Hartal Doktor Kontrak

Julai 27, 2021

hartal doktor kontrak

Beberapa minggu ni agak kecoh jugak ye pasal hartal doktor kontrak. Akhirnya, tepat jam 11 pagi semalam, sebilangan doktor-doktor kontrak ni bersolidariti melancarkan hartal secara beramai di sekitar kawasan tempat mereka bertugas.


Untuk pengetahuan korang, istilah hartal ni dah lama dah ada & ianya mula diperkenalkan oleh tokoh perjuang kemerdekaan India iaitu Mahatma Gandhi. Sehingga ke hari istilah ni masih diguna pakai. Bila istilah hartal ni digunapakai, sekurang-kurangnya tak adalah bunyinya macam cliche sangat jika dibandingkan dengan mogok & tunjuk perasaan.



Apa itu hartal?


Sebelum Syu bercerita lebih panjang. Korang tahu tak apa yang dimaksudkan dengan hartal ? Jom kita tengok apa sebenarnya maksud hartal tu.


HARTAL [har.tal] | Ω‡Ψ±ΨͺΩ„ 

Berasal dari perkataan Hindi yang bermaksud penutupan kedai dan pejabat sebagai protes atau tanda kesedihan.

Kamus Dewan Edisi Ke-4 : 
Permogokan umum (penutupan kedai dll. sebagai bantahan terhadap sesuatu)

Sinonim kepada : 
Protes besar-besaran, tunjuk perasaan & demonstrasi

Bahasa inggeris : "strike"



Sejarah hartal di Malaysia


Hartal ni bukannya baru pertama kali berlaku di Malaysia tau. Actually, sebelum bumi Malaysia ni berstatus Tanah Melayu lagi dah terjadinya hartal ni. Tapi dedulu, hartal ni banyak berkisarkan kepada hak untuk memperjuangkan kemerdekaan negara.



Jauh beza dengan hartal yang ada pada hari ni yang mana matlamatnya lebih kepada memperjuangkan hak untuk bersuara. Berikut antara rentetan sejarah hartal yang pernah berlaku di Malaysia yang Syu rasa korang patut tahu.



Macam Rusuhan Kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, ianya tak dikira sebagai hartal tau. Sebab rusuhan ni lebih kepada melakukan kekacauan & huru-hara. Memang jauh beza maksudnya dengan hartal. Hartal ni lebih kepada mogok aman yang tak melibatkan apa-apa pertumpahan darah & kacau bilau.


Kalau korang tengok apa yang jadi semalam, semua doktor-doktor kontrak yang menyertai hartal hanya memegang plakad semata-mata bagi menyuarakan hak diorang. . Semua bermula & berakhir dengan keadaan yang aman. Tak ada baling-baling molotov & bom bagai. Itulah yang membezakan antara hartal & rusuhan.




3 Tuntutan Hartal Doktor Kontrak


Dikhabarkan seramai 45% (23,000 daripada 53,000) doktor yang berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berstatus kontrak & hanya 3% sahaja yang telah dilantik secara tetap.



Disebabkan hal ini, Gerakan Doktor-doktor Kontrak Malaysia bangkit menyuarakan hak diorang dengan melancarkan hartal. Terdapat 74 organisasi & 110 badan persendirian lain yang turut menyokong hartal ni dilaksanakan.


Kalau nak tahu, ini antara 3 tuntutan yang diperjuangkan oleh doktor-doktor muda dalam hartal kontrak doktor ni : 



1) Jaminan perlantikan tetap kepada doktor kontrak & baru

2) Hak gaji samarata dengan doktor tetap yang menjalankan tugas yang sama

3) Kebajikan yang serupa termasuk cuti & faedah



Actually, isu doktor kontrak ni dah lama dah berlaku. Sejak zaman "bosskur" lagi sebenarnya. Cuma sejak pandemik ni tercetus, ramai frontliners dah burn out terutamanya doktor-doktor kontrak ni. Ada juga yang terpaksa buat keputusan untuk tarik diri dari KKM sebab dah terlampau fade up dengan sistem kontrak ni.


Diorang bukan saja di anak tirikan dengan status kontrak, malahan diorang punya skop kerja mengalahkan doktor-doktor tetap. Gaji pulak tak setanding dengan kerja diorang. 



Pandangan Orang Ramai Terhadap HDK


Bila tercetusnya Hartal Doktor Kontrak ni, ramai jugaklah netizen yang menggelejat & menyalak bila doktor-doktor kontrak ni buat demonstrasi macam ni.


Ada yang mengisukan, kenapa time pandemik & kes tengah mencanak naik baru nak buat hartal bagai? Orang lain pun kerja kontrak juga tapi takdelah sampai nak kena curi masa buat demonstrasi dengan naikkan plakad.


Kat sini mungkin ada segelintir netizen ni tak faham yang bekerja dalam profession perubatan ni tak sama macam profession yang lain. Korang kena tahu, selagi diorang tak dapat status permanent ni, diorang punya job security tu tak terjamin.


 


Dia macam ni tau, bila mana seseorang doktor kontrak tu tak disahkan sebagai doktor tetap, diorang punya kerjaya ni seolah-olah macam isteri yang digantung tak bertali. Jangan kata nak sambung Master, even nak upgrade level jadi Medical Officer pun tak boleh disebabkan status kontrak tu.


Korang bayangkan lah, diorang ni dah habiskan masa belajar dalam bidang kedoktoran bertahun-tahun. Tup-tup bila diambil kerja statusnya adalah kontrak. Lepas dah habis kontrak? Takdelah kerja. Kalau kena dekat korang, korang rasa seronok tak? Dahlah kerja banyak mengalahkan yang kerja tetap. Benda-benda macam ni boleh jadi toxic tau. Elok-elok ikhlas nak tolong orang terus jadi tak ikhlas.


Memanglah Syu tak kerja dalam bidang perubatan ni, tapi kita boleh nampak sendiri macam mana diorang ni di anak tirikan di bumi sendiri. Bila graduan doktor luar negara tak nak balik kerja kat Malaysia, dituduhnya pengkhianat πŸ˜…. Dah pilih balik kerja kat Malaysia sampai kesudah pulak tak permanent.



So, siapa yang khianat siapa sebenarnya ni. Isu ni sebenarnya agak berat jugak nak dibincangkan. Tapi disebabkan ramai yang tak faham kenapa diorang buat hartal. So, Syu cuba explain sedaya upaya Syu supaya orang kat luar sana faham apa yang diorang cuba suarakan. Lagipun hartal doktor kontrak ni bukan diorang buat secara membabi buta pun.


Sebelum diorang lancarkan hartal, diorang dah suarakan isu ni ke pihak kementerian & kerajaan. Tapi disebabkan hak bersuara diorang tak diendahkan, so diorang terpaksa laksanakan hartal sebagai tanda protes tentang nasib yang dialami doktor-doktor kontrak ni.


Namun begitu, ada jugak segelintir netizen-netizen yang berfikiran positif & menyambut baik tindakan hartal ni. Apa-apa pun jom kita dengar penjelasan lanjut dari Dr. Wan tentang apa yang sebenarnya doktor-doktor kontrak ni nak kan dari berhartal ni.



Syu harap dengan segala penerangan ni dapat membuka mata rakyat Malaysia kat luar sana tentang rasionalnya hartal ni dilaksanakan. Kita pun tahu, sejak kita di uji dengan pandemik ni, ramai doktor-doktor diperlukan untuk menjadi frontliners supaya dapat meringankan bebanan kerja kakitangan di Kementerian Kesihatan Malaysia.


Walaupun berstatus kontrak, diorang tetap turun padang bergadai nyawa bagi memudahkan usaha kerajaan untuk menangani pandemik ni dari terus berleluasa. Kita boleh cakap macam-macam sebab kita tak berada ditempat diorang.


Semoga nasib doktor-doktor kontrak yang berada di Malaysia terbela. Sebab tanpa diorang, siapa lagi yang akan jadi pelapis kepada doktor-doktor pakar yang sedia ada sekarang ni πŸ˜‰. 


Comments

  1. Aamiin, semoga nasib mereka semua terbela. Mereka tak mintak banyak pun kan, bukannya mintak kereta ke banglo ke duit juta juta ke hmmm

    BalasPadam
  2. Dugaan buat mereka, moga nasib terbela

    BalasPadam
  3. harap nasib mereka terbela... plg sedih dgr KKM kata mrk x dpt bajet secukupnya tiap2 tahun...

    BalasPadam
  4. kesian dekat mereka sebab yer lah kan kerja teruk-teruk
    harap ada lah sinar buat doktor2 kontrak nih

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas penerangan. Kalau tak baca blog ni, saya pun tak tahu apa itu maksud hartal. Sekarang dah tahulah sedikit sebanyak pasal hartal.. Mogok rupanya..

    BalasPadam
  6. Semoga nasib mereka terbela dan mendapatkan apa yang sepatutnya mereka dapat.

    BalasPadam
  7. harap nasib dorg terbela.. banyak jasa dorg tambah2 time pandemik nie.. tak thu silap kat mana.. mmg tahu pasal hartal nie.. tumpang simpati..

    BalasPadam
  8. Ada baca juga pasal Hartal doktor ini.. Semoga yang baik baik sahaja buat mereka..

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!