Reading List Tak Boleh Nak Baca!!

Julai 28, 2021

Reading list

πŸ˜’ Tak tahu lah apa masalah blogger Syu ni. Korang kena cenggini tak? Syu cuba bukak reading list nak baca korang punya post. Satu hapah pon tak keluar. Lama nau pulak tu loading nyer. Hujung-hujung nyer keluar macam ni. Someone please help? Ada siapa-siapa tahu tak kenapa boleh jadi macam ni. Boleh bagitahu how to fix this. Korang yang boleh nampak post Syu ni tolong komen sikit. Tepu otak nak mikir ni πŸ˜‚. Ke blogger korang kena cenggini jugak.

Comments

  1. Balasan
    1. Tak tahu lah Rabiah.Runsing akak nak memikirnya πŸ˜‚.Semalam elok jer.Hari ni sehari suntuk tak boleh view reading list.

      Padam
  2. Maybe cookies dekat browser akak guna. try clear semua..

    Chrome
    cari titik kebawah (tiga)-> more tooks -> Clear browsing data..


    https://support.google.com/blogger/thread/71658632/blog-post-not-showing-in-reading-list?hl=en

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dah buat dah Naim. Still tak mahu jugak πŸ˜‚. Semua post blogger-blogger lain tak keluar. Acane nak baca & blogwalking!!Hu3πŸ˜…

      Padam
  3. busyra pun jadi macam ni, baru harini x boleh.. agaknya smua blogger kot jadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah!!Akhirnya...ada geng!!πŸ˜‚
      Asal ek blogger cenggini?Jenuh lah dok click & tekan refresh button,sampai ke sudah tak mahu.Dah submit feedback kat blogger pun tak ada respondπŸ˜….

      Dah tu macam mana Busyra leh nampak post ​ni? Bukan dekat reading list punya dashboard jadi kosong ke?

      Padam
  4. Biasanya masalah cenggini kejap je setel. Mungkin diorang tengah buat kemaskini kat backend. Kalau harini problem, esok elok lah tu.

    BalasPadam
  5. Alamak, kenapa jadi macam tu..? Tak pe nanti try lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahu lah As.Mungkin ada something yang blogger tengah buat agaknyer.Syu cuba nak view semua blog dalam reading list,tapi satu apa pun tak bukak. Nak baca blog post orang kena select satu-satu blog yang nak dibaca. Ni Kalau ada 1K blog yang Syu follow memang K.O. lah nak klik satu-satu πŸ˜….

      Padam
  6. Saya menulis blog saja tahu, bab teknikal kurang mahir..Moga blog awak kembali ok.

    BalasPadam
  7. Tak pernah lansung check reading list ni. Baru ni try klik, macam loading je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kalau Syu nak tengok post blog yang Syu follow memang Syu akan tengok kat dashboard reading list ni. Dari situ Syu boleh baca apa yang blogger2 post setiap hari.

      Kalau akak sendiri pun alami masalah yang sama, kiranya memang problem dekat blogger lah ni.Harap cepat lah elok πŸ˜….

      Padam
  8. Tu lah masih belum jumpa punca atau solution huhu tabah la kita ramai2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah,sampai ke hari ni tak okey2.Dengan line Digi pulak buat hal.Bertabah jelah sejak beberapa hari niπŸ˜….

      Padam
  9. sama laa... sy malas nak cara biar je laa...sy BW pn via komen2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same jugak.Tak pun Syu BW via followers jer (nasib followers tak berapa nak ramai πŸ˜…).

      Harap cepatlah okey, sebab Syu tak kuasa nak scroll down satu2 cari blogger yang Syu dah follow.Mau bercinta jawabnya πŸ˜‚.

      Padam
  10. Aduh kenapa pula dia jadi macam tu.. Mengganggu mood ber blogwalking je kan Syu..

    BalasPadam
  11. samalah kita kak syuuu. mati mood blogging kejap. baru nak aktif balik ni ha. sib baik da okay. lama jugak la berlakunya

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!