Tempe Goreng Cicah Sambal Kicap

Jun 08, 2021

Orang Jawa kalau tak makan tempe bukan lah "wong jowo" 😁. Memandangkan dalam peti ais masih ada lagi tiga paket tempe yang Syu belum masak, so petang-petang macam ni tekak ni almaklumlah tiba-tiba rasa teringin pulak nak makan tempe goreng πŸ˜….  Kena pulak cicah dengan sambal kicap.  Lepas tu, sambil-sambil mencicah tengok pulak movie & drama. Memang layanlah jawabnyer.


Nak buat tempe goreng ni teramatlah senang. Tempe yang Syu ada tu Syu just potong memanjang jer. Disebabkan tempe Syu ni panjang sangat, so Syu belahlah dua. At least, takdelah panjang sangat sampai menjolok tekak time nak makan nanti 😁. Masa nak goreng tu, Syu salut dengan tepung goreng ayam cap BESTARI. Memang rangup & sedap. Kuah kicap pulak Syu guna bawang putih, cili padi, kicap & gula. Cili dengan bawang putih tu Syu rebus dulu, lepas tu baru Syu blender bagi halus sekali dengan kicap & gula. Siap!! Tak susah mana pun nak buat sebenarnya. 😁 Ni kalau dapat cicah tauhu goreng sekali pun sedap jugak ni. Adoyai, kenapalah benda yang takde jugak tekak ni nak mintak. Dahlah malas nak keluar berbeli πŸ˜‚. By the way, jemput makan tau korang πŸ˜‹.


Tempe ni Syu salut dengan tepung goreng ayam cap BESTARI yang pedas. Memang rangup & sedap.

Comments

  1. Alamak alamak.. ok kita x makan tempe hehehe

    BalasPadam
  2. Wah..menarik...SA oun sama macam Ako x makan tempe...x tau la kenapa x suka..

    BalasPadam
  3. La...yeke.Sama macam husband Syu jugak.Dia pun tak makan tempe sebenarnya.Tapi lepas dia cuba makan, terus terjebak sampai hari ni 😁. Mungkin sebab tempe ni tasteless kot...tu yang ada sesetengah orang tak berapa nak suka πŸ˜….

    BalasPadam
  4. Tak makannn tempe hehehe
    Pernah cuba tapi tak ngam dengan tekak >.<
    Tapi kalau tengok roommate makan tempe, sedapp pulak hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laaaa...Tiqah pun sama jugak tak makan tempe πŸ˜‚.Kiranya ramai jugaklah blogger yang tak suka makan tempe ni.Hi3😁.

      Padam
  5. Kelmarin dah buat menu ini, sambal kicap memamg sentiasa ada kat rumah... semua benda nak cicah senang

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!