Cara Betulkan Isu Ads.text Di Google Adsense

Julai 22, 2021

Blogger

Sejak Syu tukar domain hari tu, Google Adsense Syu hilang jejak yer kawan-kawan πŸ˜‚. Pada yang tak tahu, sebenarnya itu adalah perkara biasa yang sering berlaku bila tukar domain. Segala mak nenek iklan memang tak akan muncul dalam blog korang sebab yang berdaftar dalam Google Adsense korang adalah domain yang lama.


Bila domain ditukar, Google Adsense tak dapat detect domain korang & automatically segala iklan akan di remove. Jadi, apa yang perlu korang buat sebaik tukar domain adalah dengan menambah domain baru ke dalam Google Adsense korang. Once korang dah buat, Google Adsense akan review semula blog korang macam masa mula-mula korang apply dedulu.



Apa-apa pun alhamdulillah, sekian lama menunggu akhirnya Syu dapat perkhabaran gembira dari Google Adsense melalui e-mail. Termasuk hari ni ada lah dalam 12 hari kena tunggu. Busuk-busuk dekat 2 minggu jugaklah. Sejujurnya lah kan, Syu agak tenang sebenarnya bila tak ada Adsense muncul dalam blog πŸ˜‚. Bukan apa, kadang-kadang Syu tengok jugak blog Syu dari sudut perspektif pembaca. 



Mesti korang rasa semak kan kalau ada iklan muncul bila tengah seronok membaca? Macam tu jugak masa tengok TV & YTube. Paling tak suka bila ada iklan. Tapi, korang kena faham jugak dari sudut perspektif penulis. Sometimes, diorang pun nak jugak generate income pasif melalui penulisan. Jadi, nak tak nak korang kena terima jugak bila masuk ke laman tuan tanah. Dah baca free kasi chancelah sikit untuk penulis dapat wang perhargaan dari Google Adsense. Sekarang-kurangnya penulis blog rasa motivated untuk terus menulis. 




Macam mana nak betulkan isu ads. Text di Adsense?


Pernah tak korang dapat notifiikasi macam ni dekat korang punya Google Adsense? Syu kalau nampak merah-merah gini mulalah Syu runsing πŸ˜‚. Macam satu kegagalan tau benda bila nampak something yang melibatkan warna-warna merah ni. Kebiasaanya, notifikasi ni korang akan dapat bila korang dah berjaya diterima dengan jayanya oleh Google Adsense. Tapi kalau tak ada terima alhamdulillah lah. Tak payah runsing kepala nak memikir.



Pada yang terima notifikasi ni dekat Adsense, korang kena selesaikan isu ni secepat yang mungkin. If not, ia akan memberi impak kepada revenue korang di Google Adsense. Benda nampak macam kecil saja sebenarnya. Tapi sangat-sangat memberi kesan pada blogger-blogger yang sememangnyer menjadikan Google Adsense untuk menjana pendapatan sampingan.


How to fix ads.txt issues


Nak selesaikan isu ni mudah jer. Apa yang korang perlu buat hanyalah dengan memuat turun kod yang Google Adsense dah bagi ni & kemudian copy paste pada bahagian monetization dalam setting Blogger korang. Lepas korang dah paste kod ads.text dalam blogger. Insyaallah dalam tempoh 24 jam notifikasi adsense tadi akan hilang & Google Adsense korang akan kembali aktif seperti biasa macam sebelum-sebelum ni πŸ˜‰.


Kalau korang nak tahum, step ni sama saja macam masa korang mula-mula diterima Adsense. Disebabkan Syu nak Google Adsense Syu muncul di domain yang baru. Maka Syu terpaksa buat permohonan untuk pengaktifan semula. Supaya ianya boleh berfungsi seperti biasa dalam webpage Syu 😁. Senangkan caranya?



Buat masa sekarang ni mungkin Google Adsense Syu akan ambik masa sikit untuk muncul dalam blog, sebab proses optimization masih lagi berjalan & mengambil masa yang lama jugak untuk run. Apa-apa pun Syu harap segala perkara berkaitan dengan Google Adsense ni akan cepat berakhir. Bukan apa, senak dah kepala otak ni asyik dok fikir pasal Google Adsense πŸ˜…!!

Comments

  1. Saya punya pun dah hilang sejak tukar domain.. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh apply balek Fairus.Add & submit jer nama domain baru dekat dalam Google Adsense.Nanti diorang review dapat lah Google Adsense balek.Tak lama mana pun. Dalam dua minggu jer 😁.

      Padam
  2. penat da isu adsense ni masa memula pkai domain dulu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Esok lusa Syu pun macam AD jugak agaknyerπŸ˜…. Ramai gak yang dah surrender dengan Google Adsense ni.

      Padam
  3. rasa nak tukar domain lain...tp dah lama pakai ni..sayang pulak

    BalasPadam
  4. raia punya pembayaran ditahan hmm
    tunggu no pin sampai dlu lah

    BalasPadam
  5. Semoga ads makin banyak lepas ini hehe

    BalasPadam
  6. Uncle punya blog forever tak layak... huhuhu

    BalasPadam
  7. dah try tp masalah ini dtg balik. last2 abe kie biarkan je.

    BalasPadam
  8. Saya pun tak boleh tengok merah merah tuu, tak senang duduk hahahaha.
    Now, tunggu no pin sampai tapi tak sampai sampai lagi, tak tahulah bila nak sampai :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah.Sakit mata tengokπŸ˜‚.
      Pin tu bila diorang bagi eak Tiqah. Akak tak berapa tahu sangat pasal Google Adsense ni. Jenuh gak baca artikel semata2 nak tahu pasal Google Adsense πŸ˜….

      Padam
  9. Adsense ni kadang tak faham juga. saja nak suruh kita buat kerja sikit agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin lah. Tapi macam renyah lah Kak Fizah. Kadang-kadang Syu pun tak faham dengan Google Adsense ni. Kalau tengok graph dia memang Syu pening dibuatnya πŸ˜”.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!