Sejak beberapa hari ni, nama Prof. Muhaya dekat sosmed naik lagi yer kawan-kawan. Last time pasal isu "bodoh-bodoh", kali ni isu "Garfu Tala" pulak. Disebabkan kaedah ini sudah makin menular, maka JAKIM terpaksa mengeluarkan satu kenyataan larangan berkaitan mengamalkan kaedah "Garfu Tala" ni. Walaupun semalam Prof. Muhaya sudah mengumumkan yang dia dah menarik diri dari mengamalkan kaedah ni, tapi mungkin agak susah untuk followers dia yang selama ni mengikuti & mengamalkan "Garfu Tala" ni untuk berhenti. Tambah-tambah pada mereka yang dah jadi terlampau taksub & percaya dengan kerberkesan kaedah "Garfu Tala ". Sebab bila dah jadi amalan dah tentu-tentu akan jadi satu kebiasaan.
Kalau korang nak tahu "Garfu Tala"[Istikharah Al-quran] atau juga dikenali sebagai "Bibliomancy" ni merupakan satu teknik atau metod istikharah dengan menggunakan Al-quran. Yang mana bila seseorang tu memerlukan petunjuk dari Allah S.W.T., diorang akan gunakan kaedah ini dengan cara membuka Al-quran secara rawak untuk mencari jawapan & penyelesaian kepada permasalahan hidup. Setiap hasil tilikan jawapan yang diterima dari ayat Al-quran tu akan digunakan sebagai panduan kepada satu-satu keputusan yang bakal diorang buat. Nampak pelik kan kat situ? π
LARANGAN AMALAN "ISTIKHARAH AL-QURAN" pic.twitter.com/dkZQYEQ3vL
— JAKIM (@MyJAKIM) June 28, 2021
Kaedah "Garfu Tala" ni dah lama dah wujud sebenarnya. Even dalam agama Kristian pun ada yang mengamalkan kaedah ini. Cuma dalam Islam, kaedah ini memang sangat-sangat bertentangan apa yang di ajar oleh Rasulullah. Untuk makluman korang, kaedah "Garfu Tala" yang diikut oleh Prof. Muhaya ni sebenarnya diajar oleh Ustaz Nazrullah [Pak Nas] yang berasal dari negara Indonesia. Boleh dikatakan ramai jugaklah pengikut-pengikut Prof.Muhaya yang mengamalkan kaedah ini. Jangan kata Prof. Muhaya jer, selebriti terkenal Naelofa pun pernah menggunakan kaedah "Garfu Tala" sebagai petunjuk untuk dia mula berhijrah.Even Ustaz Don pon tak terkecuali.
Memang betul Al-quran tu rujukan & panduan kita sebagai umat Islam. Tak menjadi satu kesalahan sekiranya kita nak pilih surah untuk dibaca, cuma bukan dengan menerapkan kaedah tilikan "Garpu Tala" ni sebagai satu petunjuk untuk dijadikan panduan dalam buat satu-satu keputusan. Kalau rasa ragu-ragu & gundah gulana dalam pilihan hidup, buat solat sunat istikharah & bukan dengan main tilik-tilik guna ayat Al-quran macam ni. Sebab kaedah ni ada kaitan jugak dengan ajaran syiah.
Kalau Syu lah kan, memang Syu akan tapis & buat research betul pasal satu perkara-perkara yang melibatkan ilmu agama Islam ni, tambah-tambah kalau ilmu tu datangnya dari negara seberang Indonesia. Tak kiralah influencer tu pangkat professor mahupun ustaz selebriti sekalipun, setiap ilmu yang kita nak amalkan, kita kena kaji dulu kesahihannya samada ianya bertepatan dengan ajaran Al-quran & sunnah ataupun tak.
Nice sharing kak syu, first time dengar pasal garfu tala ni. Neelofa punnn pernah guna jugak ya garfu tala ni. Nasib baik jakim dah keluarkannnn larangan. Harap harap tak ada yang buat lagi lah lepas ni.
BalasPadamIstilah ni pun baru jer lagi wujud Tiqah,tu pun lepas Prof.Muhaya perkenalkan dekat pengikut dia & jadi viral. Actually, kaedah tilik kitab ni memang dah lama ada. Cuma pada awalnya nama dia bukan "Garfu Tala,tapi "Bibliomancy".Dalam agama kristian & syiah banyak guna kaedah ni. Kononnya ayat yang terpilih tu jawapan dari Tuhan atas pertanyaan permasalahan diorang.
PadamNeelofa pun guna cara ni jugak untuk dapatkan petunjuk,tapi tak sure samada dia sedar ataupun tak dia guna kaedah "Garfu Tala".
Nasib JAKIM keluarkan kenyataan pasal "Garfu Tala" ni sebab ramai jugak pengikut Prof.Muhaya & Pak Nas ni tak tahu hukum guna kaedah ni pada Al-quran.
Mak aii seriously ni kita baru tau pasal 'garfu tala' ni...
BalasPadamAadoiii zaman2 skrg ni pun ada lagi yg mengamalkan mende2 camni ye...
Betul harap lps ni xde lagi la yg mengamalkan garfu tala ni...
kaella baru tahu namanya "garfu tala" selama ni selalu cpt istikharah Al-Quran jer.
BalasPadamIstikharah Al-quran pun dia jugak Kaella.Cuma nama "Garfu Tala" ni jadi up lepas jadi viral.Sama jugak "Bibliomancy".Kaedah sama,cuma nama gelarannya berbeza.
PadamSaya pun first time dengar. Bahaya betul lah zaman sekarang. Macam mana lah boleh jadi ikutan? Diorang buat senyap-senyap ke apa?
BalasPadamItulah BK.Memang pelik-pelik akhir zaman ni.
PadamNak kata buat senyap-senyap pun tak jugak.Sebab yang follow,rata-ratanya semua pengikut Prof.Muhaya jugak.
Lepas viral dia tunjuk cara guna kaedah "Garfu Tala" tu dekat YTube dengan Pak Nas,baru semua orang tahu yang cara tu sama dengan istikharah Al-quran & bibliomancy.
Baru je tahu istilah garfu tala ni lepas viral bodo bodo prof muhaya tu...
BalasPadamItulah...Syu pun baru tahu istilah baru ni.Padahal bendanya sama jer dengan istikharah Al-quran π .Pelik-pelik ilmu yang diorang share.Padahal golongan cerdik pandai berpangkat professor & berpangkat Ustaz tu.
Padamterima kasih inform bari tau pasl garfu tala
BalasPadamSama-samaπ
PadamSetujuuuu akak. Kalo nak cari jawaban dari kebingungan , lebih baik memang sholat istikharah. Jujur saya baru tahu kaedah seperti nih. Bagi saya lebih mirip menebak2 nasib drpd mencari jawaban.. kadang lah Orang2 ini banyak yang keblinger Ama suatu ajaran :(. Tak payah cari tahu yang benar, langsung main percaya. Mentang2 pula memakai alquran :(. Di sini pun banyaaak akak yg ajarannya lama2 kayaj sesat.. harus hati2 dalam mencari tempat belajar agama.
BalasPadamBetul Fanny.Tapi yang banyak ikut ajaran ni majoriti orangnya cerdik pandai & banyak ilmu tentang agama.Bila guna kaedah ini, pada akak tak tumpah macam menilik nasib jugaklah sebenarnya.
PadamSekarang ni, sebelum nak belajar agama dengan seseorang tu memang kita kena selidik betul2.Walaupun zaman sekarang zaman millennium, tapi ada jugak ilmuwan & agamawan yang minda dia kebelakang.Macam garfu tala ni lah.Pengasas & pengikut2nya bukan kaleng2.Semua yang bijak2.Tapi disebabkan terlampau percaya & taksub, maka ianya jadi ikutan.
aida ada tgk info ni di utube.
BalasPadampaparan pertama, nilofa.
dia pun bergarfu tala. hmmmmm...
again prof M ni kan. org cerdik ni.
tapi lately ntah hape hape isu yg melanda dia :(
dia inspirasi aida. byk beli buku motivasi dia tau.
bila gini, isu tentang garfu tala ni hu hu hu hu...
kurang respek skit la, syu.