Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 3

Ogos 25, 2021

Wifi sebelah rumah
Wifi sebelah rumah

Bila nampak jer Mira, Ghaz jadi terdiam & kelu seribu bahasa. Segala apa yang dia nak cakap dekat Mira masa dia praktis tadi semua tak keluar. Sejenis pemalu Ghaz ni. Tapi dalam perangai pemalu tu banyak jugak perangai gila-gila dia 😆. Bila dah tengok Ghaz terkedu macam tu, nak tak nak Mira terpaksa memulakan conversation terlebih dahulu. Bukan apa, sebab Mira rasa canggung bila tengok Ghaz tak bercakap. Bila Mira dah start bercakap, barulah Ghaz mula bagitahu dekat Mira apa yang selama ni dia nak bagitahu. Actually, Ghaz cuma nak cakap terima kasih jer pun dekat Mira. Yelah, haritu kan Mira ada bagi password wifi dekat Ghaz masa dia terdesak sangat nak siapkan paperwork dia dekat cafe kak Zetty tempoh hari. 


Masa dekat rumah, Mira pun berceritalah dekat adik dia, Zana. Zana tergelak-gelak bila dengar kakak dia bercerita yang Ghaz. Tak sangka, mamat sesado Ghaz tu pemalu & segan nak bercakap dengan Mira. Dekat rumah sebelah pulak, Ghaz pun sobuk membawang dengan Fendi pasal apa yang jadi masa dia bersenam dekat taman petang tu.

Wifi sebelah rumah

Masa dekat tempat kerja, Mira ajak Ghaz & Fendi makan tengahari sekali. Tapi, Fendi menolak sebab dia nak bagi peluang pada Ghaz untuk luangkan masa dengan Mira. Fendi pun bagitahulah yang dia puasa hari tu. Padahal Mira dah nampak dah air minum Fendi dekat meja. Puasa apa macam tu kan? 😂. Apa-apa pun Fendi tetap menolak untuk makan tengahari sama-sama dengan Mira. Ghaz dah tak sedap hatilah sebab dia kan pemalu sikit bila berdepan dengan Mira. Nak tak nak dia terpaksalah terima pelawaan Mira.


Masa dekat restoran, hanya Mira jer yang order makan. Ghaz cuma order air jer. Mira pun rasa macam pelik lah kan. Tapi masa makan tengahari tu Mira sempatlah berbual-bual dengan Ghaz. Cuma bila Ghaz dah start berangan, Mira dah rasa lain macam. Bukan apa, Mira tengok Ghaz dah buat perangai pelik. Bila dah berangan, apa pun tak sedar. Ghaz dah start malu dah. Tapi nasib Fizi call Mira masa tu. At least dapat jugak dia cover line. Lepas habis makan tengahari, Fizi ajak Mira keluar. Tak tahu lah pergi mana. Yang pastinya diorang keluar berdua 😂. 

Wifi sebelah rumah

Petang lepas habis kerja, Fizi offer diri untuk hantar Mira balik rumah. Masa dekat rumah Mira, mama & papa Mira suka sangat dengan kedatangan Fizi. Bukan apa, diorang bertiga boleh berbual & beramah mesra macam dah lama kenal.  Papa Mira pulak macam okey jer. Tak ada pulak marah-marah. Kat sini nampak sangat yang papa Mira suka sangat dengan Fizi jika dibandingkan dengan dua teruna yang duduk dekat sebelah rumah dia. Siapa lagi kalau bukan Ghaz & Fendi. 

Wifi sebelah rumah

Keesokkannya, Mira, Ghaz & Fendi terpaksa kerja sehingga malam. Mira ajak diorang berdua balik sama. Almaklumlah, duduk berjiran kan. Apa salahnya balik sama-sama. At least, takdelah Mira balik sorang-sorang tak berteman. Bahaya jugak kan. Fendi bila dia tahu Mira yang ajak, memang automatically menolak. Macam biasalah nak peluang dekta Ghaz spendtime dengan Mira. Bukan selalu Ghaz dapar peluang. Walaupun duduk berjiran, bukan senang nak bertegur sapa.Tambah-tambah kalau ada papa Mira. So, ini lah peluang keemasan Ghaz untuk kenal lebih rapat dengan Mira.

Wifi sebelah rumah

Masa on the way balik ke rumah, Mira & Ghaz lalu dekat satu butik ni. Dekat situ ada sekumpulan busker tengah main lagu kegemaran Mira. Mira pun bagitahu Ghaz yang lagu tu lagu kegemaran dia. Bila Ghaz dapat tahu, dia pun ajak Mira untuk enjoy lagu tu. Nasib ada bangku tepi butik tu. Dapat jugak diorang enjoy the moment. Sambil-sambil dengar busker tu busking, Mira & Ghaz pun sempat sambung berbual. Lepas tu, baru diorang teruskan perjalanan diorang untuk balik rumah. Bersambung...

Comments

  1. unik betul tajuk dia ya, wifi sebelah rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ceritanya pun best jugak!! Cubalah tengok😉💕. Gerenti jatuh cinta😁.

      Padam
  2. Baru tengok iklan diaaa.... Tapi drama melayu ni kalo tak iye iyee.. memang payoh nak nengok.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Tak iye2 memang tak tengok. Kalau ikutkan akak tak berapa layan sangat M-drama ni😂.Tapi drama yang ni best!! Seriously tak tipu😁💕.

      Padam
  3. bila ada masa free pasti abe kie akan menonton drama melayu ni....

    BalasPadam
  4. Tak tengok lagi drama ni Syu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best drama ni K.Fizah. Wajib tonton. Gila-gila perangai Zul Ariffin dalam ni😆.

      Padam
  5. Takk tengok tengok walaupun nampak macam menarik. Jiwa saya tak berapa ngam dengan cerita melayu mungkin hahaha. Penangan korea kuat sangat ni kikiki

    BalasPadam
  6. busyra tngok h drama ni.. besttt.. hehe cute2 je story nya

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!