TART NENAS LEMAK & MELTING DI MULUT || Inilah dia hasil bekerja dari rumah (BDR). Tak ada kerja cari kerja. Memandangkan lebihan barang-barang untuk buat biskut masih ada lagi, maka berperang lah time-time lockdown ni dengan oven. Rayakan sebulan, apa salahnyer yer dak?π
Sebenarnya Syu dah buat dah tart ni sebelum ni. Tapi dah habis sebab banyak bawak dekat ofis Syu & husband hari tu. Kiranya semua stok biskut raya dah habis licin. Jadi, terpaksalah repeat buat lagi untuk buat stok kudap-kudap kat rumah time lockdown ni.
Lagipun Syu sayangkan baki minyak sapi yang Syu guna buat tart hari tu. Kalau biar lama-lama nanti rasa dia jadi dah tak sedap. Ada baiknya juga Syu habiskan. Tak ada lah membazir. Dapat dalam satu adunan lagi jadilah.
Setakat ni, resepi tart yang ni jer yang Syu rasa boleh diterima masuk dek tekak Syu. Sebelum ni pernah buat ikut resepi sebiji-sebiji macam dalam buku resepi & resepi online tapi tak jadi. Tak tahu lah kot tangan ni memang tak berseni ke ape ke kan dalam bab-bab buat cookies ni.
Sudahnya, buat resepi pakai agak-agak macam ni. Senang. Sukat pun mana dan saja. Tapi itulah, tak sangka pula menjadi hasilnya π . Tahun ni kira tahun kedua Syu repeat resepi & ingredient yang sama untuk buat tart nenas ni.
Untuk resepi tart ni korang boleh tengok dekat π SINI. Actually, cara buatnya sama jer macam buat biskut-biskut yang lain. Adunannya Syu cuma campur & kacau guna senduk sahaja. Tak ada nak beria-ria pukul macam nak buat kek.
Jem nenas pulak Syu beli yang dah siap dekat bakeri. Malas nak buat sendiriπ. Bukan apa, nak buat jem nenas ni renyah sikit. Isi nenas tu dahlah nak kene sagat halus. Lepastu bila masak tu pula nak kena tunggu sampai kering. Gula tak boleh banyak. Kalau tak nanti jemnya jadi keras. Ehhh...tak kuasa nak duduk bercinta kat dapur layan jem nenas. Lagi baiklah beli dekat kedai. Jimat masa & tenaga.
Masa buat tart ni, Syu tak gunakan susu mahupun susu tepung. Untuk nak bagi rasa lemak-lemak susu tu, Syu gunakan minyak sapi & majerin. Bau dia memang sedap. Tekstur adunan dia pulak korang kena make sure adunan tu lembut & tak melekat dekat tangan.
Bukan apa, kalau terlebih tepung nanti adunannya akan jadi keras. Susah pula korang nak gulung nanti. Lepas tu bila bakar nanti takut tartnya jadi kering & crack. Dah tak cantik & hodoh pula rupanya nanti.
By the way, dari segi suhu pula Syu guna suhu 150 darjah celcius sahaja. Bakar pun tak lama. Lebih kurang 20 minit. Syu pernah terlebih bakar masa mula-mula buat tart ni dulu, sudahnya inti tart jadi keras macam batu π. Sampai kena komplen dengan sepupu.
Start dari tu memang Syu tak bakar lama-lama. Masa bakar tu kalau korang dah nampak macam golden sikit dekat atas tart tu boleh lah korang keluarkan dari oven.
Gebus gebas syu..sedap nih :)
BalasPadamMemang sedap Kak Shida.Tu yang sampai dua round buat tuπ.
PadamSedappppp ni! Kirim sini sikit kak syu :P
BalasPadamAntara biskut raya yang wajib ada.
BalasPadamKak ret x minat sgt kuih tart ni tp salute la kat syu sbb rajin buat.. Psstt pasni agak2 nk buat kuih apa plak eh π
BalasPadamlemak berkrim disukai ramai..
BalasPadamthn ni raya tanpa tart nanas...
dapnya buat sendiri. adik saya beli, sampai la elok terletak tak berusik lagi kat meja tu ha...bolehlah imagine macam makan tart nenas kak syu..heheheh
BalasPadam