SUMBER FOTO : Google |
Tajuk postnya pun, macam baru lepas beranakan orang jer kan π. Apa-apa pun syukur alhamdulillah, selepas habis nightline bersiaran dekat TV3 malam kemarin, dengan jayanya NetKL telah memberanakan lagi sebuah domain yang bernama syuderis dotcom π. Actually, Syu tak pernah terfikir pun nak tukar domain. Masa Syu kembali berkecimpung dalam dunia blog, niat tu hanya nak jadikan Blogger ni sebagai platform meluahkan perasaan & hilangkan bosan masa lockdown jer.
Masa nak buat pertukaran tu, lama juga Syu ambil masa untuk berfikir. Tapi disebabkan pengaruh kuat rakan blogger Atiqah Najihah, akhirnya Syu nekad juga untuk tidak membiarkan domain Syu menumpang dengan si budak blogspot tu lagi π. Macam rumah sewa vs. rumah sendiri, syok lagi duduk rumah sendiri kan π? Tapi Syu tak mampu nak beli rumah lagi. Mampu beli rumah blog Syu jer. Jadilah kanπ. Maka dengan ini lahirlah syuderis dotcom sebagai pengganti kepada domain syuderis blogspot dotcom.
Walaubagaimanapun, Syu berterima kasih sangat dengan domain lama Syu, sebab dari situlah bermulanya Syu bertapak dalam dunia blog. Sebenarnya Syu bukanlah nak bercerita sangat pasal domain baru Syu ni. Tapi Syu nak cerita sikit macam mana proses & pengalaman Syu sepanjang pertukaran domain tu dilakukan. Domain Syu macam biasalah Syu beli melalui NetKL.
Pengalaman tukar domain
Berdasarkan pengalaman Syu malam kemarin. Agak payah juga sebenarnya NetKL nak beranakkan domain syuderis dotcom ni π. Sampaikan team NetKL terpaksa akses & kawal dari jauh (remote access & control) menggunakan software TeamViewer semata-mata untuk mengakses masuk ke account Blogger Syu.
Nak dijadikan cerita, staff NetKL tak boleh nak proceed untuk pertukaran nama domain Syu sebab account Google Syu dah blocked akses dari NetKL untuk proceed. Puncanya sebab Syu secara tak sengaja tertekan cancel masa Google minta kod pengesahan π.
Actually, line internet Syu agak bermasalah malam tu. Yang Gmail pun lambat sangat nak sync-kan email dekat handphone Syu. Jadi, sampai ke sudah Syu tak tahu nombor pengesahannya apa. Tangan ni pun apa lagi, laju saja tekan butang cancel π.
Tapi team NetKL memang hebat. Diorang ada solution lain untuk create & aktifkan domain Syu. Masa team NetKL tu buat kerja memang Syu terpaku terpana & terkesima jugalah sekejap π. Korang bayangkanlah, sudahlah Syu duduk sorang-sorang dekat rumah masa tu, tiba-tiba Syu nampak cursor dekat laptop dengan gembiranya bergerak ke sana ke mari.
Sekejap klik sana. Sekejap klik ke sini. Dah kenapa kan. Kita jadi cuaklah. Ingatkan syaiton ke apa kan. Mana tidaknya. Tiba-tiba cursor mouse dekat laptop Syu tak bergerak. Yang Syu dengan blur-blurnya pergi godek-godek mouse untuk bagi cursor stay. Memang tak jalanlah kerja budak NetKL tu nak tukar domain kan π ?
Nasib budak NetKL tu hantar chat dekat FB Syu. Dia pesan dekat Syu jangan usik apa-apa dekat laptop sebab team dia dah berjaya akses masuk ke laptop Syu untuk setting domain. Yang Syu memang dah gelabahlah kan. Terkejut tengok cursor Syu tiba-tiba bergerak sendiri π.
Ingat syaiton mana yang gerakkan. Kalau budak NetKL tu tak bagitahu jangan usik apa-apa, Syu rasa mahu mereput budak tu nak settle-kan hal domain Syu. Kemungkinan besar proses pertukaran & pengaktifan domain Syu akan di-terminate.
Begitulah alkisahnya. Nak tukar domain pun sikit punya gelabah. Almaklumlah, masa study dulu banyak belajar pasal pokok-pokok & haiwan. Bila kurun nak cerdik IT kan. Pegang laptop pun sebab nak buat assignments. Macam inilah ghopernya bila tak cerdik teknologi π!!
Pengalaman korang tukar domain macam mana pulak? Ada macam Syu ke? Share lah sikit dekat ruangan komen π. Last but not least, jangan lupa update blog Syu dekat BLOGGER READING LIST okay. If not, korang takkan dapat update terkini pasal blog Syu ππ.
Alhamdulillah tahniah
BalasPadamMekaseh Ilmaπ❤️.
Padamtahniah akak sbb dah beli domain. memang perlu ada domain sendiri bagi menunjukkan yg kita ni serius nak jd blogger.
BalasPadamMekaseh Abam Kie.Betul tu.Sebab tu Syu nekad custom Syu punya domain.Lagipun satu kepuasan jugak bila dah ada domain sendiri π.
PadamTahniah kak
BalasPadamwah tahniah syu... semoga terus berblog ya :)
BalasPadamtahniah
BalasPadammacamna nk tukar tu
Mekaseh Cik Nor. Syu tukar domain dekat NetKL.Next entry Syu tunjuk stepnya macam mana yerπ.
Padamwahhhhh tahniah kak syu! kuat betul atiqah najihah bagi pengaruh dekat akak ye? hahaha
BalasPadamsemoga terusan aktif dalam dunia blogging!
Itulah pasal.AO punya pengaruh boleh tahan jugakπ€£.Kalau tak takdelah korang dua masuk dalam top 5 reading list akakπ
PadamTahniah kak.. Semoga terus sukses lagi.. :)
BalasPadamMekaseh.Naim pun sama jugakπ.
PadamTahniah Syu.
BalasPadamMekaseh Kak Amie.
PadamAlhamdulillah. Tahniah Syu. Semoga terus ada semangat menulis dalam dunia blogging ni.
BalasPadamMekaseh Kak Fizah.Kak Fizah pun,semoga akak sentiasa komited dalam memberi inspirasi kepada blogger newbies kat luar sana untuk terus berkarya macam Syu niπ❤️.
PadamTAHNIAHHHH KAK SYU! Ada jugak terpengaruhhh dengan entri saya tukar domain :P
BalasPadamHahahaha, ya Allah tergelakkkk kejap bila kak syu ingat syaiton tuuuuuu, tapi scary gak ahhh tiber je cursor gerak sendiri >.>
Moga moga lepas ni terus bersemangat update blog! ;)
Mekaseh!! Mekaseh sebab memmpengaruhi akak!!Ha3π
PadamBetul, akak dah ingat syaiton punya kerja dah masa tuπ€£.Tapi nasib budak NetKL tu chat kat FB. Kalau tak memang tak jadi kerja kawan tu nak tukar domain akak sebab tangan akak sibuk dok godek2 cursor. Ki3π€
Comel je bila dia cakap 'jangan usik apa-apa' hahahaha.
PadamDia pun geram sebab kak syu duk godek godek cursor HAHAHAHA :D
Alhamdulillah, tahniah kak syu , CCL tumPang gembira jugak
BalasPadamHari tu ada juga terbaca blogger atiqah najihah tukar domain , trpaku kejap tgh fikir sama ada nak tukar or tak .. Tgk domain netkl macam murah jugak utk bayaran setahun
Mekaseh CCL. Sebenarnya, ada bagusnya tukar domain ni. Especially, kalau ada join Intellifluence. Sebab rata-rata requirements dekat market place Intellifluence akan pilih influencer yang ada domain sendiri. Kalau domain tumpang ni kadang-kadang susah nak dapat job dekat market place. Tapi, bergantung pada keadaan jugak.
PadamMacam akak, pengalaman tukar domain tu tak sama macam Tiqah & blogger2 yang lain. Kalau CCL dah ada banyak followers & PV tinggi, akak rasa better CCL fikir panjang dulu. Sebab bila tukar domain, memang banyak benda akan terkesan especially PV & Adsense. Kiranya, blog akak jadi macam baby baru lahir gittew. Macam akak dengan Tiqah, kitorang masih lagi blogger baru & followers masih tak berapa nak banyak. So, keputusan untuk tukar domain tu memang tak akan jadi suatu masalah.
Setakat ni yang akak nampak, NetKL jer yang murah untuk service web hosting & tukar domain. Yang lain memang mahal. Even kalau beli guna Google Domains pun diorang cas RM50. Tu tak termasuk cas tersembunyi lagi π .
aida ucapkan tahniah ye, syu.
BalasPadamblog aida da lama juga tukar ke dot com.
more than 4 years rasanya.
tapi blog kecil je. pelepas boring di hati, taip2 di alam maya :)
and done masukkan blog syu dalam bloglist.
Very nice content posted by the author. I appreciate your effort to share this kind of useful information. Keep writing and best of luck for your upcoming posts and future. buy instagram followers cheap
BalasPadam