Resepi : Sardin Sedap Style Mak Syu

Jun 30, 2021

 

Nah!! Hari ni Syu nak share satu menu yang  sememangnya sangat dekat di hati rakyat marhaen & golongan B40. Lauk ni akan muncul especially bila dah dekat nak hujung-hujung bulan πŸ˜‚. Actually ada banyak menu boleh dibuat dengan sardin dalam tin ni. Contoh macam laksa & sandwiches. Tapi yang paling mudah & selalu orang buat just masak tumis biasa jer. Pada Syu, mungkin cara masak sardine dalam tin ni tak sama pada setiap orang. Ada sesetengah orang tu just masak semua sekali dalam kuali dengan bahan-bahan macam cili & bawang tanpa tumis. Macam Syu tak, apa-apa mesti nak kena goreng & tumis dulu sebab memang macam tu mak Syu masak selama ni. Hurmmm... Tiba-tiba rindu pulak masakan mak. Dah lah lama tak balik 😭. Okey, kalau nak tahu macam mana cara mak Syu masak sardin tin ni, korang boleh tengok caranya dekat bawah. Tak susah mana pun nak masak sardin ni. Cara dia lebih kurang ker dengan tak tumis, cuma ada tambah beberapa step jer 😊. 


Bahan-bahan

1Tin - Sardin tin

2 Biji - Bawang merah

1 Ulas - Bawang putih

1 Biji - Tomato

2 Biji - Kentang [Digoreng terlebih dahulu]

3 Biji - Cili padi

1 Cili giling

Gula & bahan perasa secukupnya

Kicap [Optional]

Air asam jawa/limau/cuka [Untuk hilangkan rasa hanyir ikan]



Cara-cara


Ikan sardin ni Syu goreng sekejap bagi luar dia garing. Bila makan tu tak ada rasa kembang-kembang jer πŸ˜…. 

1) Ikan sardin tu Syu asingkan dulu dari kuahya terlebih dahulu dengan penapis supaya bila goreng nanti dia tak merecik. Masa nak goreng tu, minyak tak payah banyak sangat. Cukup sekadar kita nak goreng permukaan luar ikan jer.

Bagi ikan sardin tu duduk tepi kejap. Takut bergaduh dengan akak bawang & acik cili nanti πŸ˜†. 

2) Lepas ikan sardin dah garing sikit, bolehlah ketepikan kejap. Minyak goreng sardin tadi tu kita jangan dibuang, sebab kita nak gunakan balik untuk menumis. Bila dah naik bau, masukkan kuah sardin yang diasingkan dari ikan tadi. Kalau nak ada kuah lebih boleh tambahkan air.

3) Masukkan segala bahan perasa & sayur tambahan macam tomato ataupun kentang yang dah siap goreng. Jangan lupa letakkan perahan asam limau. Kalau tak ada boleh gantikan dengan cuka & air asam jawa. Lepas dah masukkan air perahan, kacau-kacaukan kejap & bila dah menggelegak bolehlah tutupkan api. Dah boleh hidang!!Korang masak sardin ni macam mana? Cuba korang share dekat ruangan komen πŸ˜‹. Syu nak jugak tahu. 

Siap!! πŸ˜‹

Comments

  1. hehehe kak ret suka tambah cili kasi pedas2 ..
    pastu kita cicah ngan roti.. perghhh.... ok esok nak buat la hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni mesti kak Ret jenis makan pedas ni. Syu pedas sikit-sikit tu boleh lahπŸ˜….
      Roti kalau cicah sardin memang layan 🀣.Layan dia tu sampai boleh habis seplastik.

      Padam
  2. Memang best makan goreng macam ni. πŸ‘

    Tapi tu ler. Sardin mahal sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul BK.Memang mahal sardin tin sekarang ni.Setin harga RM7πŸ˜‚.

      Padam
  3. ikan digorend dulu...sedap, pedas2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau goreng, at least takdelah sardin tu macam kembang-kembang kanπŸ˜…

      Padam
  4. ramai yg masak sardin, goreng ikannya dulu.
    aida tak, syu. masuk aje dlm ciliboh yg da garing.
    sejenis pemalas ha ha ah ha...

    tapi, resepi terbaru kakak aida share.
    masak sardin cili padi.
    yg tu aida folo resepi dia la, goreng ikannya dulu.
    tumisan nyer ada cili padi. then kuah sardin.
    sedapnya ya Allah.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!