Ada Berapa Peribahasa Dalam Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris?

Julai 18, 2021

Senarai peserta yang terpilih untuk bloglist dah Syu umumkan kemarin [LIHAT SINI], cuma jawapan kepada teka teki peribahasa jer Syu tak bagitahu lagi πŸ˜….So, malam ni Syu nak bagitahu dekat korang jawapannya. Kalau nak tahu jumlah peribahasa yang ada masa Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris hari tu ada 16 & kesemua peribahasa tu korang boleh tengok dekat bawah ni.

Peribahasa

Indahkan semua peribahasa tu. Banyak bait-bait perkataan dikaitkan dengan alam & persekitaran sekeliling. Yang ni setakat yang Syu dapat carilah, kalau korang boleh dapat lebih dari ni memang korang terer!! πŸ‘Untuk pengetahuan korang, peribahasa ni sebenarnya terbahagi kepada beberapa pecahan. Iaitu :

1) Simpulan bahasa
2) Bidalan
3) Perumpamaan
4) Pepatah
5) Kata-kata hikmah

(Note : Cikgu-cikgu kalau ada tak betul, tolong betulkan yer πŸ˜‚. Dah lama sangat Syu tinggalkan subjek Bahasa Melayu ni.)

Kalau korang tengok dalam gambar. semua peribahasa ada kecuali kata-kata hikmah. Eh, rasa macam mengajar kelas Bahasa Melayu lah pulak πŸ˜†. Korang nak tahu, masa sekolah dedulu, kalau ada kena buat karangan Bahasa Melayu mesti Syu akan pilih untuk jawab karangan berbentuk peribahasa ni. Misal kata ada pilihan karangan bentuk autobiografi, Syu pun akan pilih yang itu. Autobiografi? Alah, karangan macam "Aku sebatang pen" tu. Pilih dua bentuk karangan tu bukan apa, sebab senang nak jawab!! Syu paling tak suka karangan berformat 😁. Tak tahu lah kenapa. Padahal karangan berformat lagi senang & tak banyak guna perkataan. 

Bila sentuh bab peribahasa & karangan semua ni, tiba-tiba rindu zaman bersekolah dulu-dulu. 16 tahun jugaklah Syu dah tinggalkan zaman sekolah. Cikgu-cikgu & ustaz ustazah Syu pun ramai yang dah kembali ke rahmatullah. Al-fatihah untuk diorang 😒.

Comments

  1. Laaaa ada 16 rupanyaaaa, saya teka haritu ada 12 aje hahaha. Tak pernah dengar yang silih berganti bagai ombak di tepi pantai dan seperti rumput di tepi jalan. Haritu masa cari punnnn gigih google satu satu maksud yang tak tahu hahahaha.

    Samalah kak syu, saya pun tak suka karangan berformat. Lagi suka yang bentuk penceritaan bebas. Senang nak karang cerita ikut imaginasi kita HAHAHAHA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dapat 16.Hi3😁."Silih berganti bagai ombak di tepi pantai" tu maksudnya keadaan hidup yang tak tentu,kadang2 senang kadang2 susah.Yang seperti "rumput di tepi jalan" tu pulak merujuk pada hidup melarat.

      Kan...akak pun suka karangan yang berbentuk bebas. Senang nak cerita meleret2. Kadang2 tu bukan apa, time nak jawab exam dan2 lupa format. Sudahnya jawab karangan yang memerlukan imaginasi. Mungkin sebab tu kita dua jadi blogger agaknya. Suka berceloteh berjela2. Macam kita tulis dekat blog. Ki3 😁.

      Padam
    2. HAHAHAHAHA betul jugak tu kak syu, sebab tulah kita jadi blogger yer, lagi suka karang cerita sendiri hahahahaha. Adoi bila fikir balik, ada betul sangat kak syu cakap ni :D

      Padam
  2. banyak nyaaaaa...heheheh
    kite ambik ea gamba ni, post dlm group family..
    biaq depa buat sesi brainstroming hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh...ambik lah. Bagus jugak buat sesi brainstroming time2 lockdown ni 😁.

      Padam
  3. Ooo.. Banyaknya rupanya. Saya teka 10 je.. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpelah.Janji masih ada peribahasa yang diingat😁.

      Padam
  4. Ada juga peribahasa yang baru tahu hari ni. Eh rasa mcm kurang cerdik pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 akak pun kurang cerdik jugak.Lagipun kita jarang praktik peribahasa2 ni dalam seharian.Time sekolah dedulu selalu lah guna kan.Tu pun sebab nak pass subjek BM🀣

      Padam
  5. banyak rupanyaa
    Hurm....ada yang dah lama sangat tak didengar sampai lupa.
    Kita hari tu dapat 10 je. huhuhuhuhu

    refresh kan balik otak

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😁Jadilah.Asalkan ada yang AO masih ingat.

      Padam
  6. Kita telah 10 jer rupa ada banyak lagi hahaha apa2 syok main teka teki ni

    BalasPadam
  7. Banyak rupanya. hebat siapa yang dapat cari tu.

    BalasPadam
  8. alahai mama x sempat join la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe mama,next year cuba okay😘.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!