Keesokan paginya, Azim pergi ke pasar untuk mencari bahan masakan. Masa dekat sana, Azim rasa macam ternampak kelibat Azra. Time tu Azra memang dah perasan dah Azim ada dekat situ. So, selagi boleh dia cuba mengelak dari terserempak dengan Azim. Lepas apa yang jadi malam tu antara dia dengan Joe, Azra masih lagi belum bersedia untuk bersemuka dengan Azim. Sebab dia tahu, Azim mesti akan tanya dia macam-macam soalan pasal lamaran Joe tempoh hari.
Malam tu Azim tak dapat tidur dengan nyenyak sebab dia teringatkan pasal Azra. So, keesokkannya Azim cuba ambik initiatif untuk pergi ke Imazra Bakeri. Pada Azim, mungkin dah sampai masanya untuk dia berjumpa & berbaik-baik semula dengan Azra. Yelah, sampai bila dia nak terus mengelakkkan diri dari Azra. Pagi tu, masa Azim sampai dekat depan kedai, tak sangka Azra menyambut baik kedatangan Azim. Diorang masing-masing bertanya khabar & bersembang macam tak ada apa-apa yang berlaku antara diorang berdua. Azra siap tapaukan desert lagi untuk Azreen & Nisa.
Masa Azim & Azra bersembang, Iman dekat belakang pasang telinga. Iman jadi geram bila dia dapat tahu yang Azra tak ada cerita sikit pun pasal hubungan dia & Joe dekat Azim. Jadi esoknya masa dekat Restoran Sedap, Iman jumpa Azim & ceritakan perkara sebenar yang telah berlaku antara Azra dengan Joe tanpa pengetahuan Azra. Bila Azim dapat tahu, dia rasa terkejut sebab selama ni dia ingat Azra dah berkahwin dengan Joe. Bersambung...
Comments
π Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita π. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!