Penangguhan Bayar Balik PTPTN

Julai 05, 2021


Kita sedia maklum yang ramai terkesan sejak lockdown dilaksanakan. Even peminjam skim pendidikan pun tak terkecuali. Nak kerja tak boleh. Bahkan ada yang dibuang kerja & dipotong gajinya. Tambah graduan yang baru saja graduate. Dah sah-sah lepas habis belajar nak kena bayar hutang pinjaman pendidikan. Tak bayar nanti rekod akan jadi CCRIS. Nak buat apa-apa pinjaman nanti dah sah-sah akan sangkut. So, demi membantu mengurangkan bebanan peminjam. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) sekali lagi membuka peluang kepada peminjam-peminjam dengan membuka semula permohonan morotorium bagi membuat penangguhan pembayaran pinjaman.

Pada yang terkesan & tak mampu nak bayar pinjaman PTPTN semasa PKP ni, korang boleh buat penangguhan bayaran balik pinjaman secara online. Penangguhan ini akan dilaksanakan sehingga bulan Ogos tahun ini. Korang boleh klik pada banner untuk terus ke link permohonan. Apa yang korang perlu buat hanyalah dengan mengisi segala maklumat korang seperti yang dikehendaki. Tapi sebelum tu jangan lupa login okey. Untuk nombor pinjaman, korang boleh perolehi melalui i-online korang.

Comments

  1. Alhamdulillah syukur inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat terutamanya mereka yang amat terkesan dan segelintirnya juga kehilangan pekerjaan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah boleh tangguh..

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!