Genre :
Horror, adventure, supernatural & comedy
Pelakon :
Jang Nara [Hong Jia], Jung Yong Hwa [Oh In Beum], Kang Mal Gum[Joo Hwa Jung],Kang Hong Seok[Heo Ji Cheol], Ang Gil-Gang [Do Hak Seong] , Baek Eun Hye[Hong Mijin]
Pengarah :
Park Jin Seok
Rating :
πππππ/5
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Alhamdulillah. Selesai movie marathon drama korea ni. Ada dua hari jugaklah Syu ambik masa nak habiskan tengok kesemua 16 episodnya. Actually Syu just nak cover tiga episod jer untuk satu hari. Tapi disebabkan drama ni terlampau best sangat, so dalam tak sedar sampai ke final episod jugak Syu layan π€£. Serius best drama korea ni. Tak tengok memang rugi.
Drama pelakon Jang Nara ni memang Syu follow sejak zaman Syu sekolah menengah lagi. Walaupun dah dekat lebih dua dekad, muka Jang Nara ni memang tak nampak tua langsungπ . By the way, apa yang paling Syu suka pasal drama ni bukan apa, alhamdulillah satu adegan comolot pun tak ada π€£!! Kalau tengok dengan anak-anak memang sesuai sangat. Even muka hantunya pun tak seram nak tengok. Sejujurnya Syu memang sangat suka dengan penampilan watak gothic yang Jang Nara bawak dalam drama ni. Selalu kalau dia berlakon, dia memang akan pegang watak yang comel-comel & ayu. Tapi dalam drama ni, penampilan dia memang luar biasa.
Kalau korang nak tahu, drama ni mengisahkan tentang broker estate yang bernama Hong Jia [Jang Nara] yang mempunyai kuasa supernatural untuk menghalau hantu. Homg Jia ni akan menggunakan kuasa sixth sense dia untuk menghalau hantu-hantu yang selalu mengacau rumah klien dia. Sebelum satu-satu properti tu dijual, Hong Jia akan diamanahkan oleh klien dia untuk buat pembersihan rumah dahulu sebelum dijual kepada pemilik yang baru. Bila dah bersih, baru Hong Jia ni akan jual & ambik share dia dari hasil jualan properti tu.
Nak dijadikan cerita, Hong Jia ni secara tak segaja bertembung dengan scammer properti sorang ni iaitu Oh In Beum. Sebenarnya Oh In Beum ni ada terkait jugak dengan sejarah kematian mak Hong Jia. Ada satu malam ni Hong Jia dengan pembantu dia tengah bersihkan rumah klien dia dari gangguan, entah macam mana Oh Im Beum pun ada jugak dekat tempat kejadian tu sekali. Masa Hong Jia tengah buat ritual menghalau hantu, si Oh In Beum ni pun kena rasuk jugak. Sejak dari situ Hong Jia perasan yang Oh Im Beum ni ada kelebihan yang sama macam pembantu dia. Sejak dari peristiwa malam tu, Oh In Beum ni ditakdirkan untuk menjadi pembantu Hong Jia. Cerita ni tak habis sampai tu jer tau. Syu sarankan korang tengok cerita ni. Disebabkan jalan cerita drama ni best, jadi memang layaklah kiranya Syu rate drama ni sebagai 5π!!
Comments
π Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita π. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!