Semalam tak berapa nak sihat. Barangkali demam tukar domain agaknya π. Sepanjang hari Syu sakit kepala & selesema. Jangan kata nak layan blogger, mood nak masak pon memang jauh ke laut Hindi nun. Tapi sakit-sakit pun tetap kena masak. Tak masak mahu kebulur jawabnyer. Hari ni alhamdulillah dah sihat sikit. Tekak pun teringin nak makan sesuatu yang ringan sahaja petang-petang ni.
Memandangkan baki kari semalam masih ada lagi. So, Syu pun buatlah roti jala. Sayangkan kari semalam. Dapat makan dengan roti jala pun okay jugak kan. Rasanya Syu tak payah selitkan resepi kot. Sebab Syu tahu mesti ramai yang dah expert buat roti jala ni. Jadinya, Syu cuma tunjuk apa yang Syu dah buat jer untuk Syu punya minum petang hari ni π.
By the way, jumlah kes COVID-19 semalam boleh tahan jugak yer peningkatannya - 11,079 kes. Paling Syu Seram bila tengok apa yang jadi dekat Covid Assessment Center (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor kemarin. Bayangkanlah punya ramai orang datang buat penilaian Covid-19 sampai dekat 4K. Dengan bawak anak kecik lepastu beratur pulak tengah-tengah panas. Allahuaakbar. Gila ke apa buat macam tu?
Syu paling kesian dekat frontliners. Sedih tengok video bila ada sorang frontliner tu sampai jatuh terseliuh semata-mata nak selamatkan pesakit. Ya Allah...cepatlah hendaknya Covid-19 ni berlalu. Bukan apa, majoriti frontliners kita banyak yang dah burnout. Kesian dekat diorang π’.
Uishhhh penangan tukar domain sampai tak sihat ye hahahaha :P
BalasPadamBetul kak syu, yang beratur panjang panjang tu ya Allah kesiannya kita tengok, lagi kesian dengan frontliners hmmmm. Bilalah semua ni nak berakhir kan :')
Stress!!Ha3π
PadamNi pun dapat create satu post jer.Ke laut dah mood bila ada nampak error.Nak create post pon tak boleh sebab compose view tak boleh bukak.Tak tahu lah pasal apa pulak kali ni.Semalam reading list. Hari ni dia mai pulak isu lain.
Betul.Seramlah tengok macam tu.Dengar kata semalam CAC tu tutup sebab ada frontliner yang positif Covid-19 & siapa yang ada dekat sana kena buat self kuarantin 10 hari.Kesian tau...dahlah penat nak layan pesakit, lepas tu kena jangkitan pulak π’.
sedapnya roti jala
BalasPadamsemoga covid ni cpt2lh hilang
Jadilah Rabiah, buat kudap-kudap minum petang.
PadamAmin.Akak pun harap sangat Covid ni cepat reda.
Selamat menjala roti
BalasPadamDapat cicah kari kambing bestnya
heheheh sama la berbuka tadi ada gak buat roti jala ni ngan kuah kari..:D
BalasPadamSedap tu. Lama tak jumpa di jual hehe. Stay safe dan semoga cepat sihat kak :)
BalasPadamItulah...kita pun hanya mampu doa dan duduk rumah je sekarang bagi tidak menjadi penyumbang angka tu tinggi.
BalasPadamSedapnya roti jala...teringat bulan ramadhan...
Roti jala cenggini baru kena dengan tekak. π
BalasPadamSedapnya roti jala . CCL selalu cicah kuah kari & kuah sardin
BalasPadamKannnnn...tapi kalau dapat cicah dengan kuah durian pun sedap jugak!! Tambah-tambah tengah musim niπ
PadamSedapnya Roti jala. Saya pun sedih dengan keadaan covid dan frontliner sekarang. Semoga baik baik je kita semua
BalasPadamCantik hasil menjala Syu. Tu dia penangan tukar domain, macam tu sekali. hihi..Semakin risau fikirkan hal covid sekarang ni.
BalasPadamSedap tu.. Antara makanan kegemaran.
BalasPadamSemoga cepat sihat ye Shu...kadang tgok angka kes Covid ni boleh buat kita yang sihat jadi tak sihat kan...cantik kejadian roti jala...kebetulan kat blog akak ada story Roti Jala Jelita...jemput la singgah
BalasPadam