Cadbury Dairymilk Bubbly

Ogos 25, 2021

Cadbury dairymilk bubbly
Cadbury dairymilk bubly


Sejak beberapa hari ni memang takdan nak create post sebab terlalu sibuk menghabiskan sisa-sisa masa yang ada dengan mengemas rumah. Bukan apa, sebab kemungkinan Syu akan start bekerja semula seperti biasa awal bulan hadapan. Rasa macam tak syok lah pulak bila dah nak kena start kerja . Bila dah terlampau lama sangat melengkau macam ular sawa kat dalam rumah, dah jadi malas nak kerja. Kalau cenggini nak isi form jadi suri rumahtangga sepenuh masa lah. Ha3 😆. 


Sebagai penghargaan kepada diri sendiri, maka tibalah masa untuk Syu raikan keriangan dengan coklat bar Cadbury Dairymilk Bubbly. Actually Syu dah beli coklat ni masa hari Jumaat minggu lepas. Cuma tak berkesempatan nak makan. So hari ni lepas siap-siap berhempas kemas rumah, niat kononnya nak bagi self reward lah sikit pada diri sendiri. 

Cadbury Dairymilk Bubbly
Rupa kat luar helok. Korang tengok rupa dalam dia kejap lagi macam mana. 😆

Hati ni memang dah excited dah nak cuba sebenarnya. Ingatkan dalam dia ada biskut macam Cadbury Dairymilk Chipsmore hari tu. Tengok dekat packaging macam dalam dia ada biskut. Tapi, rupa-rupanya dalam dia ada aerated chocolate milk. Alah...Frustrated giler rasa 😆!! Rasa luar & dalam sama jer rupanya. Cuma aerated coklat tu disalut sekali lagi dengan chocolate milk.

For those yang ada trypophobia, jangan lah korang renung lama-lama isi dalam coklat ni. Sangat-sangat tak digalakkan 😌. Takut mengundang trauma. Elok-elok nak makan coklat, terus kemurungan. Kih3 😁. Overall, rasa dia kira okey lah. Sama jer macam coklat Cadbury Dairymilk yang original tu. Cuma versi yang ni dia lebih menjurus kepada tekstur coklat yang lembut dekat dalam. Kelainan rasa coklat tu jer yang takde. Next time, tak nak beli dah. Susah nak gigit sebab dalam dia macam senang berderai. Ha3😂. 

Cadbury Dairymilk Bubbly
Macam ni lah rupa kat dalam coklat ni 😂. Tertipu tengok gambar dekat packaging. 

Comments

  1. Tak pernah lagi makan cadbury coklat bar jenis macam ni. Silap pemikiran. Rupanya luar dalam lebih kurang sama je. Kalau trypophobia memang tak digalakkan membeli. Silap silap tak termakan coklat tu nanti.

    Bagus juga kemas apa yang patut. Nanti dah masuk kerja tak sempat nak mengemas. Baru perasan blog Syu dah bertukar warna. Cantik!

    BalasPadam
  2. Yang ni jenis yang meletup letup tu kan rasanya.. Tak silap adik yang suka makan yang bubbly ni..

    BalasPadam
  3. Yang meletup letup tu Marvellous Creation Naniey.Bubbly ni dalam dia berongga-berongga. Macam sarang semut😆.

    BalasPadam
  4. seram jg tengok bhg dalam..hehe..belum cuba lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tak seram. Tapi kita geram tengok lubang-lubang tu. Cubalah try. Nak makan jangan tenang-tenang isi dalam tau. Nanti takut tak tertelan 😆.

      Padam
  5. Terscroll laju pastu tertengok gambar tu, allahu meremang kejap bulu roma >.<
    Tak beli takpe, nanti tak boleh makan hahahaha.

    BalasPadam
  6. tapi cadburry bubbly lagi effortless kalau nak makan tahu ii dah cair dalam mulut.. walaupun harga dia mahal sikit dari cadburry ori tapi saya lagi sukaa nyehnyehnyehhh🤣

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!