Bulan lepas Syu ada bercerita pengalaman Syu pertama join Intellifluence. Masa tu memang tak tahu langsung pasal platform buat duit ni. Memandangkan Syu dah tahu sikit-sikit pasal Intellifluence ni, jadi hari ni Syu nak cerita sikit pasal satu platform buat duit yang terkenal ni.
Mungkin ada sesetengah rakan Blogger memang dah sedia maklum pasal platform ni. Tapi, mungkin juga ada yang masih tertanya-tanya & tak pernah dengar langsung pasal Intellifluence. Pada yang belum tahu, teruskan membaca entri Syu ni sampai habis okey 😉💕.
Untuk jadi Influencer di Intellifluence, korang kena buka akaun terlebih dahulu di laman web rasmi Intellifluence. Tapi, ada 2 PERKARA UTAMA yang perlu korang titik beratkan sebelum korang mula membuka akaun Intellifluence. Iaitu :
1) BUKA AKAUN PAYPAL || Akaun Paypal ni penting tau. Bukan apa, sebab segala pembayaran dari Intellifluence ni akan dimasukkan di sini. Nak buka akaun PayPal ni tak susah mana pun. Korang cuma perlu pergi ke website Paypal & sign-up sahaja macam biasa. Tapi, korang kena ingat satu perkara. Duit dari Paypal ni bukan korang boleh guna terus tau. Sebab ada beberapa proses lagi yang korang kena buat untuk pengeluaran.
Dari Paypal ni korang kena buat permohonan pengeluaran dengan memindahkan duit korang ke akaun bank yang korang dah link kan. Lepas dah masuk dalam akaun korang, baru boleh guna macam biasa😁. Pada yang nak sign-up Paypal, korang boleh klik SINI, Insyaallah. kalau ada kelapangan. Syu akan cerita macam mana nak sign-up akaun PayPal ni di masa yang akan datang.
2) TUKAR DOMAIN || Kalau korang nak buat duit Intellifluence dengan menggunakan blog. Korang kena pastikan yang korang tak guna domain tumpang. Domain tumpang ni macam blogspot.com & wordpress.com. Bila korang ada domain sendiri, korang akan nampak independent & senang untuk diterima bila apply job dekat marketplace.
Kalau ikutkan , ada banyak lagi platform yang korang boleh gunakan untuk ber-Intellifluence selain dari blog. Contoh macam YTube, Tiktok & Instagram. Tapi pendapatannya jauh lagi banyak jikalau korang buat job melalui blog. Alang-alang korang dah ada passion dalam dunia blog. Apa salahnya kalau korang buat blog korang nampak lagi official & professional dengan tukar domain.
Pada yang tak tahu, pertukaran domain ni korang boleh buat dekat mana-mana service provider yang ada menyediakan khidmat tukar domain. Setakat ni, Syu rasa NetKL lah yang paling terbaik untuk beli domain. Harganya kira agak berbaloi jugaklah. Servisnya pun boleh tahan cepat 😁.
Untuk makluman korang, cas pertukaran domain NetKL akan naik harga tau bermula bulan depan. Jadi, kepada sesiapa yang ada niat nak TUKAR DOMAIN. Inilah masa yang terbaik untuk korang buat. Alang-alang nak tukar domain tu, terus panjangkan tempoh luput domain. Yang ni maksimum korang boleh buat sampai 9 tahun. Lama kan? 😋
Lepas korang dah ada dua benda ni. Barulah korang boleh ber-Intellifluence dengan jayanya. Bila dah ada domain sendiri, insyaallah nak apply job dekat mana-mana marketplace di Intellifluence pun senang 😉💕.
Pada yang belum sertai, korang boleh DAFTAR INTELLIFLUENCE SEKARANG supaya kita sama-sama dapat jana pendapatan dalam unit $USD. Pada yang dah ada akaun Intellifluence, tapi masih lagi hilang arah tujuan. Jangan risau. Korang boleh hantarkan sebarang pertanyaan korang dekat ruangan contact form Syu. Insyaallah, selagi mana Syu boleh tolong. Syu cuba tolong 😊💕.
Dua dua dah cuma tak sempat nak explore intellifluence betul betul lagi.Huhu...
BalasPadamKalau pakai domain sendiri, baru nampak gagah sikit kan kak syu. Kalau tak, rasa tersisih sebab menumpang blogspot.com hahaha.
BalasPadamTahniah dah lengkap 2 dos vaksinasi
BalasPadamMasih pening juga tapi tak habis explore lagi..
BalasPadamye betul.. dua2 ni penting untuk intellifluence..
BalasPadamkalau kita accept job tu syu, entri yg kita buat post kt blog kita mcm biasa ke?
BalasPadamHa...ah Kakmim. Post jer macam biasa. Macam mana Kakmim create post sebelum-sebelum ni, macam tu lah Kakmim kena buat. Senang jer. Asalkan point yang akak tulis tu ada kena mengena & tak langgar requirements yang dia nak😉💕. Lepas dah publish, share link akak. Nanti diorang check.
PadamAlaa :( saya takut nak beli domain sendiri sebab takut tak mampu nak tampung kos. Kalau guna blogspot memang susah untuk dapat job ke Kak Ayu?
BalasPadamKalau tak mampu tak ngape Kai. Masih ada platform lain yang boleh guna sebagai alternatif. Cuma nak dapat job buat review melalui blog tu macam payah sikitlah. Sebab Intellifluence ni prefer influencers yang dah ada domain sendiri. Takpe, pelan-pelan kayuh tau. Kalau ada insta, FB, YTube & Tiktok boleh guna platform yang tu dulu untuk ber-intellifluence 😉💕.
Padamala kena beli domain ke?? ahahahah kedekut plakkan
BalasPadamHa...ah Ammi. Nak senang dapat job better beli domain 😁. Intellifluence ni macam susah sikit nak dapat job dekat market place kalau guna domain tumpang.
PadamAlah, kalau kumpul RM5 sebulan insyaallah boleh dapat beli domain sendiri 😊💕. Jangan nak kedekut sangat. Babap baru tahu. Ha3 😆.