Drama Semanis Senyumanmu - Episod 4

Jun 14, 2021

Semanis Senyumanmu

Esoknya, lepas Azim pergi berjogging, dia sempat lepak dengan Izat dekat kedai makan. Masa tu Izat bagitahu, yang ramai client dia berminat nak buat tempahan catering dengan Azim. Last time, Azim pun ada bagitahu Izat yang passion dia bukan catering. Bila dia dapat offer macam tu, rasa susah sikit untuk dia terima. So, Azim bagitahu Izat yang dia akan cuba pertimbangkan offer Izat tu. 

Semanis Senyumanmu Episod 4

Lepas habis lepak dengan Izat, Azim pun pergi singgah rumah kakak dia. Dekat sanalah baru Azim rasa roti bun Azra. Masa tu Azim tengah ralik bersembang pasal hal Nisa dengan kakak dia. Secara tak sengaja Azim termakan roti yang kakak dia hidangkan. Roti tu sebenarnya roti yang kakak dia beli dekat Imazra Bakeri. Bila Azim rasa baru Azim tahu yang roti Azra tu memang sedap. Jadi, apa yang Nisa cakap pasal roti tu selama ni memang betul. Dengan rasa serba salah, keesokkannya Azim cuba cari Azra dekat Imazra Bakery. Tapi dia masih lagi belum bersedia untuk face to face dengan Azra.


Semanis Senyumanmu Episod 4

At last masa dekat pasar, Azim ternampak Azra tengah sibuk cari barang-barang bakeri dia. So, Azim pun ambik peluang tu untuk bersemuka & mintak maaf dengan Azra. Pada awalnya, Azra cuba mengelak. Tapi Azim dapat jugak approach Azra. Masa tulah, Azim berterus terang & cuba mintak maaf pasal kelakuan dia yang sebelum-sebelum ni. Azra pun jadi macam pelik lah kan. Yelah, tak semena-mena head cheaf ego tu datang face to face dengan dia semata-mata nak mintak maaf. Mimpi ke apa? Last time, masa jumpa dekat event kemainlah kerek. This time, Azim sedar yang dia silap menilai. So, selagi boleh dia cuba minta maaf dengan Azra. Untuk tebus kesalahan tu, Azim cuba mengajak Azra keluar minum dengan dia. Mula-mula Azra tak nak. Tapi lepas Azim melutut, terpaksa jugak Azra terima πŸ˜‚. Seganlah sebab dah ramai orang pandang. Dahlah dekat pasar pulak tu. Memang tak kena langsung tempat nak berdamai. Bersambung...

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!