Encik Suami Tanya : Tak Berblog Ke Hari Ni?

Ogos 17, 2021

Laugh

Bila suami tanya soalan macam ni, kepala otak ni mulalah nak "shock ". Ha3 😆. Sebab selama ni kalau Syu menghadap laptop seharian, mesti husband Syu dah bising.  Bila tiba-tiba ditanya soalan macam tu, so Syu jadi terpaku terpana & terkesima sekejap (Otak ku bertanya : "Mimpi apakah aku?"😂). Ni mesti sebab terbeliak biji mata tengok duit Intellifluence hari tu agaknya 😆. Baru dia tahu, berblog boleh buat duit. Barangkali, dia ingat Syu buang masa agaknya menghadap laptop hari-hari. 


Nak dijadikan cerita, hari ni Syu malas sungguh nak bukak laptop. Actually, Syu dah siap-siap scheduled kan Syu punya post. Tapi satu jelah 😆. Kalau korang nak tahu, seharian ni Syu banyak habiskan masa mengemas rumah,layan anak-anak bulus & tengok movie Tamil. Bila husband Syu tengok sejak beberapa hari ni Syu asyik bersenang lenang macam tu jer, dia jadi macam pelik 😅. Selalu dia nampak Syu  sibuk menghadap laptop sampai ke subuh. 


LOL


Tapi, sejak beberapa hari ni husband Syu tak nampak pun Syu buat rutin harian Syu tu dekat meja kerja. So, dia rase hairan. Itu yang tiba-tiba keluar soalan yang memelikkan segala isi otak Syu tu. Apa husband Syu ingat otak ni sepanjang masa ada idea nak menulis? Adoyai 😂. Sedangkan nak masak hari-hari pun boleh kebuntuan idea, inikan pulak berblog yang nak kena perah otak bila nak menulis.


😊💕Apa-apa pun Syu bersyukur, husband Syu tak pernah melarang Syu untuk terus menulis. Walapun pada awalnya, dia merasakan berblog ni macam tak ada faedah. Tapi selepas Syu buktikan yang Syu boleh dapat  "something" dari berblog ni, barulah dia sedar yang berblog ni bukan hanya platform untuk mencoretkan  madah-madah kata jer semata-mata. Eceh😁!! 


Pada Syu, even Syu tak dapat income sekalipun dari berblog ni, Syu tetap merasakan kepuasan. Sebab berblog ni seolah-olah macam tempat Syu untuk coretkan segala keinginan Syu untuk menulis. Walaupun, hanya sekadar blogger picisan. Tapi, Syu puas!! Dunia blog ni menjadikan Syu  "somebody" instead of "nobody". Kalau korang nak tahu, actually Syu tak berapa nak aktif sangat di sosmed  macam FB, Instagram & Twitter 😂. Tak tahulah kenapa. Tapi di Blogger ni Syu rasakan diri Syu lebih menyerlah, sebab Syu ada rakan-rakan rahsia disebalik dunia blogger ni. 


Walaupun masing-masing tak kenal & tak pernah bertemu muka satu sama lain, tapi Syu rasa seronok. Barangkali, Syu suka orang yang Syu tak kenal, kenal Syu agaknya 😁.  Akhir kalam (Tiru ayat AO),  Syu berharap Syu akan sentiasa konsisten dalam dunia blog ni. Begitu jugak dengan rakan-rakan blogger Syu yang lain. Keep blogging & never stop sharing 😊💕!!  

Comments

  1. hahahahaha saya kalau baca post kak syu mesti tergelak. rasa macam bersembang dengan kawan bilik sebelah masa zaman kolej dulu.

    Dia macam kita nak pergi toilet, tapi lalu bilik member tu, terus tersangkut sembang depan pintu. sudahnya lupa niat asal nak ke mana. hahahahahah

    keep sharing kak syu ^_^
    all the best jugak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriously? Ha3.Your comment cheers my day la adik!! Nasib berjiran dalam blog, ni kalau berjiran sebelah rumah silap-silap hari2 open table bacuh kopi membawang pasal blog🤣

      😁Yang part pergi toilet tu betul!! Ha3. Kena pulak masa menyinggah tu member tengah makan.Then, diajak pulak join sekali. Memang langkah kanan!!Segala memori tentang toilet terus lupa 😆.

      Keep sharing jugak tau AO😊💕.

      Padam
  2. Whoa.. Alhamdulillah.. suami dah support tu.. hehe..yaa.. moga kita sesama keep blogging... kenal each other and saling mengunjungii.. ewahhhh... Tak hadam lagi interfluence ru.. nak try la nanti . huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...saja cuba2 😂. Trylah NS bagi complete profile dulu. Nanti kalau ada job yang padan terus submit pitch. Mana tahu ada yang diterima. Bolehlah jana duit tepi sikit-sikit buat guna beli cekedi 😁.

      Padam
  3. biasalah mmg ada hari blur.. xde idea utk menaip.. hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kih3.Sometimes dia punya blur tu makan banyak hari 😆.Sampai sendu blog dibuatnya.Harap rakan blogger setia menanti 😅.

      Padam
  4. keep it up kak syu 💪🏻

    BalasPadam
  5. bagauslah suami akak support akak tu
    bilalah boleh jumpa kak syu depan2 ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, tak sangka pulak husband akak terima baik passion akak dalam dunia blog ni 😊💕.

      Insyallah Rabiah,akan sampai masanya nanti. Kalau terserempak tepi jalan, tegur2 lah akak yer. Tahu rupa akak macam mana kan? Hi3😁

      Padam
  6. Penangan intellifluence, terus husband kak syu tanya eh tak blogging ke hahahaha.
    Tapi biasalah mood kan, ada rajin ada malas. Idea pun bukan datang setiap saat. Otak pun tepu fikir nak tulis apa kan hahahaha. Apa apa pun, keep blogging kak syu! Dongibap! Fighting! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru dia tahu. Kih3😆. Intellifluence ni kalau time ada job masyuklah Tiqah. Time tak ada, krik2 jugak dibuatnya. Tapi tak ngape, sebab masyuk berblog tu bukan niat asal Kak Syu. K. Syu berblog ni pun cuma sekadar suka-suka jer.

      Betul tu, bukan setiap masa ada mood & idea nak berblog ni. Bila dah tepu, nak create satu post pun sikit punya berejam. Kadang tu sampai sehari suntuk 😆. Akak sendiri pun tertanya-tanya, macam mana rakan-rakan blogger yang lain spent time untuk berblog yer. Dengan nak uruskan hal rumahtangga & anak-anak lagi. Memang salute lah!!😆

      Keep blogging & dongibap jugak!!Hi3😝💕

      Padam
    2. Betul, kalau ada tu adalah. Kalau tak ada, tak jadi masalah sebab tu bukan tujuan utama kita mulakan blog kan kak syu. Hahahaha saya biasa dapat idea masa nak tidur, then tulis dulu dalam telefon, karang kemudian. Tapi kadang, lantak pi la bila takde idea. Malas nak paksa HAHAHAHA

      Padam
  7. aww so sweet en suami syu mmg memahami gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ada time2 dia jugak Mamapipie 😆. Tapi kalau time dia sour, sekupang hapah pun tak guna. Kih3🤣 (😅Harap husband terlepas pandang baca komen ni)

      Padam
  8. Kekadang perlu jugak masa untuk rehat. Setiap masa hadap laptop kang tak siap kerja lain lain tu. Blog bukan sekadar sembang. Ada hasilnya juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak Fizah. Bila ketandusan idea kena bagi rehat jap. Baru lepas tu tercetusnya idea 😁💡.

      Biasanya Syu bagi settle kerja Syu dulu, kendian baru masuk menghadap. Kalau tak,memang satu hapah kerja pun tak siap 😅. Sebab leka punya pasal.

      Padam
  9. Isteri saya tahu saya berblog, tapi tak tahulah dia baca ke tak blog saya ni.. Hehe

    BalasPadam
  10. bermula dengan minat, in shaa allah satu hari nanti akan menjana income dari blog syu, apapun betul menulis ini satu kepuasan buat kita blogger apatah lagi bila terbitan kita memberi manfaat pada mereka di luar sana. in shaa allah

    BalasPadam
  11. Betul tu kadang kadang ada hari yang ketandusan idea jugak la nak updaye blog . Time tak da idea nak post entri tu, time tu csri masa untuk ziarah rakan blogger

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!