Paheli [2005]

Jun 15, 2021

Bukan nak cakap apalah kan. Bila tengok adengan ni, Syu pulak yang rasa malu-malu alah. Shahrukh Khan ni kan tak pernah lah tak hensem,tambah-tambah kalau dia buat renungan macam tu πŸ˜.

Genre : 

Love & Fantasy

Pelakon : 

Shahrukh Khan [Kishan], Rani Mukerji [Lachchi], Juhi Chawla [Gajrobai], Sunil Shetty [Sunderlal],  Amitabh Bachan [Gadariya] & Alice Braga [Cecile]


Pengarah : 

Amol Palekar


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽



Filem Bollywood ni kalau tak repeat tengok memang tak boleh. Suka sangat tengok gandingan Shahrukh Khan dengan Rani dalam cerita Paheli ni. Jalan cerita & lagu pun boleh tahan best jugak. Kalau nak tahu cerita Paheli ni sebenarnya adalah remake dari filem bollywood tahun 1973 yang bertajuk Duvidha. Cuma dalam versi yang baru ni dia bagi nafas segar dengan menampilkan artis-artis Bollywod termuka yang sememangnya berpotensi untuk menjadikan filem ni berada pada carta box office India.



Jalan cerita filem ni memang unik & best. Filem ni mengisahkan seorang gadis kampung [Lachchi] yang dijodohkan dengan anak saudagar Bhavani Singh bernama Kishan. Diorang berdua ni dijodohkan melalui orang tua. So, rasa sayang antara diorang berdua ni masa mula-mula tu memang tak ada langsung. Tambah pulak si Kishan ni jenis lelaki yang tak romantik & terlampau sibuk mengejar keuntungan dengan berniaga. Lepas Lachchi dikahwinkan dengan Kishan, macam biasalah orang perempuan yang dah berkahwinkan akan ikut suami. So,dalam keadaan sedih & terpaksa, Lachchi pun ikutlah Kishan pulang ke kampung halaman dia. 



Perjalanan nak ke kampung Kishan tu agak jauh & memakan masa jugaklah sebenarnya. Sampai satu masa tu, semua rombongan dah penat & diorang buat keputusan untuk berhenti berehat sekejap dekat satu tempat ni. Tempat tu memang kosong & tak ada penghuni. Yang ada cuma satu kawasan tadahan air & sebuah pokok misteri yang selalu digunakan untuk memohon hajat. Masa dekat tempat tu lah ada satu jin ke ape entah tiba-tiba terjatuh hati dekat si Lachchi ni. Mana Lachi pergi dia ikut. Tapi Lachchi tak perasan sebab jin tu menyamar jadi burung.


Bila rombongan dah nak gerak, jin tu pun ikut rombongan tu balik sekali ke kampung halaman Kishan. Jin tu memang tak boleh nak lepaskan Lachchi macam tu jer, sebab dia memang dah jatuh hati sangat dekat Lachchi. Walaupun dia memang terang-terang dah tahu yang Lachchi tu memang dah sah berkahwin dengan Kishan.Dia tak peduli.Cinta punya pasal dia sanggup.

Sampai jer dekat kampung, belum sempat Kishan nak meraikan perkahwinan dia dengan Lachchi, ayah dia [Bhanwarilal] dah suruh Kishan pergi ke Jamnagar untuk uruskan perniagaannya dekat sana selama 5 tahun. Yang si Lachchi ni jadi sedihlah. Dahlah baru jer kahwin. Lepas tu tak sempat pulak nak berkenalan dengan suami dia dengan lebih rapat, dah kena tinggal terkontang-kanting dekat rumah mertua. 5 tahun pulak tu, bukan sekejap. 

Malam tu memang Lachchi sedih sangat. Tapi, kesedihan Lachchi tu terubat selepas datangnya jin yang ikut rombongan diorang balik. Jin tu menyamar dalam bentuk rupa paras yang sama dengan Kishan.Pada awalnya Lachchi memang tak perasan. Tapi lepas jin tu mengaku yang dia bukan Kishan.Barulah Lachchi percaya.Masa mula-mula dapat tahu tu memang Lachchi sedih. Tapi kesudahannya, Lachchi terima jugak jin jelmaan Kishan tu sebagai suami dia. Sebab jin tu mengaku yang dia memang betul-betul ikhlas cintakan Lachchi sejak pertama kali dia berjumpa dengan Lachchi. 



Start dari situ, bermula bibit-bibit cinta antara Lachchi dengan jin jelmaan Kishan. Sepanjang beradanya jelmaan Kishen dekat rumah tu, memang Lachchi bahagia sangat. Tambah-tambah jelmaan Kishan ni jenis pandai ambik hati, penyayang & romantik. Bukan macam Kishan yang original tu πŸ˜‚. Dahlah kayu, pastu asyik sibuk dengan kira-kira jer memanjang. So sepanjang ketiadaan suami dia, hidup Lachchi dengan suami jelmaan dia tu bahagia sangat. Setelah beberapa tahun hidup bersama,akhirnya diorang berdua bakal menjadi mak & ayah sama seperti pasangan suami isteri yang lain.  



Setelah sudah sekian lama berjauhan, akhirnya Kishan yang asli baru rasa yang diri dia lonely. Banyak kali jugak dia cuba hantar surat melalui pengantara dia. Tapi satu balasan surat balas pun dia tak pernah terima dari keluarga dia. So, Kishan ni jadi macam pelik lah. Dia rasa macam ada something yang tak kena. Entah macam mana, dia buat keputusan untuk balik ke kampung. Sampai jer dia kat sana dia ternampak "korim" dia πŸ˜‚. Memang terkejutlah kawan tu. Orang kampung pun peliklah jugak bila tengok. Macam mana Kishan boleh ada dua orang. Penyudahnya, orang kampung suruh pergi refer dekat sorang tukang pengembala kambing ni [Gadariya]. Dengar cerita dia boleh kenal pasti & bezakan mana satu impostor & mana satu yang asli.



Berita kepulangan Kishan sampai ke pengetahuan Lachchi. Lachchi masa tu tengah sarat nak bersalin. So memang dia tak boleh nak buat apa-apa melainkan berserah dengan apa yang bakal terjadi. Sampai jer hal ni ke pengetahuan Gadariya, maka dia cuba buat satu challenge untuk membuktikan siapa impostos & siapa Kishan yang sebenar. 



Akhirnya, Gadariya berjaya memperdayakan jin jelmaan Kishan tu. Hal ni sampai ke pengetahuan Lachchi. Masa tu Lachchi baru jer berjaya melahirkan bayi dia dengan selamat. Bila dia dapat tahu yang jin jelmaan Kishan tu dah berjaya dihapuskan, si Lachchi pun teramatlah sedih.Yelah, dia bukan sayang pun dengan si Kishan yang ori tu. Dalam dia tengah sedih-sedih tu Kishan pun datang. Rupa-rupanya Kishan jelmaan tu sempat letak separuh jiwa dia dalam Kishan yang sebenar sebelum dihapuskan oleh Gadariya. Lachchi berasa lega sangat sebab Kishan yang dia sayang selamat 😚.  

Comments

  1. wow dah lama x tgk citer hindustan ni...
    bole msk list sbb suka gak kat rani n SRK ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best citer ni Kak Ret.Tu pasal tak jemu dok ulang tayang 😁.

      Padam
  2. Pernah tengok. Tapi tak habis. πŸ˜…

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaaaa...nape tak habis πŸ˜….Best tau citer ni,hi3.

      Padam
  3. lama x tgk hindustan.. last tgk hari raya hari tu ceta mann.. hehehe

    BalasPadam
  4. Hindustan ni dia tak boleh tengok satu citer K.Mim.Nanti dia boleh terlajak tengok πŸ˜….Asal nak tengok satu cerita jer, sudahnyer lajak sampai dua tiga cerita.

    BalasPadam
  5. Boleh geng dengan kakak saya hahahaha, kaki hindustan! Lepas satu, satu dia tengokkk hahaha

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!