Pulut Panggang Tanpa Santan

Jun 22, 2021

Ni petang semalam punya cerita sebenarnya. Bila mood kerajinan tu datang, better layankan. Sebab kerajinan tu bukannya ada selalu πŸ˜†. Nanti kalau dah habis lockdown & start kerja, jangan kata kan pulut panggang, silap-silap daun dia pun tak akan nampak! Kih3 😁. Pulut panggang yang Syu buat ni macam biasalah, versi campak-campak belaka! Segala apa yang ada dalam peti ais Syu zasss...kan saja!


Sukatan bahan-bahan pun semua pakai agak-agak. Orang lain punya pulut panggang Syu tak tahulah buat macam mana kan. Tapi apa yang buat ni adalah berdasarkan situasi & keadaan semasa Syu. Bahan apa ada Syu masukkan jer. Janji sedap & kenyang. Tapi untuk resipi kad, Syu ada tulis dia punya sukatan. At least korang boleh tengok bahan apa yang Syu campak dalam Syu punya pulut panggang. Tapi yang pasti daging gajah tak ada dalam tu πŸ˜†!!



Ada orang panggil pulut udang. Tapi memandangkan Syu tak letak, the best name to call is pulut panggang!! πŸ˜


Pulut panggang Syu ni pulut panggang yang versi sihat & bebas kolestrol tau sebab santannya yillek [Sihat la sangat kan πŸ˜‚]. Dia punya inti pun memang Syu buat yang versi simple. Selalu orang letak serai dalam inti, tapi Syu tak. Sebab serainya tak hado!!


Nak keluar berbeli memang tidaklah kan. Tak kerja nak pergi kedai runcit semata-mata nak berbeli serai time-time lockdown ni πŸ˜†. Dah lah Covid banyak kat luar nun. Better duduk rumah!! Tapi kalau korang nak letak serai pun tak menjadi masalah. Ikut selera tekak masing-masing. 

 

Masa ni dah terer sikit!!Amacam boleh buat jual dak?πŸ˜ƒ


Inilah hasil dia. Serius cakap, masa mula-mula nak bungkus tu memang terhegeh-hegeh yakmat sebab dah lama bebeno tak buat pulut panggang. Third attempt baru berjaya bungkus helok & tertib πŸ˜‚. Even encik suami pun surrender nak buat. Bukan apa, sebab dia bungkus sampai terberak-berak [terkeluar-keluar] isi perut [inti] kawan tu. Itu belum campur dengan pakej daun pisang koyaknya lagi.


Sudahnya, dia jadi give up nak buat. Baru dia tahu susah jugak nak bungkus pulut panggang kalau tak ada skill 😁. Satu loyang pulut tu dapat lah dalam 15 ke 20 bungkus macam tu. Kalau buat kecik-kecik mungkin boleh dapat lebih lagi. Tapi sejenis Syu ni mana reti buat kuih kecik-kecik. Tengok karipap hari tu pun dah cukup πŸ˜…. Kalau buat meniaga memang tak pulang modal.

 

Boleh lah kan, sendiri nak buat makan.


Pulut panggang ni Syu just panggang macam biasa jer atas pan. Actually kalau nak sedap, lagi elok panggang atas tempat pemanggang BBQ guna kayu arang. Baru ada rasa-rasa smoky sikit. Tapi memandangkan tahap kerajinan Syu belum sampai lagi ke tahap tu, so masak atas dapur guna pan is the best choice. Plus jimat masa!!


Pada yang nak tahu resepi pulut panggang Syu yang tak seberapa ni, korang boleh klik kat SINI πŸ˜‰. Nak kata resepi hebat tu tak adalah. Tapi bolehlah takat nak buat isi anak tekak & hilangkan kempunan nak makan pulut panggang time-time lockdown gini.


Buat frozen. Anytime lapar nak makan, campak kan ajer dalam kuali πŸ˜†.

Comments

  1. Lama tak makan pulut panggang. Dulu selalu beli kat gerai tepi jalan panas-panas.

    BalasPadam
  2. suka sangat pulut panggang. hari tu masa bulan posa suami belikan hampir setiap hari pulut panggang..feveret bini la katakann

    BalasPadam
  3. Kemasss syu balut pulut tu.. Nmpk tersusun je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Disebalik kekemasan & tersusun tu ade gak huru-haranyer kak RetπŸ˜‚

      Padam
  4. Kemas beull kak syu balut pulut tuuu. Comel je bentuknya hahaha. Pos sini sikit :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. *betul laaa typo pulakk hehehe

      Padam
    2. Tu pun jenuh gak nak buatnyer Tiqah,sebab dah lama sangat tak buat pulut panggang. Selalu tunjuk kat kedai jer. Bila buat sendiri baru tau kemurungan jugak nak balut 🀣.

      Padam
  5. Br frozen senang nk mkn hehe. Tak ada santan kurang sikit rasa berlemak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Nak makan bagi defrost jap guna microwave pastu lepap jer dalam kuali atas dapur😁.

      Padam
  6. Lama pulak tak makan pulut panggang.

    BalasPadam
  7. sedapnya lahai...dah lama tak makan pulut ni..last lemang hari tu...

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!