Dapatlah dalam beberapa ketul. Jadilah untuk buat breakfast esok π. |
Sejak WFH ni, dia punya tahap kerajinan buka tutup peti ais tu memang luar biasa sungguh. Plan diet sebelum lockdown pun dah lama ke laut. Start first day lagi dah terciduk. Tu pun jenuh cover dengan puasa ganti puasa enam bagai sebab dah jauh sangat hanyutnya. Celik mata makan, sebelum nak tutup mata pun makan lagi. Malam tadi hanyut lagi. Kali ni tekak husband pulak nak makan dumpling. Nayaπ. Nak tak nak layankan jelah.
Actually, dah lama jugak tak buat dumpling ni. Memandangkan dalam freezer ada lagi balance daging kisar. So, bermula lah projek mengkelepet dumpling. Kelepet punya kelepet, dapatlah dalam satu talam penuh. Jadilah kan. Boleh lah nak buat makan Breakfast Esok. Lagipun yang nak makannya pun bukan ramai. Kitorang dua orang laki bini jer π. Mengantuk dah ni. Jomlah masuk tido. Good night semua!! Emmm...dah nak dekat 1.30 pagi, kira good night lagi ke? Bantai jelah π. Di bawah ni Syu sertakan bahan-bahan untuk buat dumpling ni. Sukatan tak ada yer sebab Syu buat pakai agak-agak jer.
BAHAN-BAHAN
Ayam kisar - Nak guna daging pun boleh
Daung Bawang
Daun Sup
Lada Hitam
Bawang Putih
Cendawan Butang
Bawang Merah - Nak pakai bawang holland pun boleh
Bahan perasa - Syu pakai Cukup Rasa
Kulit Dumpling - Untuk balut inti
Comments
π Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita π. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!