Masa Syu start berblog sebelum-sebelum ni memang Syu dah lama ada keinginan nak sign up Intellifluence ni. Tapi disebabkan kekangan masa & kurang cerdik IT masa tu, maka sampai kesudah tak sign up π.Umur dah masuk third series baru tergerak hati nak buka akaun Intellifluence. Sadiskan π€£?
Terus terang Syu cakap. Dulu Syu memang tak suka menghabiskan masa depan laptop & handphone. Tambah pulak Syu memang tak ada freetime langsung masa tu dengan dunia blog mahupun sosmed. Kerja Syu dari pagi sampai ke pagi cari duit. Maklumlah, susah time tu hidup dalam broken family π . Tambah lagi bila jadi anak sulung.
Disebabkan time lockdown ni Syu telampau banyak freetime, so Syu jadi terpengaruh balik nak join Intellifluence ni. Mungkin ramai rakan-rakan blogger dah jauh tinggalkan Syu & dah dapat banyak badge yang hebat-hebat.
Barangkali jugak dah dapat banyak pulangan dari Intellifluence. Tapi pada Syu, masih belum terlambat untuk Syu mula dari awal. Sebab pada Syu, profit dari Intellifluence ni bertitik tolak pada usaha & kerajinan kita jugak. Rajin cari job & buat review dalam Intellifluence, baru dapat hasil ππ.
Untuk permulaan ni, dua badge ni sahaja yang Syu mampu dapat dekat Intellifluence π . Yang merah tu tak tau bila kurun dapat. Bila sign up tiba-tiba dah muncul dekat bahagian badge π.
Pada yang nak dapatkan duit sampingan dengan jadi influencer, inilah platform korang. Rajin-rajinlah buat review & buat tasks dalam Intellifluence, insyallah sedikit sebanyak boleh membantu korang jana income. Buat masa sekarang ni Syu masih belum nampak hala tuju Syu dalam dunia Intellifluence ni, maklumlah masih baru lagi kan.
Pada yang dah ada pengalaman, sharelah sikit apa perkembangan positif yang korang dah dapat dengan join Intellifluence ni. Mana tahu, boleh boleh dijadikan inspirasi buat blogger newbies macam Syu ni π. Syu ni masih lagi level underdog. Banyak lagi yang Syu nak kena belajar. Apa yang Syu tahu, Intellifluence kira lubuk duit no. 2 selepas Adsense.
Jadi pada yang belum sign up, apa tunggu lagi. Jom JOIN INTELLIFLUENCE sekarang untuk jana pendapatan tanpa keluarkan sebarang modal π. Maka dengan ini, secara rasminya I'm an influencer of Intellifluence!! Tapi level underdog jelah π. Harap ada lah peluang untuk jadi influencer berjaya macam Khairul Aming tu. Tayang satu airfryer buat masak, terus sold out. Ki3π
Saya punnn baru join kak syuuu, tapi kebanyakan review untuk luar negara kannn? Malaysia macam sikit lagi hehehe
BalasPadamBetul.Banyak yang luar negara jer.Malaysia adelah tak sampai 5π
PadamBetullll! Kita pun macam menunggu jugaklah kerja apa yang sesuai untuk kita ni hahahaha >.<
PadamMenarik tu
BalasPadamNak join klik kat link tau Rabiahπ
PadamHans pun baru join
BalasPadamalhamdulillah rezeki dua task dapat
satu dah settle
satu tunggu review
hehehee
kakmim pun baru join.. tp masih blur nak buat macam mana.. review tu nk send kat mana? hehehe
BalasPadamSyu pun blur2 jugak Kak Mim.Sebab Syu pun baru lagi join Intellifluence ni.Yang pasti kena sent application dulu then baru boleh buat reviews.Platform untuk reviews tu bergantung pada campaign goals. Kalau diorang suruh post dekat FB kita post lah kat situ. Bergantung pada requirements diorang.
PadamAlamak, As belum sampai tahap tu...
BalasPadamKalau As tahu, share2 lah sikit ilmu.Syu pun baru start berjinak2 dalam dunia Intellifluence ni & banyak benda lagi nak kena catch up π.
Padamharitu ada join pastu tak sempat nak belek2.
BalasPadamBelek2 lah balik.Boleh sama2 belajar.Syu pun tak habis jelajah lagi pasal Intellifluence ni.Kalau Farhana tahu, share2 lah sikit ilmu.Hi2π
PadamSaya baru je join Syu, alhamdulillah dah dapat 2 job. Btw saya share tips sikit ye. Sebelum join task tu, completekan semua social media link lepastu boleh apply job yang available. Buat karangan sikit gitau kenapa brand patut pilih kita untuk buat review kat bahagian mesej. Apply je dulu, kalau dapat alhamdulillah rezeki. Kalau dah dapat pastu rasa blur nak buat, Syu refer kat blog saya sebab kat situ ada job yang saya baru buat dari intellifluence. Eh, terpromo blog sendiri la pulak :P
BalasPadamWah,mekaseh tau Zarini sudi share tips.Nanti kalau ada apa-apa yang Syu tak tahu,Syu refer Zarini balek yer π.Memang Syu blur2 jugak pasal Intellifluence ni π.
Padamwah bagus kak syu join ni. saya yang join masih clueless lagi ni.
BalasPadamhuhuhu
Akak pun blur2 jugak sebenarnya AOπ .Lepas godek sana sini adelah faham sikit macam mana nak buat.Blogger lain pun ada gak share tips pasal Intellifluence ni.So,akak cedok lah sikit-sikit supaya akak tak tercidukπ.
PadamAda join hari tu . Tapi tak completekan lagi detail
BalasPadamaida ada bookmark influenc ni, but lom sign up.
BalasPadamtiada masa. tapi tu la, tgk ramai da join.
sebab ramai da tempek badge nya tu.
berminat jugak. mana la tau boleh jana pendapatan pasif di blog, kan.
selamat menjana pendapatan. ^^
BalasPadamJom buat duit tepi dekat Intellifluence sama-sama π.
Padamammi pun baru je join..tu yg tercari2 apa sebenarnya benda alah ni.
BalasPadamTakpe Ammi. Pelan-pelan kayuh. Syu pun masa mula-mula dulu macam Ammi jugak. Sepatah haram tak pernah tahu & dengar pasal Intellifluence. Tapi lepas baca entri blogger-blogger lain baru Syu faham sikit-sikit π.
Padam