Sedih betul semalam bila dapat khabar dari kawan satu universiti Syu yang maknya dah meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19. Last time dia ada inform dekat FB yang satu family dia disahkan positif. Even isteri dia yang tengah sarat mengandung lima bulan pun tak terkecuali. Mak dengan ayahnya pulak dikatakan kritikal sampai terpaksa dikomakan dekat unit rawatan rapi (ICU) pada 3 June hari tu. Takutnya ya Allah bila dengar kena sampai macam tu. Tiba-tiba teringat dekat family dekat kampung. Harap-harap diorang sihat & tehindar dari jangkitan virus ni. Sedih tau kalau salah seorang family members kita terkena musibah macam ni. Dah lah tak boleh jumpa. Kena kurantin asing-asing. Even masa pengebumian jenazah pun tak boleh tengok & kucup jenazah buat kali terakhir π©.
Kawan Syu yang lain ada bagitahu yang punca kena jangkitan tu sebab ada contact rapat dengan kawan anak dia. Actually ayah dia ada terlibat dengan satu kemalangan jalan raya ni, so kawan anak dia datanglah tolong. Tapi tak sangka pulak yang menolongnya tu tiba-tiba disahkan positif Covid. Tak pasal-pasal satu family kawan Syu ni terkena jangkitan. Mula-mula diorang ingat tak ada apa-apa sebab simptom covid tu tak ada langsung. So, diorang tak ada lah buat swab test untuk buat pengesahan yang diorang tu negatif. Tapi entah sampai hari ke berapa entah, tiba-tiba simpton Covid tu keluar. Mak dengan ayah dia kena attack dengan virus tu & terpaksa ditempatkan dekat stage 4 di pusat kuarantin di Johor. Tak lama tu isteri dengan kawan Syu pulak kena. Masa diorang dekat pusat kuarantin, memang masing-masing satu family tak berjumpa langsung sebab masing-masing diasingkan mengikut kategori penghidap.
Actually, arwah mak kawan Syu tu sempat jugak sedar dari koma. Masa tu kawan Syu ingat arwah mak dia dah okay, sebab dah sedar & boleh comunicate macam biasa. Tapi tak sangka, Allah lagi sayang & lebih mengetahui. Tak sampai 24 jam, arwah maknya disahkan meninggal dunia. Dengar kata, ada infection dekat bahagian hati π’. Memang tak sangka betul. Padahal kawan baru jer beberapa jam sembang-sembang dengan mak dia melalui telefon. Siap suruh ajak balik rumah lagi. Ya Allah sedihnya...Dahlah ayah dia pun belum sedar lagi. Cuba imagine bila ayah dia sedar, tahu-tahu isteri kesayangan dia dah meninggal. Allahuakbar. Tak boleh nak bayangkan perit dia macam mana.
Al-fatihah buat Cikgu Asiah. Semoga Allah berikan kesembuhan buat ayah Faizi, Cikgu Wahabπ’. |
Kepada sahabatku Faizi & Saleha, memang hebat sungguh ujian & dugaan korang berdua satu family. Korang satu family sememangnya Covid Fighter yang hebat Allah uji. Kepada Faizi, takziah atas pemergian ibu tercinta & semoga korang adik beradik tabah & sabar hadapi ujian. Memang tak sangka dapat perkhabaran ni. Apa-apapun, Al-fatihah buat Cikgu Asiah. Semoga arwah tenang di sana & ditempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah :
Ψ¨ِΨ³ْΩ
ِ Ψ§ΩΩَّΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨْΩ
َΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨِΩΩ
ِΨ§ΩْΨَΩ
ْΨ―ُ ΩِΩَّΩِ Ψ±َΨ¨ِّ Ψ§ΩْΨΉَΨ§ΩَΩ
ِΩΩَΨ§ΩΨ±َّΨْΩ
َΩِ Ψ§ΩΨ±َّΨِΩΩ
ِΩ
َΨ§ΩِΩِ ΩَΩْΩ
ِ Ψ§ΩΨ―ِّΩΩِΨ₯ِΩَّΨ§Ωَ ΩَΨΉْΨ¨ُΨ―ُ ΩَΨ₯ِΩَّΨ§Ωَ ΩَΨ³ْΨͺَΨΉِΩΩُΨ§ΩْΨ―ِΩَΨ§ Ψ§ΩΨ΅ِّΨ±َΨ§Ψ·َ Ψ§ΩΩ
ُΨ³ْΨͺَΩِΩΩ
َΨ΅ِΨ±َΨ§Ψ·َ Ψ§ΩَّΨ°ِΩΩَ Ψ£َΩْΨΉَΩ
ْΨͺَ ΨΉَΩَΩْΩِΩ
ْ ΨΊَΩْΨ±ِ Ψ§ΩΩ
َΨΊْΨΆُΩΨ¨ِ ΨΉَΩَΩْΩِΩ
ْ ΩَΩΨ§َ Ψ§ΩΨΆَّΨ§ΩِّΩΩَ
Peringatan jugak untuk diri sendiri & sahabat-sahabat Syu, tak kiralah sahabat blogger ke apa. Jagalah diri korang. Covid ni kalau nak kena memang kita tak boleh jangka. Even duduk rumah pun possibility untuk kena tu tetap ada. Tak ada apa-apa hal, duduk jer diam-diam dekat rumah. Kalau keluar berbeli barang, make sure balik rumah tu terus mandi. Buat sementara waktu ni jugak, stop dulu aktiviti luar. Bukan apa, enviroment kita sekarang ni memang sangat-sangat tak sihat. Even udara yang kita dok sedut hari-hari ni pun silap-silap contaminated dengan virus pembunuh tu. Sesungguhnya COVID ITU BENAR. Nak tak nak kita terpaksa hidup dengan virus ni sepanjang hidup kita.
Alfatihah. Salam takziah untuk kawan kak syu. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
BalasPadamAmin...
PadamT.kasih Tiqah
Salam Takziah kepada kawan kak Syu.. Yup kita kena sentiasa berjaga2.. :)
BalasPadamMekaseh Naim.
BalasPadam