murah jika dibandingkan dengan brand-brand garment steamer yang sedia ada kat luar sana nun. Tapi pada Syu, kalau beli yang  murah pun okay jugak what? 😁. Kadang-kadang beli yang mahal pun tetap jugak ada problem. Tak sampai beberapa bulan pakai dah start buat masalah. Lepas tu bila hantar service center, makan masa pulak tu nak kena tunggu repair.


Lagi baik beli yang murah, at least bila rosak takdelah rasa ralat sangat. Kalau rosak tak payah pening-pening kepala, tong sampah ada. πŸ˜† Kita lemporkan ajer!! Setakat ni, semua fabrik yang Syu gosok guna garment steamer ni memang hasil dia sangat helok. Kedut dekat pakaian pun memang definitely hilang. Walaupun saiz dia nampak kecik. Tapi dia punya wap kemain panas. Kat sini bila korang pakai, memang korang kena hati-hati sikit okay!!


Ni lah hasil lepas guna garment steamer ni. Bolehlahkan...Kira kuat jugaklah wap dia untuk hilangkan kedut.

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!